Friday, May 31, 2013

Tak Faham Arahan? Elok undur secara elok

Pakteh petik seketoi-seketoi dari Kedah Times tentang kerakusan pegawai tinggalan Pas yang cuba sedaya upaya kaut apa yang dapat sebelum sendiri ditolak ketepi. 

---------------------------------Baca dibawah---------------------------------------

Setelah kerajaan PAS ditolak rakyat pada 5 Mei 2013 dengan undi popular kepada BN sebanyak 399,890 bersamaan 45.28 peratus, manakala, Pas dan PKR pula hanya memperolehi sekitar 24.2 peratus, YAB Menteri Besar yang baru, Dato' Paduka Mukhriz Tun Mahathir telah mengarahkan secara terbuka dan melalui arahan dalaman agar perkara-perkara yang merugikan rakyat termasuk penebangan balak dan pentadbiran Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (SLC) dihentikan sementara untuk dirujuk dan diteliti.

Dengan tersadainya lori balak dan tiada lagi aktiviti penebangan, sekurang-kurangnya rakyat tahu bahawa arahan itu telah dipatuhi.

Tetapi ini tidak berlaku di anak-anak syarikat kerajaan, dimana arahan agar sebarang anugerah projek baru atau mengeluarkan perbelanjaan besar perlu dirujuk ke pejabat Menteri Besar tidak diendahkan.

Dato' Ahmad Shukri
Oleh kerana kerajaan Umno tidak bertindak kejam dan memecat terus lantikan politik, sebagaimana PAS memecat secara terhina Dato' Ahmad Shukri dari golongan profesional pada 2008, ahli politik PAS sehingga kini masih memegang teraju SLC. 

Namun, bukan terima kasih yang mereka ucapkan, sebaliknya mereka mengambil kesempatan dengan menganugerahkan projek-projek kepada kroni mereka yang bukan kecil nilainya. 

Di KHTP misalnya, projek pembangunan bernilai RM12 juta telah  dianugerahkan kepada kontraktor PAS tanpa merujuk pejabat MB tidak sampai 24 jam selepas arahan diterima daripada YAB Menteri Besar. KHTP yang selama ini melaksanakan projek-projek yang 100% dari dana kerajaan persekutuan, sepatutnya lebih memahami prosedur sebaliknya meredah arahan Menteri Besar!

Projek yang telah melalui kajian dan perbicangan semenjak lebih setahun lalu, secara gopoh gapah dianugerahkan kepada kroni PAS iaitu Arkitek Juhari Hashim, walhal Arkitek Farah Sofiah adalah pencadang asal yang bekerja dari mula, ditinggalkan terkontang kanting. Juhari Hashim pula kemudiannya melantik kroni pas antaranya Perunding Mojass dan Perunding K&H untuk melaksanakan projek yang mana lantikannya dibuat tergesa-gesa ini. Jauh sangatkan pejabat MB di Wisma untuk dirujuk?

Perlu disegerakan sangatkan anugerah projek ini, sedangkan prosesnya telah berjalan selama lebih setahun. 

Bukanlah siapa mendapat kontrak yang KT pertikaikan, tetapi kenapa engkar arahan YAB Menteri Besar sedangkan projek boleh diteruskan, cuma kenapa lari daripada merujuk kepada Pejabat Menteri Besar? Kenapa?

SLC mungkin perlu dirombak secepat mungkin agar harapan rakyat yang telah menolak mereka ditunaikan. 

Selamatkan Kedah Sekarang.

Kata Pakteh: Perlukah dikekalkan orang sebegini?. 

1 comment:

Anonymous said...

Salam, dua hari lepas aku ke Taisk Pedu, in the way aku tgk 5 lori balak muatan penuh dari kawasan Pedu ke Kuala Nerang. Apakagh puak2 ini keluarkan secara HARAM balak2 ini?

Mohon pemantau pihak berkuasa dgn keras. Kerosakan teruk hutan penampan TAsik Pedu amat menyedihkan.. botal licin melambangkan KERAKUSAN pemimpin PAS Laknatullah!!

Jgn beri muka pd puak2 haram ini!

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih