Friday, November 21, 2008

Kita Lupa?

Assalamualaikum,
Dalam kesibukan dok komplen pasai BABI, kita lupa beban kewangan rakyat makin bertambah.
Dalam kesibukan dok komplen pasai Pengkid, kita lupa anak dara kita sekedudukan dengan mat bangla.
Dalam kesibukan dok komplen isu tulisan jawi, kita lupa anak muda kita ramai tak sembahyang.
Dalam kesibukan kita bercakap soal bangsa Melayu, kita lupa anak bangsa (MELAYU) kita sebenarnya suka kepada Kebaratan.
Dalam kesibukan kita bertanding jawatan dalam UMNO, kita lupa ada insan yang kelaparan dan sengsara.
Semuanya kerana kita sibuk. Kadangkala kita buat2 sibuk sehinggakan untuk melihat wajah anak pun tidak berkesempatan. Apatah lagi untuk melihat berapa markah anak dapat peperiksaan akhir tahun yang lalu. Jika markah pun tidak dijengah, jangan mimpi untuk menganalisis peratusan, perbandingan dan pencapaian awal tahun dan akhir tahun. Akhirnya perjuangan dalam politik yang kononnya ingin memartabatkan Agama, Bangsa dan Negara menjadi sia-sia kerana anak sendiri terbiar.
Memang hakikatnya anak itu diberikan sumber kewangan yang cukup untuk belajar tetapi ilmu tanpa pedoman hanya akan menghasilkan anak-anak yang kita lihat pada hari ini. Dalam menegakkan negara Islam, isu BABI yang dimainkan. Dalam membuktikan kehebatan dan waja diri, isu perkauman yang dibangkitkan. Paling jelas, semua mainan ini dimulakan oleh insan yang mengangkat diri mereka sebagai pemimpin masyarakat. Lebih dahsyat lagi, pemimpin muda yang lahir selepas merdeka atau diambang merdeka seolah-olah mengungguli retorik setiap isu.
Alangkah manisnya jika semua yang ingin menggelarkan diri mereka pemimpin, BN atau PR mempunyai hati dan jiwa yang benar-benar tulus. Biarkan DAP memperjuangkan kaumnya tetapi sewajarnya berlandaskan lunas-lunas yang dibenarkan. Biarkan juga PAS dengan politik keagamaannya tetapi juga mesti mengikut hukum yang diizinkan. Jika suasana ini dapat diwujudkan, fitnah, caci, maki hamun, tomohan dan tuduhan yang tidak berasas tidak akan timbul. Memang sukar untuk melaksanakannya dalam masa terdekat tetapi jika tidak dimulakan, 100 tahun lagi isu dan permasalahan hari ini tidak akan dapat diselesaikan.
Pendekatan ini tidak dapat dilakukan melalui arahan mana-mana pihak tetapi wajib lahir dari hati yang ikhlas dan suci. Paling asas, kembali kepada agama kerana setiap seorang dari kalangan pemain drama politik di Malaysia ini sudah pasti menganuti agama masing-masing dan percayalah...tidak ada agama yang inginkan keburukan. Jadi, inilah asasnya untuk menjadikan Negara Malaysia ini segala-galanya baik...bukan hari ini tetapi 100 tahun akan datang. Sifat dan keperibadian yang ingin dibentuk ini memerlukan masa dan sudah 50 tahun berlalu selepas merdeka, acuan sekarang ini GAGAL. Oleh itu anggaplah 100 tahun akan datang adalah satu jangka masa yang pendek dan secara ikhlas, ubahlah minda anak-anak hari ini ke arah yang positif.
Perubahan minda anak-anak ini hanya boleh dilakukan dengan setiap insan yang hidup pada hari ini sedaya-upaya melakukan kebaikkan dan menjauhkan kejahatan. Bolehkah ini dilakukan...percayalah...mustahil akan dapat dilaksanakan. Oleh itu pilihan yang ada ialah setiap pemimpin masyarakat tanpa mengira parti atau pegangan agama haruslah memulakan langkah ini. Janganlah lagi ditonjolkan perbahasan parlimen yang menjelikkan. Jangan lagi timbul isu-isu yang melukakan hati orang lain. Jangan lagi menggunakan sesuatu undang-undang dengan cara tidak sepatutnya dan apa sahaja yang boleh mendorong kepada perasaan tidak puas hati orang lain.
Pendekatan ini juga sebenarnya mustahil untuk dilakukan kerana sifat semula jadi insan yang ingin memimpin, rakus untuk memonopoli kuasa. Kerakusan ini akhirnya mendorong tindakan yang menghalalkan cara dan akhirnya tidak ada batasan lagi untuk menghina dan menfitnah seseorang.
Menyedihkan kerana pada pengakhirannya...negara Malaysia ini bukan lagi semakin baik malah dilunyaikan oleh kerakusan rakyatnya sendiri. Biar 100 tahun diusahakan, jika sikap tidak berubah...pasti 100 tahun hanya sekadar seperti 100 hari. Beban kewangan rakyat tetap makin bertambah. Anak dara kita tetap sekedudukan dengan mat bangla. Anak muda kita tetap ramai tak sembahyang. Anak bangsa (MELAYU) kita sebenarnya tetap suka kepada Kebaratan. Insan yang kelaparan dan sengsara tetap ada.

p/s: Betoika semua ni....betoi la...apa ingat main-mainka?

3 comments:

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Pakteh,

"Beban kewangan rakyat tetap makin bertambah. Anak dara kita tetap sekedudukan dengan mat bangla. Anak muda kita tetap ramai tak sembahyang. Anak bangsa (MELAYU) kita sebenarnya tetap suka kepada Kebaratan. Insan yang kelaparan dan sengsara tetap ada."

Nak buat macam mana Pakteh, inilah cabaran menghadapi masa mendatang. Di kampung pun macam-macam cerita kita boleh dengaq, Yang dok buat perangai tak senonoh di bandar tu kebanyakkannya orang kampung. Maaf saya pun orang juga tapi cari makan di bandar. Realiti zaman kini. Cuma yang sebaik kita pakat-pakat jaga anak-pinak masing-masing dengan sebaik-baik.

p/s Ramai Mat Bangla bersama Mek Indon tapi kalau Vietnam depa pilih sama senegara.

Pakteh said...
This comment has been removed by the author.
Pakteh said...

Skang ni kampung ka, pekan ka, kotaraya ka, metropolitan ka..cosmopolitan ka...sama ja..masalah tetap ada..
Mat Bangla n Pakistan ni dok rasa depa shah rukh khan..yang minah kita plak pakat pi layan pasai jantan Malaya dah habih masuk pusat serenti.
Vietnam pilih sama negara pasai bahasa depa susah kita nak paham...lagipun minah Malaya xminat vietnam..mata sepet...depa minat idung tinggi....
p/s: Pakteh minat filem Dilwale Dulhania Le Jayenge...fuhhh...best giler Shah Rukh Khan n Kajol.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih