Tuesday, February 26, 2013

Siri Akhir PRU 13: KISAH BENAR: Najib sentuh jiwa nurani rakyat

Kerja menebang buluh ni sepatutnya melayakkan Pakteh menerima BRIM 2.0. Namun kerana selepas Buluh, Pakteh juga berkebun sayur, Menjala ikan dan mencari depu, pendapatan Pakteh akhirnya melebihi dari tahap yang dibenarkan oleh kerajaan.
Memang ikut kata hati, sapa nak tau semua keja Pakteh tu...takdak dalam rekod LHDN tapi ada dalam rekod antara Pakteh dan Allah SWT. Jadi Pakteh memang tak pernah memohon BRIM 1.0 dan 2.0.

Sahabat Pakteh, seorang tokey beli buluh bercerita kepada Pakteh betapa BRIM ini sada cara DS Najib membantu rakyat atau menyelami jiwa rakyat.

Kata sahabat Pakteh, semalam beliau sedang makan di kedai di bandar....dengan duit berniaga buluh, sahabat Pakteh tidak ada masalah untuk minum atau makan dimana-mana sahaja. Ketika sedang menikmati hidangan, lalu seorang wanita yang mencuri perhatian beliau. Pakaiannya yang lusuh dengan kulit muka yang kusam dimakan panas terik mentari, beliau mengagak wanita ini dari kampung dihujung negeri. Lebih menarik perhatian beliau ialah ditangannya terjinjing kemas dua kotak KFC. Raut wajah wanita ini tersenyum puas dan berbangga dengan apa yang dibeli.
Mungkin kerana agak lama menanti bas untuk pulang ke kampung, wanita ini mundar mandir dihadapan sahabat Pakteh. Secara tiba-tiba tuan kedai menyapa wanita ini...." kakak *&^%$#@!..."

Ya...jawab wanita tersebut....(lihat dibawah untuk jawapan wanita ini)




-




-



-




-



-



-



-



-



-



-


Jawapan wanita tadi ialah :
-

ANAK-ANAK DAH LAMA SANGAT NAK MAKAN KFC....
KELMARIN DAPAT BRIM 500.....ITU YANG HARI NI DATANG NAIK BAS JAUH-JAUH....BELI KFC 2 KOTAK......DAPAT LA NANTI DEPA MAKAN KFC....DOK TUNGGU BAS TAK MAI LAGI NI...


Tuan-tuan dan puan-puan.

Kita mungkin ditakdirkan ada sedikit duit yang mampu untuk membeli sesuatu dalam jangka waktu yang cepat tetapi ada insan yang hanya mampu berangan-angan. Mereka tidak fikirkan siapa zalim dan siapa jahat atau siapa tipu. Mereka ini hanya inginkan keamanan dan sedikit ruang untuk merebut peluang namun jika dalam masa mereka membina keazaman untuk merebut peluang ini, kita merosakkan keamanan yang tercipta sejak sekian lama...harapan wanita ini akan musnah. Biarlah wanita ini menikmati KFC bersama anak-anaknya melalui duit BRIM 500 yang baru diterima.

Terima Kasih Najib.....benar-benar menyentuh hati Pakteh

(Kisah benar yang diceritakan kepada Pakteh pagi tadi oleh seorang rakan)

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih