Thursday, May 16, 2013

Berani Mati...! Kabinet Najib anti Rasuah

Presiden Transparency International Malaysia Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Apa mesejnya?
Apa perlu dilakukan oleh ahli gabungan dalam BN

Bebas Rasuah

Rasuah sebenarnya lebih membusuk dalam PR tetapi Jentera Penerangannya yang sanggup bertindak dengan apa sahaja cara berjaya mempengaruhi rakyat bahawa UMNO sebenarnya yang rasuah.

Ini adalah permainan persepsi

Sebagai rakyat biasa apa yang perlu dilakukan? Mengambil kira Pakteh yang sekadar penebang buluh di rimba ulu muda. (t.kasih BN kerana merampas kembali Kedah, selamat buluh2 dirimba yang hampir pupus dikerjakan oleh pemerintah sebelum ini).

Apa Pakteh boleh lakukan atas kapasiti pakteh sebagai penebang buluh di Sik?

Sebenarnya banyak.....

Contoh mudah....kawan-kawan yang baca blog Pakteh boleh sampaikan mesej ini kepada pihak-pihak berkaitan untuk siasat.

Contoh 1: Mengapa individu yang dapat projek masih sama walaupun companynya berbeza?. Kerana sebut harga?...Pejabat Daerah mungkin boleh jawab.......persepsi/kebenaran sebegini perlukan jawapan.

Contoh 2: Mengapa staf ICU (masih berkhidmat tanpa tindakan) lelaki di Sik minta komisyen untuk projek dari ICU?. Ini bukan tuduhan tetapi persepsi/kebenaran yang perlukan jawapan.

bagi kita rakyat bawahan yang amat terhad untuk suarakan kepada pihak atasan, sila laporkan perkara sebegini. Jika ianya persepsi.....pihak berkepentingan perlu memberi penjelasan. Jika ianya kebenaran.....tindakan perlu disegerakan.

Susah la xdak bukti..........itu rakan-rakan kena bertanya dengan SPRM bagaimana skill depa untuk dapatkan bukti.

Eh eh......macam berlumpur sikit kabinet yang transperent tu.....tukang cuci belum lap lumpur tu...

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih