Monday, November 24, 2008

Kenalilah Khairy melalui isi hati kita sendiri…








































































































Assalamualaikum.

Tajuk tu pakteh ambik dari blog Pro Khairy. Gambaq yang pakteh letakkan ni pun dari blog yang sama dan pakteh tambahkan gambar2 terbaik presiden BUSH yang sudah pasti bukan pakteh yang tangkap gambaq tu. Bukan berniat untuk mempromosikan KJ di blog ini tetapi tertarik dengan bagaimana gambar boleh menceritakan seribu kemungkinan. Sebagai Ahli Parlimen, Naib Ketua Pemuda UMNO dan beberapa jawatan lain, memang gambar seperti ini adalah lumrah. Lim Kit Siang juga akan berbuat perkara yang sama. Begitu juga dengan Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Ali Rustam, Rustam A Sani, Sani Sudin, Sudin dalam seniman bujang lapok dan sesiapa sahaja waima seorang pembunuh sekalipun, pasti akan ada senyuman yang terukir bila tiba masanya.

Rasa pakteh gambar-gambar sebegini DS Khir Toyo lagi banyak dan koleksinya pasti berada di setiap lokasi yang dilawati samada perasmian sekolah, lawatan ke rumah anak yatim, Majlis penyerahan sumbangan atau program lawatan ke pasar malam. Pakteh percaya DS Khir Toyo takkan menggunakan gambar sebegini untuk menunjukkan kebaikkan dirinya. Bukan bermakna blogger yang meletakkan gambar KJ ini tidak baik, bukan begitu cuma gambar-gambar sebegini terlalu biasa.

Siapa kita untuk menilai keikhlasan KJ, Khir Toyo dan Mukhriz?. Mungkin pakteh boleh meletakkan gambar Mukhriz jika pakteh pro beliau atau gambar Khir toyo namun akan kelihatan pakteh terdesak untuk memikat hati semua orang melalui gambar. Apapun keadaanya, Mukhriz, Khir Toyo dan KJ memang diakui mempunyai karektor sebagai pemimpin.

p/s: Gambar boleh menipu atau menceritakan kebenaran tetapi track record yang diketahui orang akan menentukan rumusan mereka terhadap gambar yang dilihat.

*** Gambar Khir toyo, Mukhriz dan Bush pakteh yang letakkan, bukan dari blog Pro Khairy. TQ

3 comments:

mn said...

Pak Teh,

1. Gambar saya tak ada ka? Hehe..

2. Kalau Pak Teh nak apa-apa gambar dari blog saya, Pak Teh sebat je.. tak payah minta.

3. Sebab saya ni blogger yang berkualiti. Tak tahulah pulak dengan blogger lain??

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Pak Teh,

Antara tiga calon yang bertanding, kita boleh sokong siapa yang kita suka. Penyokong sebenarnya terletak di tangan ketua pemuda bahagian, naib ketua pemuda bahagian dan 2 wakil pemuda. Mereka-mereka inilah yang bakal menentukan siapakah ketua Pemuda UMNO Malaysia Mac 2009 nanti

Pakteh said...

hehe...SUKJ..kalau ada yang sesuai tu Insyaallah...pakteh letakkan tapi dalam topik apa tu xtau la lagi...hehe...nak letakkan skali dalam topik terbaru tu...erm..xyah la..biaq depa dah laa masuk situ..

Anak Pantai Merdeka...
Betoi...kita ni leh sokong ja...tang nak undi tu..tang mana pun kalih pi kalih mai...perwakilan yang menentukan...
Lama aih pakteh xpi pantai merdeka...nak kena buat reunion balik la kalu lagu ni...tiap2 tahun buat reunion sure di situ sebab disitulah reunion pertama kawan2 pakteh...erm...ayaq tak elok tapi kenangan kat situ..best...

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih