Friday, February 15, 2013

Penjelasan Sanusi Setpol Mb Kedah dah sama putar seperti Anwar

Pertama sekali Pakteh minta maaf sebab terpaksa lupakan hasrat untuk hanya menulis tentang PRU 13 melalui siri-siri tertentu. Puncanya.....


Pakteh ada bertanya kepada Tn Hj Sanusi Md Noor, Setpol MB Kedah yang agak lama Pakteh tak ambil peduli tentang perkembangannya. Maklumla...dah dengar berita orang Pas Sik pun cantas dia....jadi Pakteh abaikan la.

Soalan Pakteh tentulah tentang isu Balak di Empangan Pedu. Dipermudahkan urusan Pakteh, Setpol MB Kedah memberikan link blog beliau berkaitan penjelasan isu tersebut. Rupa-rupanya Pakteh yang tidak mengikuti perkembangan blog beliau sejak mutakhir ini. Malah blog-blog lain juga Pakteh agak jarang...maklum la tua-tua ni, kesihatan tidak mengizinkan Pakteh menatap screen komputer lama-lama. Dapat jenguk 10 minit pun dah kira bagus.

Dari penjelasan beliau yang lebih kepada memaparkan laporan teknikal dari Jabatan Hutan kepada MB untuk dijelaskan dalam DUN dan beliau mengklasifikasikan laporan ini sebagai dokumen awam. Jabatan Hutan menjawab dengan penuh dedikasi tetapi akhirnya membuktikan secara nyata dan jelas, Pas memang bersalah dalam isu ini melalui arahannya kepada PKNK.

Tidakkah Tuan Haji Sanusi Md Noor, Setpol MB kedah sedar Jabatan Hutan secara jelas menyatakan ada "kekeliruan" dari segi kebenaran/kelulusan oleh Jabatan Alam Sekitar. Jika tuan faham, kekeliruan itu bahasa lembut yang diamalkan oleh jabatan-jabatan kerajaan. bahasa betulnya ialah PKNK (dibaca melalui kebenaran  MMK [PAS]) yang dianugerahkan projek tersebut BERSALAH dan KEPALA BATU dan BODOH kerana melanggar arahan Jabatan Hutan.

Tidakkah Tuan Hj Sanusi sedar Keputusan MKK bertarikh 5 September 2012, rujukan: Kertas No 6 (F) 283/2012 dalam [PSUK (K) 14-1423 JLD 3], Projek curi balak ini diserahkan kepada PKNK dan Pihak Jabatan Hutan meminta (mengarahkan) PKNK menyediakan laporan EIA bagi projek tersebut.

Sebenarnya tidak timbul isu kekeliruan, yang ada ialah projek curi balak ini perlu dibuat dan ABAIKAN EIA. Mana mungkin seorang Setpol tidak tahu sebelum projek sebegitu dibuat, perlu kelulusan EIA.

Apa yang berlaku sekarang ialah segala khazanah negara/negeri telah habis dirembat dan baru proses memohon kelulusan EIA dimulakan. Jika laporan EIA itu memberikan justifikasi apa sekalipun, nasi sudah menjadi bubur. segala balak yang saiznya kini diukur menggunakan kepala lutut telah habis dirembat. Jadi betullah apa UMNO Kedah kata, projek ini mencemarkan alam. Agensi yang berautoriti untuk menentukan hal ini ialah EIA dan itu yang dilangkah oleh PKNK (PAS).

Mungkin ada baiknya Tuan Haji sertakan sekali gambar perangkap lumpur dan apa sahaja langkah yang diambil untuk mengelakkan masalah alam sekitar.

Akhirnya, jika di Sik Projek Keli K memerlukan balak sebagai makanan ikan, kini Projek Agroforestry juga memerlukan makanan yang sama iaitu BALAK untuk menjayakannya. Itulah kepakaran PAS. Segala projek boleh berubah sekelip mata.

2 comments:

Anonymous said...

Salam Pak Teh,

dalam satu blog lain MB Kedah ckp depa x tebang di kaw. tadahan depa cuma tebang di kawasn hutan simpan.
Lawak betoi la Pak Teh..sbb nmpk sangt la ckp bohong. TERSERLAH PEMBOHONGAN

Sebbnya kawsan yg dinamakan kawsan Tadahan tu adalah disekitar tasik empangan sehingga ke bukit keliling nya..x kira la bukit tu dihalang oleh jalan ka x..

tu dah termasuk kawsan tadahan..Apala nk mohong orang..sudah2 laa..

Anonymous said...

kawasan tu tak termasuk kawasan tadahan....ketinggian pun tak melayakkanya berfungsi sebagai kwsn tadahan...tidak ada sungai dari kwsn tersebut masuk ke tasik pedu....ala berbanding padang golf dulu tu lagi dekat dgn tasek...rapat lagi...tak ada siapa bising pulak

.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih