3 hari lepas (artikel ini) pakteh ada menulis mengenai Pas yang kelihatannya sudah tidak ada maruah. Hari ini Presiden Pas memberikan sedikit cahaya untuk Pas terus berjuang. Jika selama ini Pas hanya diperkudakan Anwar dan mengangguk apa sahaja arahan Anwar, Hari ini Haji Hadi bertindak sebaliknya apabila beranggapan Khalid Ibrahim masih layak menjadi MB Selangor. Makin menarik kisah Pakatan Haram Pembangkang ni..
Friday, July 25, 2014
JOM JADI PEJUANG : Ada yang sanggup? Mana yang lantang sebelum ni di FB n dunia maya?. Buktikan
Ketika ini Bumi Palestine terus dihujani dengan beraneka jenis bom/peluru oleh regim zionis atas dasar mempertahankan diri. Penceroboh berhati syaitan ini mendakwa mereka diserang malah hidup mereka tergugat. Bukankah amat pelik alasan paling dangkal ini diterima oleh satu-satunya kuasa adiwira dunia U.S. Pakar Risikan Amerika yang kononya mampu menilai setiap inci bumi yang bergolak membuat keputusan menyokong syaitan zionis ini bukan sahaja hari ini tetapi sejak dahulu. Mana mungkin syaitan kejam zionis mampu membesarkan wilayah taklukannya tanpa sokongan Amerika.
Ketepikan soal anak Palestine hari ini menjamah makanan bercampur peluru
Ketepikan soal ibu muda menjadi balu
Ketepikan soal anak pelajar kehilangan guru
Ketepikan soal perdamainan yang kian buntu
Hari ini 25 Julai 2014 hanya beberapa hari sahaja lagi umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri. Hari ini menguji apakah benar, apakah betul, apakah jujur, apakah umat Islam dan rakyat Malaysia sesungguhnya menyokong perjuangan palestine dan mengutuk regim syaitan zionis laknatullah.
Pendedahan oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki tentang stesyen TV berbayar ASTRO yang menggunakan khidmat syarikat dari Israel AMDOCS mengejutkan ramai pihak. Disaat dan diketika rakyat Palestine dibunuh kejam, ASTRO membuat tindakan yang 100% berbeza.
Tidak perlu mengulas lanjut, Pakteh hanya ingin bertanya.....jika sebelum ini ramai yang ingin berjihad menentang syaitan Zionis, harinya telah tiba....saatnya anda diberikan peluang untuk membuktikan apakah hati anda benar-benar ikhlas melaungkan sokongan menyokong Palestine.
Pengorbanan yang paling mudah untuk anda lakukan ialah.....STOP/BERHENTI/POTONG langganan ASTRO anda. pakteh tidak meminta anda mempertaruhkan nyawa....cukuplah dengan membuang sedikit keseronokan menikmati hiburan sebagai tanda Sokongan kepada Palestine.
SANGGUP?
Cadangan Pakteh: Hubungi astro untuk tamatkan perkhidmatan segera dengan alasan Astro memperjuangan Syaitan Regim Zionis.
Cadangan Pakteh: AXIATA GROUP perlu menggunakan pengaruhnya sebagai pemegang saham terbesar 66.5% dalam XL AXIATA (Indonesia) untuk tidak menggunakan khidmat AMDOCS.
p/s: BERAPA RAMAI YANG SANGGUP TAMATKAN PERKHIDMATAN ASTRO? PROGRAM RAYA BEST-BEST BELAKA?..........
Ketepikan soal anak Palestine hari ini menjamah makanan bercampur peluru
Ketepikan soal ibu muda menjadi balu
Ketepikan soal anak pelajar kehilangan guru
Ketepikan soal perdamainan yang kian buntu
Hari ini 25 Julai 2014 hanya beberapa hari sahaja lagi umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri. Hari ini menguji apakah benar, apakah betul, apakah jujur, apakah umat Islam dan rakyat Malaysia sesungguhnya menyokong perjuangan palestine dan mengutuk regim syaitan zionis laknatullah.
Pendedahan oleh Dr Asyraf Wajdi Dusuki tentang stesyen TV berbayar ASTRO yang menggunakan khidmat syarikat dari Israel AMDOCS mengejutkan ramai pihak. Disaat dan diketika rakyat Palestine dibunuh kejam, ASTRO membuat tindakan yang 100% berbeza.
Tidak perlu mengulas lanjut, Pakteh hanya ingin bertanya.....jika sebelum ini ramai yang ingin berjihad menentang syaitan Zionis, harinya telah tiba....saatnya anda diberikan peluang untuk membuktikan apakah hati anda benar-benar ikhlas melaungkan sokongan menyokong Palestine.
Pengorbanan yang paling mudah untuk anda lakukan ialah.....STOP/BERHENTI/POTONG langganan ASTRO anda. pakteh tidak meminta anda mempertaruhkan nyawa....cukuplah dengan membuang sedikit keseronokan menikmati hiburan sebagai tanda Sokongan kepada Palestine.
SANGGUP?
Cadangan Pakteh: Hubungi astro untuk tamatkan perkhidmatan segera dengan alasan Astro memperjuangan Syaitan Regim Zionis.
Cadangan Pakteh: AXIATA GROUP perlu menggunakan pengaruhnya sebagai pemegang saham terbesar 66.5% dalam XL AXIATA (Indonesia) untuk tidak menggunakan khidmat AMDOCS.
p/s: BERAPA RAMAI YANG SANGGUP TAMATKAN PERKHIDMATAN ASTRO? PROGRAM RAYA BEST-BEST BELAKA?..........
Thursday, July 24, 2014
WIRA BANGSA MELAYU: Terkini..! MEMPERTAHANKAN PERLEMBAGAAN SEBAGAI ASAS PERPADUAN NEGARA
Komen Pakteh: Baca dengan hati yang terbuka dan berlapang dada. Niatkan pembacaan ini demi kebaikan umat Islam, Agama Islam dan Bangsa Melayu
Allahuakbar...
orang Melayu. Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ia akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka. Pada masa itu pun tujuan mereka sudah berlainan.
Allahuakbar...
Berikut teks penuh ucapan oleh mantan Ketua Hakim Negara, Tun
Abdul Hamid Mohamad pada Majlis Wacana Islam dan Cabaran Semasa sempena
Majlis Berbuka Puasa NGO-NGO Islam. 21 Julai 2014
Semenanjung Tanah Melayu telah
dijajah daripada orang Melayu. Yang menentangnya, baik Dato Bahaman, Dato
Sagor, Dato Maharaja Lela, Dol Said, Tok Janggut atau Rusli Dhobi, adalah orang
Melayu. Yang menentang Malayan Union adalah orang Melayu. Yang berkorban nyawa
menentang pengganas Komunis semasa darurat adalah orang Melayu. Yang menuntut
kemerdekaan adalah
orang Melayu. Orang bukan Melayu menyertai gerakan menuntut kemerdekaan apabila mereka melihat ia akan menjadi kenyataan untuk menjaga kepentingan mereka. Pada masa itu pun tujuan mereka sudah berlainan.
Logiknya, Semenanjung Tanah
Melayu yang dijajah daripada orang Melayu hendaklah dipulangkan kepada orang
Melayu. Tetapi tidak, orang Melayu diminta berkongsi kuasa yang akan diserah
balik oleh penjajah British. Pada masa itu pun orang Melayu telah diminta mengorbankan
hak mereka “untuk menjaga perpaduan”. Orang Melayu bersetuju, sehinggakan dalam
Pilihan Raya Umum (PRU) 1955, untuk memberi lebih banyak representasi kepada
orang bukan Melayu, kawasan-kawasan majoriti Melayu diberikan kepada
calon-calon bukan Melayu untuk bertanding. Keadaan ini berterusan demi untuk
memastikan kemenangan pemimpin-pemimpin utama bukan Melayu, sehinggalah PRU 12
apabila kemenangan UMNO sendiri dalam kawasan majoriti Melayu sudah tidak
terjamin.
Semasa rundingan kemerdekaan,
PAS menuntut supaya Pulau Pinang dan Melaka dijadikan Negeri-Negeri Melayu demi
menjaga hak keistimewaan orang Melayu. Semasa Malaysia hendak ditubuhkan PAS
menentangnya kerana ia akan mengurangkan peratusan orang Melayu dan takut
kiranya orang Melayu akan hilang kuasa politik dan dengan itu kedudukan orang
Melayu dan agama Islam akan tergugat. Malah, selama beberapa dekat PAS
senentiasa mengkritik UMNO kerana “tak cukup Melayu dan tak cukup Islam”.
Begitu prihatin PAS terhadap nasib bangsa Melayu dan agama Islam pada masa itu.
Semasa rundingan kemerdekaan
juga, Parti Boroh Malaya menuntut supaya ditubuhkan kerajaan unitari kerana,
mengikut mereka, mengekalkan Sultan-Sultan dan Negeri-Negeri Melayu akan
mewujudkan sebuah kerajaan beraja. Dalam kata- kata lain mereka hendak
menghapuskan sistem beraja di Malaya. Siapakah majoriti ahli-ahli Parti Boroh?
Tidakkah tuan-tuan terhidu bau yang serupa sekarang?
Parti Komunis Malaya mengangkat
senjata untuk menubuhkan kerajaan komunis ala-China. Beberapa orang pemimpin
parti-parti kiri Melayu lari ke hutan dan menyertai Parti Komunis Malaya kerana
takut ditangkap British. Mereka diperalatkan oleh Chin Peng untuk mempengaruhi
orang Melayu menyokong perjuangan mereka. Nasib baik, pada masa itu orang
Melayu tidak terpengaruh degan mereka. Soalan: Tidakkah orang Melayu ternampak
perancangan yang serupa sekarang oleh “komunis bandar” meminjam istilah Tan Sri
Rahim Noor, mantan Ketua Polis Negara?
Biar apa pun, akhirnya
peruntukan-peruntukan Perlembagaan dipersetujui dan ia menjadi undang-undang
utama kita. Pada detik 12.00 tengah malam Semenanjung Tanah Melayu pun merdeka.
Orang-orang yang sebaya dengan saya masih terdengar pekikan “Merdeka” itu
dengan perasaan penuh semangat dan kegembiraan.
Tetapi, pada detik yang sama,
satu perkara berlaku, yang kita tidak sedar. Ini digambarkan dengan jelas oleh
Professor Shad Saleem Farouqi dalam bukunya yang bertajuk “Document of Destiny:
The Constitution of the Federation of Malaysia” di muka surat 710. Katanya:
“As a result of the “social
contract” between the various races, millions of migrants to British Malaya
were bestowed with citizenship by the Merdeka Constitution. It is believed that
the number of citizens in Malaya doubled at the stroke of midnight on August
31, 1957 due to the constitutional grant.”
“Akibat “kontrak sosial” di
antara berbagai-bagai kaum, berjuta-juta pendatang ke Malaya yang diperintah
oleh British itu diberi kerakyatan oleh Perlembagaan Merdeka. Adalah dipercayai
bahawa jumlah warga negara Malaya bertambah sekali ganda pada detik tengah
malam 31 Ogos 1957 disebabkan oleh pemberian Perlembagaan itu.” (Terjemahan
saya).
Pada 1963, Sabah dan Sarawak
menyertai Malaysia. Kedudukan anak negeri Sabah dan Sarawak hampir serupa
dengan kedudukan orang Melayu di Semenanjung. Maka peruntukan yang serupa
dibuat untuk mereka – lihat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.
Semenjak Merdeka hinggalah
sekarang, Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh sekumpulan parti berbagai-bagai
bangsa dengan seorang Melayu sebagai Perdana Menterinya. Biar apa pun kelemahan
mereka, negara berada dalam keadaan aman, tenteram membolehkannya maju dalam
semua bidang dan dinikmati oleh semua orang dan semua kaum. Mana sebuah kaum
yang boleh berkata bahawa mereka tidak menikmati kemakmuran Malaysia walau
sedikit pun? Negara kita adalah di antara beberapa buah negara sahaja dalam
dunia ini yang Perlembagaan asalnya masih berkuat kuasa. Malah Malaysia
disifatkan sebagai model negara membangun dan negara Islam moden.
Jika kaum minoriti hendak
‘complain’ mengenai kebebasan mereka, tunjukkan kepada saya sebuah negara yang
memberi lebih banyak hak kepada kaum minoriti. Apa jadi kepada orang Islam
Rohingya di Myanmar? Di negeri-negeri jiran, nama mereka pun perlu diubah.
Tunjukkan kepada saya sebuah negara yang bukan sahaja membenarkan
sekolah-sekolah vernakular diadakan, malah membiayainya. Dari segi kebebasan
beragama, pernahkah Kerajaan menghalang mereka daripada mengamalkan agama
mereka. Pernahkah terfikir oleh mereka bagaimana mudahnya mereka membina
rumah-rumah ibadat mereka di Malaysia, termasuk di atas tanah Kerajaan tanpa
sebarang tindakan, diberi bantuan kewangan dan tanah gantian apabila
dikehendaki pindah? Bandingkan dengan halangan yang di hadapi oleh orang Islam
untuk membuat sebuah masjid di Eropah atau Amerika Syarikat.
Kecuali seketika di sekitar
tahun 1969, keadaan bertahan selama lebih kurang 50 tahun. Ia disebabkan
Kerajaan Persekutuan kukuh, pemimpin-pemimpin yang tegas dan ekonomi yang
senentiasa berkembang. Kerajaan Persekutuan kuat sebab ia menerima sokongan
orang Melayu dan bukan Melayu yang mencukupi, walau pun lebih banyak orang Cina
senentiasa menyebelahi pembangkang. Mereka mahu lebih. Itu sahaja sebabnya. Dan
mereka menuduh orang Melayu “tamak” kerana hendak mencapai 30% ekonomi negara!
Bagaimana dengan mereka yang sudah mempunyai 80% tetapi mahu lebih? Mungkin itu
“dermawan” mengikut istilah mereka. Anehnya ada juga orang Melayu yang
mempercayainya.
Tetapi, keadaan berubah di
kebelakangan ini. Orang Melayu berpecah kerana leka dengan sedikit kemakmuran
yang baru dirasai, ketaksuban kepada parti dan pemimpin dan kehadiran
pemimpin-pemimpin dan penyokong-penyokong yang oportunis yang tidak kira apa
yang akan terjadi kepada bangsa, negara dan agama asalkan cita-cita mereka
tercapai. Maka orang Melayu berpecah dengan seriusnya. Kumpulan pengundi
majoriti menjadi minoriti. Kumpulan minoriti memperalatkan sebahagian pengundi
Melayu untuk kepentingan mereka dan orang Melayu tidak sedar.
Melihat keadaan itu,
kumpulan-kumpulan yang memang pandai mengira untung-rugi, terus mengatur
perancangan mereka. Mereka membuat perancangan teratur untuk merampas kuasa
melalui peti undi, dengan bersatu padu sesama sendiri sambil memperalatkan
parti-parti Melayu dan orang Melayu yang naif itu. Mereka hampir berjaya.
Sambil itu kumpulan-kumpulan
ekstremis mula membuat tuntutan-tuntutan yang bukan-bukan, menyerang hak-hak
orang Melayu, menghina lagu Kebangsaan, menghina bendera Malaysia, menghina
Institusi Raja-Raja, menghina pemimpin-pemimpin Melayu dan menghina agama
Islam. Ketiadaan tindakan tegas terhadap mereka dilihat oleh mereka sebagai
tanda kelemahan dan mereka menuntut lebih lagi.
Pendekatan mereka adalah
bersifat ugutan dan bisnes: jika mahu perpaduan berikan kami hak yang sama dan
kebebasan sepenuhnya. Dalam kata-kata lain, mereka mahu faedah yang diberikan
kepada orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dihapuskan. Ertinya,
mereka mahu perizaban kadar dalam perkhidmatan awam, biasiswa, danasiswa,
keistimewaan pendidikan dan latihan, permit, lesen dan sebagainya dihapuskan.
Semua mesti diberi atas dasar merit. Mereka tahu mereka menguasai ekonomi dan
berada di hadapan dalam bidang pelajaran. Mereka tinggal di bandar-bandar besar
di mana terdapat semua kemudahan dan exposure. Apabila pemilihan cuma dibuat
berdasarkan kelulusan akademik, merekalah yang akan membolotnya. Tak cukup
dengan itu, mereka mahu UiTM juga dibuka kepada mereka!
Rata-rata orang bukan Islam di
Malaysia tidak senang dengan kedudukan agama Islam sebagai agama Persekutuan.
Mereka mahu agama-agama mereka juga diberi kedudukan yang sama. Mengikut mantan
Mufti Pulau Pinang, di Pulau Pinang telah berlaku satu peristiwa di mana di
perasmian sebuah bangunan oleh Timbalan Ketua Menteri, doa dibacakan oleh
seorang Paderi Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri. Saya amat
hairan mengapa Imam Besar pun turut menyertainya. Tidakkah beliau berfikir?
Saya amat sedih melihat orang
Melayu dan Islam begitu naif sehingga mereka begitu mudah diperalatkan sehingga
sanggup bertakbir dan bergolek di atas jalan raya sedangkan orang bukan Islam
yang untung.
Saya juga hairan mengapa ada
orang-orang yang dikenali sebagai ulama’ tidak nampak muslihat gereja Roman
Katolik yang hendak memakai kalimah “Allah” dalam Bible Bahasa Melayu dan
upacara gereja dalam Bahasa Melayu selepas 500 tahun kecewa mengkristiankan orang
Melayu secara besar-besaran. Mereka merujuk kepada penggunaan kalimah Allah di
bumi Arab tanpa menganalisis berbezaannya. Kita perlu lihat isu itu dalam
konteks Malaysia.
Hinggakan, apabila sami Buddha
mengadakan upacara sembahyang di surau di sebuah hotel pun, ada “ilmuwan
Syariah” yang mengatakan Rasul Allah pernah membenarkan orang Kristian
bersembahyang dalam masjid. Tidakkah mereka nampak perbezaannya?
Kisah itu melibatkan
ahlil-kitab yang beriman dengan Allah dan di peringkat awal kerasulan Muhammad
s.a.w. dan cara mereka bersembahyang pun tidak mencemarkan kesucian masjid.
Jika dibenarkan penganut-penganut agama yang ada di Malaysia bersembahyang
dalam masjid, apa akan jadi? Bukan sahaja masjid akan busuk dengan bau gaharu,
babi panggang pun akan dibawa masuk ke masjid, sebab di bulan hantu lapar
“offering” kepada hantu lapar adalah sebahagian daripada upacara sembahyang
mereka.
Mantan Mufti Pulau Pinang juga
memberitahu saya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di
Pulau Pinang, kerana pemimpin-pemimpin agama-agama lain juga menuntut hak yang
sama. Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke
seluruh Malaysia. Pada waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama
Islam di televisyen pun akan terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain.
Jabatan-jabatan Kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang menyediakan
surau akan terpaksa menyediakan gereja, to’kong-to’kong dan gurdwara, memberi
hanya dua misalan. Ertinya, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah
tidak bermakna lagi. Peruntukan agama Islam sebagai agama Persekutuan mungkin
dimansuhkan atau kesemua agama akan dijadikan agama Persekutuan. Tidakkah orang
Islam berfikir?
Kumpulan ini sangat tidak puas
hati dengan peruntukan Perlembagaan yang tidak membenarkan orang bukan Islam
menyebarkan agama mereka kepada orang Islam. Selain dari itu, mereka pergi ke
merata dunia untuk memburukkan Islam kerana Islam tidak membenarkan penganutnya
murtad, kerana Islam membolehkan poligami, kerana Islam mengharamkan liwat,
membuat tuduhan Islam mendiskriminasikan orang perempuan kerana pembahagian
pusaka yang tidak sama rata dan lain-lain. Soalan saya: Mengapa mereka
membantah hal-hal mengenai agama Islam pada hal kita tidak pernah membantah
mereka membakar kereta kertas, duit neraka (hell money) atau mencucuk pipi
mereka dengan besi dan lain-lain.
Mereka juga tidak puas hati
dengan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Mereka mahu Bahasa
mereka juga diberi kedudukan yang sama. Ke mana perginya “kontrak sosial”?
Ringkasnya mereka mahukan atau
mahu menghapuskan apa yang ada pada orang Melayu tetapi mereka tidak mahu
melepaskan apa yang ada pada mereka. Sanggupkah syarat kerakyatan dikaji
semula? Sanggupkah syarikat-syarikat milik mereka dibuka kepada orang Melayu,
baik sebagai pemilik saham, ahli Lembaga atau pengurusan atasan?
Kumpulan itu menjadi lebih
berani kerana:
1. Mereka telah melihat orang
Melayu berpecah-belah. Kumpulan majoriti telah menjadi minoriti.
2. Mereka telah berjaya
mempengaruhi pemimpin-pemimpin parti-parti orang Melayu untuk bekerjasama
dengan mereka.
3. Mereka telah berjaya
memanfaatkan pengundi Melayu yang menentang BN yang tidak sedar bahawa mereka
diperalatkan.
4. Ketiadaan tindakan terhadap
mereka dilihat sebagai kelemahan Kerajaan.
5. Pemansuhan Perisytiharan
Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya, Akta Keselamatan Dalam
Negeri 1960 (ISA) dan pengumuman bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan
dilihat sebagai satu kemenangan mereka. Mereka telah sekian lama menuntut
perkara itu dilakukan dan mereka berjaya sekarang.
6. Persepsi rasuah di kalangan
pemimpin politik Kerajaan yang tinggi memudahkan orang ramai percayai hasutan
mereka.
Pada masa yang sama, Kerajaan
semakin mengambil sikap lebih lembut dan “liberal”, mungkin dalam usaha untuk
memenangi semula sokongan pengundi-pengundi bukan Melayu yang telah lari kepada
pembangkang. Jika itulah tujuannya, nyata sekali bahawa harapan itu adalah satu
kesilapan. Bukan sahaja mereka tidak kembali dan tidak berterima kasih, tetapi
mereka melihatnya sebagai satu kelemahan di pihak Kerajaan dan kejayaan bagi
mereka.
Saya boleh faham mengapa
Perisytiharan Darurat dan undang-undang yang dibuat di bawahnya dimansuhkan.
Dalam tahun 1970an, seorang
Hakim dari Afrika yang datang ke Malaysia untuk menghadiri satu persidangan
undang-undang bertanya kepada saya: “Malaysia berada dalam keadaan darurat
bukan? Saya tidak lihat sekatan jalan raya oleh tentera mahupun kereta kebal di
jalan raya.” Saya jawab, “Ya, itu darurat di Malaysia. Bayangkan jika tidak.”
Untuk mengatakan selepas tahun 2000 kita masih berada di bawah keadaan darurat
adalah tidak munasabah. Demikian juga melaksanakan undang-undang yang dibuat
khas untuk menangani keadaan semasa darurat juga sukar untuk dibela walau pun
dari segi undang-undang ia adalah sah.
Tetapi, saya dapati sukar
sedikit untuk memahami mengapa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) juga
turut dimansuhkan. Perlu diambil perhatian bahawa ISA bukanlah satu
undang-undang yang dibuat di bawah peruntukan Perkara 150, ia itu semasa
Proklamasi Darurat berkuat kuasa. ISA dibuat di bawah Perkara 149 yang
membolehkan undang-undang seperti ISA dibuat untuk menentang perbuatan
subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya.
Memanglah undang-undang yang
membolehkan penangkapan dan tahanan tanpa perbicaraan bukanlah undang-undang
yang baik. Tetapi, sudahkah kita lupa Mei 13? Adakah keadaan yang menggugat
ketenteraman negara, tidak kira oleh siapa, komunis, militan Islam, kumpulan
pelampau dan lain-lain sudah tidak ada lagi? Mana lebih baik ISA atau
Guantanamo (Untuk perbincangan mengenai ISA dan Guantanamo, sila baca ucapan
dan kertas kerja saya bertajuk “Conflict of Interests Between Different Basic
Rights” dan “Legal and Judicial Transformation in Malaysia” yang boleh didapati
dalam lman web saya.)
Saya faham bahawa Kerajaan mahu
melihat Malaysia berada di kedudukan yang baik di mata dunia. Tetapi, Singapura
yang mengekalkan ISA, berada di kedudukan yang lebih baik, hampir dalam semua
hal. ISA bukanlah sebab utama yang menentukan kedudukan itu.
Sekarang ISA telah “digantikan”
dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Secara
ringkas, perbezaan utama di antara keduanya ialah ISA membolehkan tahanan tanpa
perbicaraan. (Tetapi tangkapan dan penahanan itu boleh dicabar di mahkamah
melalui semakan kehakiman (judicial review)). Sebaliknya, di bawah SOSMA
seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah akta itu mestilah dituduh di
mahkamah atas tuduhan tertentu dan dibicarakan sama seperi kes jenayah lain.
Setakat ini sebanyak 38 orang
telah dihadapkan ke mahkmah di bawah SOSMA, dengan 30 daripadanya di Lahat
Datu. Perbicaraan sedang berjalan. Pendakwaan dilakukan oleh Peguam Negara
sendiri. Kebanayakan pertuduhan adalah di bawah Chapter VIA Kanun Keseksaan
yakni kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan keganasan (offences relating to
terrorism).
Ertinya “terrorism” yang
memungkinkan kewujudan ISA masih ada. Apa yang dilakukan sekarang memang cantik
di atas kertas. Tetapi soalnya, mampukan SOSMA menangani masalah terrorism?
Dari segi kesalahan-kesalahan yang diwujudkan ia nampaknya lengkap. Soalnya,
dapatkah pertuduhan-pertuduhan itu dibuktikan? Sama-samalah kita melihat
perkembangannya.
Bagi saya ukurannya bukan
sangat ISA ada atau tidak tetapi bagaimana ia dilaksanakan. Undang-undang apa
pun boleh disalahgunakan. ISA pun jika dilaksanakan dengan berhemah dan
menepati peraturan-peraturannya, boleh membawa hasil yang lebih baik dari SOSMA
jika SOSMA disalahgunakan.
Sebaliknya, jika SOSMA
dilaksanakan dengan berhemah dan ia memberi kesan yang serupa, tentulah SOSMA
lebih baik.
Selain daripada itu Perdana
Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah juga mengumumkan
bahawa Akta Hasutan 1948 juga akan dimansuhkan.
Akta ini dibuat oleh British
apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan untuk mengekang penentangan kepada
pemerintahan British. Secara ringkas, ia mengandungi kesalahan-kesalahan kerana
menghasut untuk membangkitkan kebencian dan tidak taat setia kepada Raja atau
Kerajaan, menghasut rakyat untuk mendapat perubahan dengan cara yang tak sah,
menghasut orang supaya benci kepada pentadbiran keadilan, menimbulkan perasaan
tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Malaysia, mengembangkan
perasaan permusuhan antara kaum. Seksyen 3(1)(f) memperuntukkan:
“…….mempersoalkan apa-apa
perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang
ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan
Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181
Perlembagaan Persekutuan.”
Bahagian III adalah mengenai
kewarganegaraan. Perkara 152 ialah mengenai Bahasa Kebangsaan. Perkara 153
adalah mengenai “perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan
sebagainya bagi orang Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak.
Peruntukan ini dimasukkan
akibat peristiwa 13 Mei. Ringkasnya, ia menghalang sesiapa sahaja daripada
mempersoalkan perkara-perkara yang disebutkan itu untuk mengelak daripada
berulangnya peristiwa 13 Mei.
Bagi saya, perwujudan seksyen
3(1)(f) Akta Hasutan itu adalah kemuncak kejayaan politik orang Melayu dan Tun
Abdul Razak Bin Hussain. Maka kepada anaknya saya berseru: Janganlah mansuhkan
apa yang ayah anda telah lakukan. Saya khuatir kiranya beliau tidak akan
memaafkan anda kerananya.
Bagaimana dengan RUU Harmoni
yang JPNIN sedang buat itu?
Mereka mengaitkan Akta Hasutan
dengan RUU Harmoni. RUU Harmoni akan menggantikan Akta Hasutan seperti mana
SOSMA menggantikan ISA. Ertinya, mengikut mereka, untuk mencapai perpaduan dan
harmoni (“perpaduan”) Akta Hasutan perlulah dimansuhkan kerana ia menjadi
penghalang perpaduan. Dalam kata-kata lain, berikan kebebasan kepada sesiapa
sahaja untuk menghasut orang ramai supaya membenci Raja, menghapuskan sistem
beraja, mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagi Bahasa Kebangsaan, mempersoalkan
hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan kerakyatan, perpaduan
akan tercapai. Lojik apa ini? Ia samalah dengan lojik seorang yang berkata
“Kalau mahu tebuan berada di dalam sarangnya, jolokkan sarangnya.” Cubalah!
Maka kita perlu faham bahawa
alasan bahawa Akta Hasutan perlu dimansuhkan demi untuk mencapai perpaduan itu
tidak berasas langsung. Ia hanyalah helah untuk memansuhkan Akta Hasutan oleh
orang-orang yang tidak sukakannya. Apatah lagi yang menggubalnya adalah Majlis
Peguam. Itulah yang mereka mahu. Diberi peluang, terus mereka memanfaatkannya.
Kita jangan terperangkap dengan helah seperti itu.
Apa untungnya orang Melayu dan
anak negeri Sabah dan Sarawak jika larangan- larangan mempersoalkan hak-hak
yang diberi kepada mereka oleh Perkara 153 itu dihapuskan? Apakah untungnya
orang Melayu jika hasutan mengenai kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan dibenarkan? Yang untung hanyalah orang-orang yang tidak suka
peruntukan-peruntukan itu. Tanpa Akta Hasutan mereka bebas menghasut orang
ramai untuk menghapuskan pemerintahan Raja Berperlembagaan, Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan, hak-hak orang Melayu dan anak negeri Sabah dan
Sarawak. Itu kita mesti faham.
Selain dari itu, ada beberapa
perkara yang sangat menghairankan saya mengenai usaha menggubal RUU Harmoni
untuk menggantikan Akta Hasutan itu. Pertama, Akta Hasutan terletak di bawah
portfolio Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang Menterinya ialah Dato’ Seri Dr.
Ahmad Zahid Hamidi. Sepatutnya, semua perkara yang berkenaan dengan akta itu,
sama ada hendak memindanya atau memansuhkannya, hendaklah datangnya daripada
kementerian itu. Ini penting bukan sahaja kerana akta itu terletak di bawah
kementerian itu, tetapi kerana kementerian itu mempunyai maklumat-maklumat, termasuk
maklumat rahsia, mengenai ketenteraman negara yang akan menentukan dasar
mengenainya.
Soalan saya: Mengapa dalam hal
ini tugas itu diambil alih oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
(JPNIN) yang menterinya Tan Sri Joseph Kurup yang nampaknya bekerjasama dengan
Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri? Adakah satu “rampasan”
(highjacking) berlaku di sini?
Mengikut prosedur biasa,
penetapan dasar dilakukan oleh kementerian berkenaan sebelum ia diputuskan oleh
Kabinet. Dalam hal ini, penentuan dasar, sekurang- kurangnya di peringkat
permulaan, diserahkan kepada JUU&D yang ditubuhkan oleh MKPN yang di tubuh
pula oleh JPNIN. Pengerusi JUU&D adalah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa,
Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya adalah Lim Chee Wee,
mantan Presiden Majlis Peguam. Kita semua tahu bahawa Majlis Peguam adalah
penyokong kuat parti-parti pembangkang terutama sekali DAP dan PKR. Adakah ini
“rampasan” (highjaking) yang kedua?
Mengikut prosedur biasa juga,
setelah dasar ditentukan oleh kementerian berkenaan, penggubalan dilakukan oleh
Jabatan Peguam Negara. Dalam hal ini, penggubalan dilakukan oleh Majlis Peguam.
Adakah ini “rampasan” (highjaking) yang ketiga?
Disebabkan oleh kesuntukan
masa, untuk tujuan wacana ini, memadailah jika saya memberi dua misalan
mengenai isi kandungan RUU Harmoni.
Pertama, rang undang-undang itu
menekankan peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan. Seksyen 2(i) National
Harmony and Reconciliation Bill mengatakan bahawa tujuan rang undang-undang itu
adalah:
“2(i) To give effect to the letter and spirit of the Federal Constitution, in
particular Article 8.”
“Untuk memberi kesan kepada apa
yang tertulis dan semangat Perlembagaan Persekutuan, khususnya perkara 8.” –
(Terjemahan saya.) Apa kata Perkara 8? Perkara 8(1) memperuntukkan:
“8. (1) Semua orang adalah sama
rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di
sisi undang- undang.”
Itulah yang mereka mahu
mahkamah memberi keutamaan dalam mentafsir atau memakai (interpretation or
application) undang-undang itu jika ada kes.
Sepanjang ingatan saya, saya
belum penah temui satu akta yang memperuntukkan bahawa sesuatu perkara dalam
Perlembagaan itu kena diberi perhatian yang lebih daripada yang lain-lain. Dari
situ kita dapat lihat tujuan mereka yang tersirat.
Kedua, nampaknya matlamat utama
penggubal RUU Harmoni adalah untuk memansuhkan Akta Hasutan. Seksyen 8(1),
Draft Racial and Religious Hate Crimes Bill memperuntukkan:
“8(1) The Sedition Act 1948
[Act No. 15] is repealed.”
Siapakah yang membuat tuntutan
supaya Akta Hasutan dimansuhkan? Tidakkah apa yang hendak dilakukan itu untuk
memenuhi kehendak mereka?
Patutkah Akta Hasutan
dimansuhkan? Jawapan saya: tidak. Patutkah ia dipinda? Jawapan saya: Ya. Apakah
pindaan yang perlu dibuat? Jawapan saya: Masukkan Perkara 3 dan 11 Perlembagaan
Malaysia (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan. Sekarang
menghasut terhadap kedudukan agama Islam bukanlah satu kesalahan di bawah Akta
Hasutan. Mungkin kerana itu, mereka sangat berani. Semua orang Islam, sama ada
dalam UMNO, PAS, PKR, NGO dan individu hendaklah bersatu dalam hal ini.
Kedua, pada pandangan saya,
adalah lebih baik bagi kerajaan kiranya kesalahan menghasut terhadap kerajaan
dimansuhkan. Maksud saya hanya mengenai kerajaan tetapi terhadap Raja mestilah
dikekalkan. Ini lebih demokratik, lebih telus dan lebih terbuka. Hari ini pun,
walaupun larangan itu ada, setakat yang saya tahu, kerajaan tidak pernah
mengambil tindakan terhadap orang yang mengkritiknya kerana itu sebahagian
daripada proses demokrasi. Untuk apa dikekalkan peruntukan itu?
Pada pandangan saya, itulah
pendirian yang semua orang Islam, parti politik Islam dan NGO Islam, patut
ambil.
Kita bukan mahukan hak orang
lain. Kita bukan menuntut supaya Perlembagaan dirombak kerana kita mahu lebih.
Kita cuma mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Kita cuma mahu apa yang
telah dipersetujui dikekalkan untuk mengekalkan perpaduan dan harmoni. Rasiskah
kita?
Pemimpin-pemimpin Melayu dan
Islam, tidak kira dalam parti mana hendaklah bersatu dalam mempertahankan
kepentingan bangsa, agama dan negara, dengan mempertahankan
peruntukan-peruntukan Perlembagaan Malaysia yang sedia ada. Caranya ialah
dengan menguatkan Kerajaan Persekutuan. PAS patutlah bekerjasama dengan UMNO dan
BN di peringkat pusat. Di peringkat negeri ia boleh kekal seperti sekarang.
Saya membuat seruan ini kerana saya percaya bahawa, dalam keadaan sekarang,
mengikut hemat saya, itu sahaja cara yang boleh kita mempertahankan
Perlembagaan dan kepentingan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia.
Anak-anak Negeri Sabah dan
Sarawak patut ingat bahawa apa yang menjamin nasib mereka ialah Perlembagaan
Persekutuan dan mereka juga sepatutnya bersama mempertahankannya.
Sebenarnya semua pemimpin
negara, tidak kira apa parti politiknya, apa bangsa dan agamanya, sama-sama
mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia untuk
kepentingan bersama.
Kesimpulannya:
1. Janganlah mansuh Akta
Hasutan 1948.
2. Segala urusan mengenai Akta
Hasutan hendaklah dilakukan oleh kementerian yang bertanggungjawab mengenainya
ia itu KDN.
3. JPNIN tidak sepatutnya
mengambil alih perkara yang terletak dalam bidang kuasa KDN dan Peguam Negara.
4. Prosedur biasa di mana Kementerian
berkenaan menentukan dasar dan pengpenggubalan dibuat oleh Jabatan Peguam
Negara manakala keputusan muktamad dibuat oleh Kabinet hendaklah diikuti.
5. Akta Hasutan hendaklah
dipinda untuk memasukkan Perkara 3 dan 11 (agama Islam) ke dalam seksyen 3(1)(f).
6. Eloklah kerajaan memikirkan
untuk meminda Akta Hasutan untuk mengeluarkan kesalahan menghasut terhadap
kerajaan supaya kerajaan nampak lebih telus, terbuka dan demokratik.
7. Ketepikan draf RUU yang
dibuat oleh Majlis Peguam itu.
8. Jika JPNIN berfikir bahawa
perpaduan boleh dicapai melalui undang-undang, sila sediakan drafnya. Ikutlah
peraturan biasa.
9. Semua orang Melayu, Islam
dan anak negeri Sabah dan Sarawak dan semua parti politik, NGO dan pertubuhan
Melayu, Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak, hendaklah bersatu dalam hal
ini.
10. Kita bukan hendak meminggir
mana-mana kaum. Kita hanya hendak mempertahankan Perlembagaan
supaya perpaduan
akan berkekalan. Malah, kaum-kaum lain juga sepatutnya bersama-sama
mempertahankan Perlembagaan kerana hanya dengan cara itu perpaduan dan harmoni
dapat dikekalkan.
Sekian. terima kasih.
Tun Abdul Hamid Mohamad
Pas sudah tiada maruah
Selalu pakteh ingatkan rakan-rakan dari Pas agar kembalikan maruah Pas yang telah diludah oleh DAP dan PKR.
Sejak Pas mengikut DAP menyertai PKR membentuk pakatan haram pembangkang, Pas sudah tidak maruah. Jati diri yang dibentuk sejak puluhan tahun sehingga ada yang terkorban, kini hanya menjadi sejarah.
Kedahlanie ada menulis tentang kemelur di Selangor. Bagus juga Kedahlanie kerana terpaksa mencari isu di Selangor selepas ketiadaan isu di Kedah. Ini membuktikan pentadbiran Kedah ketika ini dibawah UMNO pimpinan DS Mukhriz Tun Mahathir diterima baik dan melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Fikirkan Pas yang mempunyai 15 kerusi di Selangor terpaksa menurut arahan PKR sejak memenangi pilihanraya dlm PRU13. Lebih malang dan terus membawa Pas ke lembah hina, kini Pas bersetuju menggantikan MB sedia ada dengan DS Wan Azizah Ismail ADUN Kajang, isteri kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh DS Anwar Ibrahim dan ibu kepada ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.
Wow...sejak bila Pas menerima seorang wanita menjadi pemimpin nombor satu? kemana perginya hujah-hujah agama sebelum ini berkaitan kemampuan pimpinan wanita?.
Wow lagi sekali......kemana perginya perkataan Napotisme, Kronisme apabila Isteri, Suami, dan anak mendominasi Kepimpinan parti dan direstui Pas. Jika Pas terus mengiktiraf perubahan di Selangor selepas raya bermakna Pas menerima perlakuan hina kronisme yang terang-terangan dilakukan oleh Anwar & keluarga.
Parti keluarga Anwar ini seperti sudah tidak ada maruah dan Pas juga kelihatannya begitu apabila membiarkan parti dipermain-mainkan.
p/s: Kembalilah ke pangkal jalan
Wednesday, July 23, 2014
Tahniah DS Najib
Pakteh bersyukur diwaktu Malaysia di asak dari dalam dan luar negara, Pimpinan negara yang Presiden UMNO menjadi terajunya mampu menangani isu dengan baik. DS Najib membuktikan beliau mampu mendepani isu dan boleh menjadi harapan rakyat.
Soal MH17 ini menuntut setiap rakyat bersatu menyokong pihak kerajaan dan itu yang Pakteh lakukan malah sejak dulu...dokongan sokongan Pakteh tetap/jitu kepada UMNO/BN.
Jika dahulu, Anwar inginkan IMF dan Tun Mahathir melaksanakan sebaliknya, kini Anwar mengkritik kerana Malaysia terlalu lantang mengutuk Israel sehingga mungkin itu penyebabnya MH17 menjadi mangsa...DS Najib secara bijak membuat rundingan dengan pihak berkepentingan di Ukrain sehingga tercapai persetujuan.
1999 - 2004, Pakteh pernah berkata PKR akan hancur dan hampir menjadi kenyataan pada 2004. Kini parti itu diambang kerosakan kerana memiliki pemimpin seperti Rafizi.
#MH17
#MH370
#SaveGaza
#SaveForPalestine
Soal MH17 ini menuntut setiap rakyat bersatu menyokong pihak kerajaan dan itu yang Pakteh lakukan malah sejak dulu...dokongan sokongan Pakteh tetap/jitu kepada UMNO/BN.
Jika dahulu, Anwar inginkan IMF dan Tun Mahathir melaksanakan sebaliknya, kini Anwar mengkritik kerana Malaysia terlalu lantang mengutuk Israel sehingga mungkin itu penyebabnya MH17 menjadi mangsa...DS Najib secara bijak membuat rundingan dengan pihak berkepentingan di Ukrain sehingga tercapai persetujuan.
1999 - 2004, Pakteh pernah berkata PKR akan hancur dan hampir menjadi kenyataan pada 2004. Kini parti itu diambang kerosakan kerana memiliki pemimpin seperti Rafizi.
#MH17
#MH370
#SaveGaza
#SaveForPalestine
Friday, July 18, 2014
Breaking News..!!: #MH17 Dalang sudah dikenalpasti?
Pakteh mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa. saat genting yang memerlukan sokongan semua pihak kepada kepimpinan negara. Jangan ada lagi tindakan bodoh dan bersifat politik oleh pihak pembangkang seperti tragedi #MH370
Pelbagai medium media maya telah melaporkan berkaitan #MH17 ini sejak semalam dan Pakteh hanya mengikuti dari sumber Astro Awani disamping cuba membuat carian di media maya. Semua pihak mengaku tidak bertanggungjawab terhadap insiden ini namun laporan oleh Kyiv Post ini amat menarik untuk dibaca.
Petikan dari: KYIV Post
Malaysia Airlines Boeing 777-200 flying from Amsterdam to Kuala Lumpur was allegedly shot down by a group of Russian-backed Cossack militants near the village of Chornukhine, Luhansk Oblast, some 80 kilometers north-west of Donetsk, according to recordings of intercepted phone calls between Russian military intelligence officers and members of terrorist groups, released by the country’s security agency (SBU).
One phone call apparently was made at 4:40 p.m. Kyiv time, or 20 minutes after the plane crash, by Igor Bezler, who the SBU says is a Russian military intelligence officer and leading commander of the self-proclaimed
Donetsk People’s Republic. He reports to a person identified by Ukraine’s SBU as a colonel in the main intelligence department of the general headquarters of the armed forces of the Russian Federation Vasili Geranin regarding the shot down plane, which is about to be examined by the militants.
Donetsk People’s Republic. He reports to a person identified by Ukraine’s SBU as a colonel in the main intelligence department of the general headquarters of the armed forces of the Russian Federation Vasili Geranin regarding the shot down plane, which is about to be examined by the militants.
The second intercepted conversation released by the Security Service of Ukraine was apparently between militants nicknamed “Major” and “Greek” immediately upon inspection of the crash site.
“It’s 100 percent a passenger (civilian) aircraft,” Major is recorded as saying, as he admitted to seeing no weapons on site. “Absolutely nothing. Civilian items, medicinal stuff, towels, toilet paper.”
In the third part of conversation Cossack commander Nikolay Kozitsin talking to an unidentified militant cynically suggests that the Malaysia Airlines airplane could've been carrying spies, as, otherwise, it would have no business flying in that area.
Read the full transcript of an intercepted phone call below:
Igor Bezler: We have just shot down a plane. Group Minera. It fell down beyond Yenakievo (Donetsk Oblast).
Vasili Geranin: Pilots. Where are the pilots?
IB: Gone to search for and photograph the plane. Its smoking.
VG: How many minutes ago?
IB: About 30 minutes ago.
SBU comment: After examining the site of the plane the terrorists come to the conclusion that they have shot down a civilian plane. The next part of the conversation took place about 40 minutes later.
“Major”: These are Chernukhin folks who shot down the plane. From the Chernukhin check point. Those cossacks who are based in Chernukhino.
“Grek”: Yes, Major.
"Major": The plane fell apart in the air. In the area of Petropavlovskaya mine. The first “200” (code word for dead person). We have found the first “200”. A Civilian.
“Greek”: Well, what do you have there?
“Major”: In short, it was 100 percent a passenger (civilian) aircraft.
“Greek”: Are many people there?
“Major”: Holy sh__t! The debris fell right into the yards (of homes).
“Greek”: What kind of aircraft?
“Major”: I haven’t ascertained this. I haven’t been to the main sight. I am only surveying the scene where the first bodies fell. There are the remains of internal brackets, seats and bodies.
“Greek”: Is there anything left of the weapon?
“Major”: Absolutely nothing. Civilian items, medicinal stuff, towels, toilet paper.
“Greek”: Are there documents?
“Major”: Yes, of one Indonesian student. From a university in Thompson.
Militant: Regarding the plane shot down in the area of Snizhne-Torez. It’s a civilian one. Fell down near Grabove. There are lots of corpses of women and children. The Cossacks are out there looking at all this.
They say on TV it’s AN-26 transport plane, but they say it’s written Malaysia Airlines on the plane. What was it doing on Ukraine’s territory?
Nikolay Kozitsin: That means they were carrying spies. They shouldn’t be f…cking flying. There is a war going on.
p/s: Semoga kepimpinan negara diberi kekuatan untuk mengharungi tragedi #MH17 ini sekalipun #MH370 belum ditemui
Friday, July 11, 2014
Tiada Peluru, YB Pas tembak pakai angin
Kadang-kadang pakteh ni baca juga kisah-kisah yang blog kedahlanie tulis. Jarang Pakteh nak ambik peduli tulisan blog tersebut kerana tidak ada kaitan dengan pakteh. Namun sehari dua yang lepas Kedahlanie memetik kata-kata Ketua Pembangkang di Kedah yang mempertikaikan pentadbiran UMNO dibawah DS Mukhriz Tun Mahathir.
Bagi Pakteh menegur, membantah, menyindir itu bagus sekiranya untuk kebaikan dan ekor sendiri tidak terpalit tahi. Memang sewajarnya untuk memajukan Kedah, pembangkang yang kuat sangat dialu-alukan. DS MB sendiri pernah mengalu-alukan kerjasama antara UMNO dan Pas di Kedah.
Apa yang Pakteh terkesan ialah tuduhan tentang Pusat Tahfiz Sains di Pulau Toba kononnya kerajaan UMNO hari ini membatalkan malah tidak mengambil peduli pusat sedia ada di Kulim. Bagi Pakteh, kesalahan sebenar ialah Pas yang memutar belitkan fakta. Bolehkan YB Pas yang satu ketika dulu Exco Kedah memberikan angka peruntukan yang diluluskan untuk Tahfiz Sains Pulau Toba?. Selepas memberikan angka itu, nyatakan juga adakah ONGKOSnya telah tersedia 100% sehingga siap. Nyatakan juga kemana perginya DANA yang diperuntukan. YB Ketua pembangkang juga perlu nyatakan TARIKH SEBENAR kerja-kerja pembinaan Pusat Tahfiz Sains di Pulau Toba TERTANGGUH. Jika YB Ketua Pembangkang benar-benar ikhlas......In Shaa Allah...kita akan mendapat jawapan.
p/s: Atau...YB Ketua Pembangkang sebenarnya sengaja seperti kata pepatah "Marah anak sindir menantu"?
Monday, July 7, 2014
Perpaduan negara : Cakap tak serupa bikin
Bila sebenarnya perpaduan kaum benar-benar harmoni?
Impian ini tidak mungkin terlaksana sekalipun 100 Majlis/Suruhanjaya/Jawatankuasa ditubuhkan untuk menyelesaikan isu perpaduan jika PUNCA sebenar tidak diatasi.
Rakyat Malaysia boleh menunggu 1000 tahun lagi tetapi percayalah....perpaduan sebenar tidak akan datang dengan sendirinya jika PUNCA utama tidak diselesaikan.
Pakteh terpanggil menulis isu ini memandangkan MKPN begitu taksub dengan ideanya dan hari ini ada akhbar melaporkan PraSekolah untuk SJK akan ditambah dengan peruntukan RM50 juta yang diluluskan 2014.
Bagaimana rakyat negara ini hendak bersatu padu jika mereka tidak pernah mengenali, bertemu malah ideologi yang diterap tidak sama?.
Bagaimana rakyat negara ini boleh bersatu jika sejak kanak-kanak pra sekolah sehingga hampir mencecah 20 tahun, barulah mereka bertemu?
Bagaimana hendak bersatu?
Amat mustahil.
Tidak mungkin boleh bersatu secara harmoni melalui kaedah songsang ini. Tubuhlah MKPN, PLKN dan sebagainya....Namun itu semua sekadar menipu diri sendiri untuk menutup kelemahan awal yang sepatutnya diatasi.
Adalah lebih mudah RAKYAT MALAYSIA sejak awal berumur 4/5/6 tahun dibesarkan untuk menerima pendidikan yang sama. Selepas itu bersekolah menggunakan aliran yang sama sehingga layak memasuki Universiti.
Jika ISA yang kini memudaratkan NEGARA sanggup DIHAPUSKAN, mengapa susah benar untuk membuang SISA PENJAJAH dengan hanya ada satu sekolah di Malaysia iaitu sekolah Kebangsaan. DS Najib kelihatan begitu berani ketika menghapuskan ISA, mengapa soal UTAMA PERPADUAN RAKYAT ini DS Najib tidak mengorak langkah melaksanakannya?.
Friday, July 4, 2014
YAB DS Najib yang MAHU Akta hasutan dimansuhkan
Akta Harmoni diperlukan untuk mengganti Akta Hasutan 1948. Ia
digubal British untuk mengekang komunisme. I
a mengandungi masalah, contohnya tiada definisi jelas tentang hasutan, seseorang terlalu mudah terjerat dan berlaku pendakwaan selektif. Ramai meminta ia dimansuh. Pada 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan yang ia akan dimansuhkan.
a mengandungi masalah, contohnya tiada definisi jelas tentang hasutan, seseorang terlalu mudah terjerat dan berlaku pendakwaan selektif. Ramai meminta ia dimansuh. Pada 2012, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengumumkan yang ia akan dimansuhkan.
Rujukan: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kabinet-kekal-keputusan-mansuh-akta-hasutan-kata-subra
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan Akta Hasutan 1948 akan dimansuhkan, dan digantikan dengan akta baru, yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.
Beliau berkata demikian pada majlis makan malam Jabatan Peguam Negara malam ini.
Rujukan:http://www.sinarharian.com.my/nasional/pm-mansuh-akta-hasutan-gubal-akta-keharmonian-nasional-1.65662
Sehubungan itu, rakyat Malaysia jika masih berfikir sebenarnya MKPN sengaja mencadangkan RUU harmoni kepada Kerajaan, mari kita berfikir semula....siapa sebenarnya dalang.
Lihat juga siapa sepatutnya layak membarisi MKPN
"AHLI-AHLI YANG MEMPUNYAI PEMIKIRAN TERBUKA, JUJUR, IKHLAS SERTA TIDAK CENDERUNG KE MANA-MANA ALIRAN PEMIKIRAN DAN KUMPULAN TERTENTU"
Inilah sepatutnya ahli MKPN
Tetapi apabila bekas Ketua Hakim Negara mendedahkan sesuatu...bolehkah mereka menerima?
Mereka bukan sahaja menolak malah menghina bekas ketua hakim ini dengan "Sarat emosi dan Prejudis". Inikah sifatnya yang KONONnya terbuka, liberal dan tidak berpihak?. Bolehkah dipercayai dakwaan KONONnya banyak pihak telah ditemui dan menerima pelbagai pandangan?.
p/s: Kata Pakteh.....Najib hapus ISA, Najib juga kini berikrar HAPUSkan akta hasutan. Biar berbaloi dan biar pilih individu yang tepat dalam MKPN.....biar rakyat terima tanpa syak.
Wednesday, July 2, 2014
Kuasa membuat dasar Najib telah serahkan kepada PEMBANGKANG?
Pakteh dan rakan-rakan memang meremang bulu roma bila mengetahui ada draf 3 Rang Undang-Undang yang akhirnya akan menggantikan Undang-undang sedia ada disediakan oleh pihak yang terserlah arah dokongan politiknya. Pakteh cuba bertanyakan kepada salah seorang yang terlibat dalam MKPN, Datuk Saifuddin Abdullah ( Saya menghormati keterbukaan beliau dan prinsipnya jelas apabila meletekkan jawatan berkaitan isu di UM baru2 ini). Pakteh sertakan jawapan beliau dan Pakteh juga Copy&Paste dari blog Mymassa Luahan hati Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad. Sama-sama kita nilaikan pendapat kedua-dua tokoh ini tentang Bar Council.
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat oleh pihak yang berkepentingan dalam MPKN yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawà k.
Ikuti luahan beliau tentang Majlis Konsultansi Perpaduan Negara.
"Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti bahawa ia adalah betul, ianya adalah keputusan saya untuk menolak tawaran untuk menjadi Pengerusi Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai National Unity Consultative Council (NUCC)."
"Saya menolak tawaran itu kerana saya khuatir saya akan menjadi alat untuk memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak-pihak tertentu yang senentiasa mencari peluang untuk menguatkan kedudukan mereka dengan menghakiskan hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukkan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka. Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam."
"Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN. Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul. Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak-pihak yang mendokong program parti-parti pembangkang, terutama sekali DAP dan PKR (manakala PAS, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu".
"Ahli-ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang denagn orang Melayu/Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis".
"Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang dan Polisi MKPN?"
"Pengerusinya ialah YB Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar dan Timbalan Pengerusinya ialah Encik Lim Chee Wee (LCW), bekas Presiden Majlis Peguam. Dato’ Dr. Mujahid adalah seorang pemimpin PAS dan LCW adalah mantan Pengerusi Majlis Peguam”.
"Saya katakan bahawa Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar (polisi) dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang".
1. Racial and Religious Hate Crime Billl;
2. National Harmony and Reconciliation Bill; and
3. National Harmony and Reconciliation Commission Bill.
"Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair."
"Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini".
"Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara".
"Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang”.
"Antara lain, Dato Ambiga, Presiden Majlis Peguam berkata:-
“Akhirnya pengundi-pengundi telah matang”.
(Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan.
"Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai “Our heroes”. Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebagai dif kehormat!"
"Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitif terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitif terhadap perasaan mereka.)"
"Saya difahamkan bahawa LCW dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis COMANGO) terlibat dalam menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Malah saya percaya bahawa firma guaman merekalah yang membuatnya. Naskah awal yang saya terima melalui email tertera kata-kata “Prepared by Bar Council”. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan kedua-dua set itu serupa, seksyen demi seksyen."
"Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang, bahawa setelah BN berhempas pulas untuk memenangi PRU 13, ia mengenepikan pengundi-pengundinya untuk mengambil hati pembangkang. Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO berkerja keras untuk memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu berkerja keras untuk menang, sebab jika ia kalah sekalipun ia akan dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga."
"Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya ia itu DAP dan Keadilan. Hal seperi ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa tu), Dato Zaid Ibrahim. Kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan."
"Ringkasnya, mengikut draf itu Suruhanjaya itu akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi Hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli-ahli Suruhanjaya itu adalah peguam-peguam. Ertinya penguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: “Jika Rang Undang-Undang ini diluluskan, Hakim-Hakim akan melutut kepada peguam-peguam.” Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan."
"Tidakkah kita belajar dari kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai, atau kerana tidak atau tidak dapat berfikir?
Saya difahamkan bahawa LCW, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam ) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka."
"Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang undang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya ialah mengapa pembangkang, termasuk Majlis Peguam dan COMANGO diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri? Mengikut amalan biasa, apabila Kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, Kerajaan (Kementerian atau Jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar."
"Selepas itu Kementerian/Jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di Kementerian atau Jabatan itu.) Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu Kementerian atau Jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti? Dalam hal ini, adalah amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, tetapi juga untuk menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak tidak diberi tugas seperti itu."
"Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar akan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang tersebut.
Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam."
"Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daipada tanggungjawab itu".
p/s: Sejarah kejatuhan kota Melaka khabarnya berpunca dari Orang Melayu Melaka sendiri yang membuka Kota Melaka untuk Portugis Masuk.....Betoika?
Subscribe to:
Posts (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih