Monday, August 24, 2009

Yes PR No BN

Kiamat sudah dekat...dunia sudah semakin haprak dan politik sudah jadi mainan dan semakin busuk lagi membusukkan. Jika yang menyerang personaliti calon Permatang Pasir itu dari PR, YES, boleh kerana rakyat perlu didedahkan dengan kelemahan calon UMNO. tetapi jika BN menyerang Calon PR (PAS) iaitu Salleh Man, NO...tidak boleh, itu tidak beretika dan boleh disamakan seperti BN menyerang tentera Islam dalam perang Badar.
Individu yang mempromosikan lompat parti ialah Anwar Ibrahim, ketika itu promosinya diterima diseluruh dunia dan jika disoal dari segi moraliti YB yang melompot jawapannya pasti YES, boleh, tidak mengapa demi rakyat.
Jika sebaliknya berlaku iaitu 3 di Perak dan 1 di Kedah keluar PR jadi bebas, jawapannya NO, tidak boleh kerana itu mengkhianati rakyat. Entah hukum apa yang diguna pakai, tidak boleh dikenalpasti cuma diyakini itulah hukum mainan Anwar Ibrahim.
Jika mahkamah membuat keputusan selari dengan kehendak Anwar, YES...Adil dan saksama namun jika sebaliknya, NO, mahkamah tidak adil, ada konspirasi dan ditunggangi oleh BN aka UMNO aka NAJIB Altantuya...Fuhh..hebat. Saiful Bukhari telah lebih setahun menunggu namun Anwar masih mempergunakan Mahkamah yang dituduhnya tidak adil. Pelik juga mahkamah yang dituduh itu telah 3 kali mengikut kehendak Anwar dalam kes Saiful.

1 comment:

AMNOBODO said...

kenapa mahkamah ikut cakap anuar ibrahim ekk?>...tak ikot cakap saifol?..hhahahah..powerz tul anwar ibrahim tuh yerkk....

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih