Wednesday, April 30, 2008

EGM Tak Perlu

Betoika?
memang betoi...Paklah yang kata....tak payah la dok buat EGM nak jatuhkan aku...aku dah siapkan semua bentang...aku dah letak semua pak angguk dalam kabinet aku, aku dah urut belakang pembodek aku...so...sapa2 ketua UMNO Bhg yang nak buat EGM.....baik xpayah laaa buang masa hangpa jaaa...aku dah ready untuk pertahankan jawatan Perdana Menteri aku ni.....(presiden UMNO).
Betapa bebalnya Paklah...EGM dianggap sebagai tidak sesuai tetapi menyelami kehendak rakyat yg memprotes pada election yg lalu perlu dilakukan. Masalahnya....EGM itu adalah antara yg perlu dilakukan jika nak menyelami kehendak akar umbi...yang hang dok pi halang buat apa?. Aku xtau la tahap pemikiran Paklah ni ditahap mana tetapi memang mengalami kecelaruan minda yang amat sangat. Semua Ketua UMNO Bhg diingatkan lebih menitikberatkan kehendak akar umbi berbanding EGM.....Nazri pulak dengan angkuh bertanya adakah 2 or 3 bhg yg buat EGM itu menunjukkan majoriti kehendak akar umni? isk...lagi satu pengampu yg tak sudah-sudah menghiris hati ahli UMNO.
Senang cerita.....Paklah takkan berikan jawatan presiden kepada Najib....n....banyak kejadian, peristiwa, kenyataan, agenda, aktiviti yang telah, sedang, n akan dibuat menunjukkan....kau takdak ruang NAJIB......Betoika?

Thursday, April 24, 2008

Konspirasi Menekan Najib

Assalamualaikum
Jika anda tertanya-tanya mengapa Najib tidak menangguk di air keruh....beberapa kejadian yang berlaku kini memberikan jawapannya.
Isu Altantuya yang sering dibisik-bisikkan mempunyai kaitan dengan Najib ditangguhkan lagi sehingga Mei dan....saya menjangkakan akan berlanjutan sehingga Disember ini atau selepasnya...Mengapa....? Isu ini menjadi tali pengikat kepada kesetiaan Najib kepada Paklah. Najib takkan mampu berkata apa-apa selain dari "Yes Bos" walaupun dinafikannya beberapa hari lalu dengan mengatakan beliau inginkan peralihan kuasa yang tersusun.
Dua hari lepas....arena politik dikejutkan dengan laporan polis terhadap ahli politik kanan yang juga bekas menteri......khabarnya....individu ini sangat rapat dengan Najib dan 100% orang Najib. Maka dengan berita ini terbukti memang wujud tangan-tangan jahat untuk mengikat terus Najib dari bertanding Presiden dan lebih dasyat lagi.....Jangan mimpi akan berlaku peralihan kuasa kepada Najib.
Tidak salah lagi Paklah sedaya upaya menggerakkan jentera serangannya sendiri sejak awal cuma kini bertambah hebat. Mahyudin Yasin kini dilabel sebagai team asing yang menyokong Ku Li dan sebagainya......maka tenggelamlah suara pejuang2 sebenar dan tinggallah pak angguk dalam Parti UMNO dan BN.....Betoika?

Monday, April 21, 2008

Perebutan di SIK akan menjadi SENGIT

Khabarnya...
Man Desa telah menggunakan segala kekuatan.....terutamanya WANG......untuk memastikan kerusi ketua menjadi miliknya dan menjadi kubu kuat PAKLAH.
Man Desa juga bijak apabila menggunakan tokoh yang dibuang orang SIK...cikgu Det untuk tujuan mengalu-alukan kedatangannya...... sebagai balasan.... team kepimpinan dibentuk sebegini....Anak Cikgu Det...Asri yang keja BTN di kawasan PAKLAH diletakkan sebagai calon Ketua Pemuda, Lawannya...sudah pasti Mahathir Hamid (Kg Tala) atau Nazri begia...., ada juga suara mengatakan Mawi anak Dato' Wan.....tapi khabar yang sahih mengatakan beliau tidak berminat.
Anak cikgu Det lagi...Abg Cik yang rekodnya tidak bagus di UMNO Bhg Sik...diletakkan juga dalam team pemuda....
Khabarnya juga....ada beberapa peniaga turut berminat nak jadi ketua Bahagian.....Che Ad.....bukan tokoh korporat seperti yg disebut dalam buku PIBG Sem Men Gulau...(itu membodek namanya). Ki Esso....peniaga jaa....
Dato Wan......khabarnya kerana Man Desa (dibaca ORANG LUAR) masuk kacau di Sik...maka dia juga turut menawarkan diri......
apapun....UMNO Sik harus waspada dengan mainan orang luar....Wang bukan segala-galanya tetapi maruah diri yang perlu dijaga.....Betoika?

Thursday, April 17, 2008

Mahyudin tidak berminat?

Mengikut kenyataan yang ditulis dalam beberapa akhbar, Mahyudin Yassin berkata beliau tidak berniat menentang Najib dan Paklah. Namun bagi saya..kenyataan itu hanya pada ketika ini sahaja kerana masih berpegang kepada prinsip Najib dan Paklah masih ketua beliau.
Bagaimana pula keadaannya apabila gelanggang sebenar dibuka? Adakah Mahyudin masih begitu atau merebut peluang yang terhidang. Beliau tidak mencari peluang tetapi peluang memang dihidangkan oleh Paklah dan......Najib juga jika masih beretorik....akan turut menghidangkan sesuatu yang enak untuk dinikmati oleh Mahyudin.
Sehingga kini, hanya Mahyudin yang lantang bersuara malah menurutnya....posisinya sebagai antara yang tertinggi menuntut beliau untuk bersuara malah ketika krisis 1988 juga....beliau bersuara lantang.
Sebelum ini Mahyudin ada bersuara jika mendapat sokongan dari akar umbi...beliau mungkin bertanding diperingkat yang lebih tinggi....dimana? hanya dua yang lebih tinggi dari beliau sekarang...yang mana satu pilihan hati?
Jika melawan Paklah...musuhnya menjadi 2....Najib dan Paklah..
Jika melawan Najib....musuhnya hanya satu....Paklah....sure Najib kena lawan Paklah....walaupun mengikut suara Najib hari ini....beliau adalah pak turut Paklah....itu adalah perkara biasa bagi Najib...sentiasa Play and Safe (SAVE).
Hari ini Paklah dilihat tidak sesuatu utk mana2 klik tetapi Mahyudin sesuai menjadi klik kepada Najib.....cara ini lebih selamat utk Mahyudin.
Paklah sebenarnya tidak mempercayai Najib...kerana itulah selalu dimomokkan bahawa Najib adalah pengganti beliau....Najib harus ingat.....kata-kata paklah tidak boleh dipercayai 100%. Banyak benda yg dinafikan tetapi dilakukan...begitu juga sebaliknya....hati-hati yer bangg...(jangan pula khabar angin bang Jib dirantai mulut oleh Paklah kerana isu Altantuya tu buatkan bang Jib jadi kecut)
Kepada Mahyudin....inilah masa yang tepat utk anda merebut peluang....sebagai seorang ahli politik....jangan meragui peluang keemasan ini.
p/s: Sudah melihat mahyudin di kerusi TPM or.....jangan lupa.....peluang ke kerusi PM juga tinggi peratusnya. Betoika??

Wednesday, April 9, 2008

Salah UMNO Sik

Diberitakan hari ini....beberapa parlimen dan DUN di Negeri kedah yang jatuh ke tangan pembangkang berpunca dari sebotaj oleh ahli UMNO. Sik turut tersenarai kerana undi rosak (505) lebih banyak dari majoriti undi yang dimenangi Che Uda (481).
Paklah tidak menyebut bahawa di sik sahaja kertas undi yang tidak dipulangkan ke peti undi lebih dari 1000. Jika paklah sebut...sudah pasti...perlakuan sebotaj tersebut kelihatan banyak dan sekata disemua pusat mengundi dan natijahnya memberi mesej bahawa....perlakuan sebotaj ini tidak mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja dalam waktu terdekat melainkan ADA FAKTOR LAIN YANG MENYELINAP KE SANUBARI SETIAP AHLI UMNO UNTUK TIDAK MEMANGKAH CALON UMNO/BN PADA PRU KALI INI. Faktor apakah yang menyelinap dengan begitu berkesan sehingga 5 negeri di tangan pembangkang termasuk negeri yang didalamnya didiami oleh PERDANA MENTERI?
Takut sangatkah paklah untuk mengakui punca sebotaj itu adalah berpunca dari KELEMAHAN BELIAU SENDIRI.
Takut sangatkah paklah untuk menghuraikan satu persatu kelemahan itu?

Kepada Semua rakyat Malaysia yang masih menyokong Paklah....terimalah hakikat bahawa Paklah sudah tidak relevan lagi.......Betoi Ka?

p/s: Berhati2lah semua pemimpin di bahagian yang disebutkan dalam akhbar hari ini...anda semua punca sabotaj....untuk bahagian Sik....Man Desa kalah PRU12.....tapi Man Desa datang lagi....Man Desa tak takut mati kerana Paklah ada disisi. Lagu indah untuk Man Desa saya nyanyikan......SiLuncai Terjun Dengan Labu2nya...Biarkan...Biarkan....

Monday, April 7, 2008

Paklah tidak bersalah

betoi ka?
betoi la...paklah tidak bersalah sama sekali...apatah lagi menantunya KJ...lagi tidak bersalah...mengapa dua orang insan yang mulia dan suci hati ini disalahkan apabila BN kalah teruk pada PRU12 yang lalu? yang perlu disalahkan ialah orang lain kerana Paklah benar2 ikhlas untuk membangunkan Malaysia.
Mana ada dalam sejarah presiden UMNO/BN, calon yang dipilih menjadi huru hara diperlis...di terangganu...semua tu kerana Paklah hendakkan calon yang benar2 berkualiti. Sebab tu shahidan sampai bergaduh dengan Radzi..bukan kerana paklah..semua tu kerana untuk mendapatkan calon yang hebat. Orang lain...hamba sahaya...penyokong bawahan sepatutnya tidak ambil peduli semua yang berlaku kerana semuanya mampu diselesaikan oleh Paklah....penyokong kelas bawahan yang tidak ada pangkat dan darjat ni sepatutnya hanya boleh Yes Bos sahaja seperti ketua2 yang mereka lantik...barulah Paklah boleh memerintah dengan lebih tenang. Ketenangan (mencari Damai Abadi) itu penting bagi paklah dan kita jangan cuba mengganggu kerana gangguan itu boleh dianggap sebagai perosak parti dan menyokong parti lawan.
Punca kekalahan Kedah dan Perak sepatutnya diletakkan dibahu Ketua Bahagian, bukan paklah. Mereka yang "mensabotaj" parti...bukan paklah. Mereka yang berpuluh2 tahun ini berkhidmat kepada UMNO/BN yang bersalah kerana "mensabotaj"
JANGAN TANYA mengapa mereka "mensabotaj". Paklah tak perlu jawab mengapa berlaku sabotaj kerana itu bukan tugas paklah. Tugas Paklah hanya memberitahu kepada semua hamba sahaya dalam UMNO bahawa PUNCA KEKALAHAN BN YANG SEBENAR DI KEDAH DAN PERAK IALAH "SABOTAJ". Itu sahaja yang perlu didengar. Awak dan Awak serta Kau dan AKu jangan cuba2 bertanya punca sabotaj. Salah dan itu boleh dikategorikan sebagai menderhaka kepada Presiden dan akan dianggap sebagai membantu pembangkang.
Paklah juga tidak bersalah apabila negerinya turut tergadai. Yang bersalah ialah DAP kerana bertanding dalam pilihanraya yang lalu. Yang bersalah ialah Pas, yang bersalah ialah PKR.....malah yang bersalah juga ialah TDM. Tun Dr Mahathir sepatutnya mewariskan kepada Paklah UMNO yang lebih kuat...UMNO yang semua kepada ahlinya telah ditanam dengan CIP yang boleh diremote control....semua ini adalah salah Mahathir. Sepatutnya Mahathir mendapatkan 15 juta ahli UMNO yang Yes Bos..barulah diserahkan kepada Paklah...., oleh itu punca kekalahan teruk yang lalu ialah kesalahan TDM...bukan Paklah....hanya orang yang tidak tahu "apa-apa" sahaja beranggapan Paklah bersalah.
Ketua2 UMNO Bahagian di Kedah dan Perak perlu bertanggungjawab. Mereka ini perlu dipecat dari parti dan kekosongan itu perlu diisi oleh Pemangku Ketua Bahagian. Siapa calon yang sesuai untuk memangku....itu awak dan awak dan aku jangan tanya...yang berhak menentukan ialah Paklah...kerana dia sahaja yang bebas dan tidak bersalah dalam PRU12 yang lalu...orang lain jangan masuk campur. Biarkan Paklah yang tentukan siapa yang berhak memangku kerana orang ini lebih bijak untuk memilih siapa sepatutnya menjadi Presiden dalam PEMILIHAN hujung tahun ini. Anda semua tidak layak....saya tidak layak...yang layak hanya PAKLAH.
Penang dan Selangor tidak mengapa...kekalahan mereka bukan kerana sebotaj, mereka masalah lain tapi bukan salah Paklah. Di Penang tidak berlaku sebotaj dan tidak ada sesiapa yang bersalah disana...cuma yang bersalah ialah DAP kerana bertanding, itu ja...Paklah tidak bersalah di Penang, lagipun semua ketua bahagian di sana juga tidak mensabotaj seperti di kedah dan perak. So...Ketua Bhg di penang tak perlu pecat....mereka juga tidak bersalah seperti Paklah.
Di Selangor juga begitu...Paklah tidak bersalah....Ketua Penerangan UMNO Malaysia juga tidak bersalah walaupun itu negerinya. Yang bersalah ialah Indon, Philiphine, Bangla, dan ramai lagi PATI yang tidak menyokong UMNO. Mereka yang bersalah dan paling penting...kesalahan utama perlu diletakkan di bahu Anwar. Anwar yang bersalah kerana berkempen habis-habisan, Paklah tidak bersalah....
PAKLAH TIDAK BERSALAH......Betoi Ka?

Friday, April 4, 2008

Paluan Gendang Semakin KUAT

Selepas PRU12 yang lalu...paluannya agak sederhana tetapi minggu ini...minggu pertama April 2008...paluannya terasa dimana-mana. Tingkah iramanya sama....Paklah letak jawatan...walaupun bunyinya berbeza..ada yang berentak jazz, rock, Balada, malah yang masih irama asli pun ada namun...maksudnya yang ingin disampaikan sama...
TDM dan Mukhriz memainkan lagu rock...keras...dan tidak ada berbasa basi...terus kepada maksud...Paklah harus letak jawatan...
Mahyuddin Yassin memainkan irama Balada...mendayu...agak berselindung tetapi...mudah difahami...begitu juga Khir Toyo...
Kelmarin..Hari ini Hishammudin memainkan lagu agak rancak...tapi dalam irama Pop Yeh yeh...seolah-olah mengiyakan KJ tidak diperlukan lagi.
Yang masih memainkan lagu melayu Asli cuma Najib....shahdu mendayu-dayu dan membuatkan orang terlena....parah jika penyanyinya jugak akan turut terlena.....sepatutnya Najib sudah boleh memainkan lagu yang agak moden walaupun tidak rock...Kalau lagu irama padang pasir pun sudah baik dan lebih rancak....tidak la nampak lemah sangat.
bagi tokoh-tokoh lama...anda tidak perlu merasakan diri sudah veteran untuk membangkitkan kembali semangat UMNO...buktikan anda lebih dulu makan garam dari Paklah dan KJ..

Thursday, April 3, 2008

Gelanggang Sudah Dibuka

Petikan dari forum Dato' Wan Azmi Ariffin

Saya Bersedia Bertanding untuk merebut kembali Ketua Bahagian Umno Sik.

Kepimpinan UMNO Sik sekarang ini telah GAGAL , 2 kali GAGAL dlm pilihanraya.

takkan org sik nak sampai 3-4 kali GAGAL ?

Bangunan UMNO yg saya buat lebih 15 tahun dulu pun tak mampu dijaga dan diurus oleh depa. Atap Bocor pun hanya bubuh atap getah saja.

Berpolitik dgn menggunakan WANG RINGGIT semata mata dan bukan dengan SEMANGAT PERJUANGAN.

Kesilapan saya yg terbesar dalam karier politik saya ialah
membawa balik Tan Sri Hamid Othman dan menyerahkan ketua bahagian kepadanya dengan harapan dia dan saya dapat berganding bahu untuk memajukan SIK.

Setelah saya serahkan jawatan Ketua Bahagian kepadanya...
saya ditendang keluar daripada UMNO dan saya dipecat dari UMNO selama 7 tahun 6 bulan.

Dan yg paling sedih dituduh saya PRO PAS. sedangkan mereka menyokong PAS secara langsung.

Nasib saya adalah seperti TUN MAHATHIR.. fikirkan fikirkan lah.

Di Sik ini, kalau mahu menang banyak kenalah buat baik dgn PAS dan cuba dapat sedikit undi dari pihak PAS yg boleh buat kawan.
Bukan seperti mereka yg bermusuhan dgn PAS.

Saya mencabar mereka2 ini, supaya cuba masuk di kubu kubu PAS seperti di pondok2 dan di kampung Bandar Hilir.

Jika mereka berani masuk....saya sanggup tabik mereka.

Mereka sebenarnya tidak tahu, ikat kura-kura di kaki dan menangkap burung terbang dan jauh sekali meracit burung di rimba.

Saya pernah cadangkan supaya Tengku Razali jadi PM dan Rafidah menjadi TPM. apa komen semua?

Org Sik tak perlu lawan saya kerana saya mempunyai rekod tersendiri.

1) anak Sik yg pertama jadi Ketua Bahagian

2) anak Sik yg pertama jadi EXCO Kedah

3) anak Sik yg pertama mengangotai 2 Dewan iaitu Dewan Undangan Negeri Kedah Dan Parlimen Malaysia

4) Nombor ahli UMNO saya = 117 dan ahli UMNO yg paling LAMA kena PECAT mengalahkan Tun Mahathir yg dipecat selama 3 tahun saja.

Adalah lebih baik ,jika berbaik dgn saya supaya saya dapat mencurahkan segala ilmu dan pengalaman politik saya seperti yg dilakukan oleh Allahyarham Dato Non Johari kpd saya.

Sekian Terima Kasih
-dato wan azmi ariffin


Wednesday, April 2, 2008

Syabas MyKMU

Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat menganjurkan FORUM Pasca PRU12 kelmarin (01.04.2008). Daripada Penganjur, Ahli Panel sehingga kepada peserta...semuanya harus diberi pujian.
Akhir2 ini jarang saya melihat TV3 memberikan berita yang anti Paklah tetapi semalam kelihatannya agak menarik kerana ucapan ahli panel disiarkan dengan agak panjang termasuk ucaptama oleh TDM. Mungkin TV3 sudah merasakan tidak lagi boleh berharap kepada Paklah n KJ....maka nada suaranya mula berubah....Betoi Kaa..

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih