Masih ingat pengakuan ikhlas YAB Datuk Nik Aziz, MB Kelantan yang juga Mursyidul Am parti Pas bahawa parti mereka sanggup berkawan dengan Syaitan demi untuk menjatuhkan pemerintahan BN yang ditunjangi UMNO?
Anak muda yang kini berusia 20an mungkin lupa kerana pada masa itu mereka masih berhingus malah ada yang masih belum lahir.
Bukan mengungkit tetapi Pakteh merenung sejenak hal dan peristiwa yang berlaku akhir-akhir ini. Untuk mengakui kebenaran Pas memang berkawan dengan syaitan kelihatannya agak jahat tulisan Pakteh namun apabila teringatkan pengakuan Mursyidul Am Pas satu ketika dulu, Pakteh mula memikirkan apakah UMNO/Bn kini berhadapan dengan satu kelompok manusia yang matlamatnya hanya untuk menjatuhkan UMNO/BN biar apa cara sekalipun.
Jika makhluk Allah paling jahat dan keji bergelar syaitan PUN sanggup didampingi demi menjatuhkan UMNO, Pakteh terfikir apalah sangat hendak dibandingkan dengan DAP yang masih bertaraf manusia. Biar berbuih mulut sekalipun mendedahkan bahawa PAS kini menjadi kuda tunggangan DAP atau apa sahaja gelaran, amat-amat mustahil untuk melihat PAS keluar dari Pakatan Pembangkang terutama DAP.
Natijah dari kesungguhan untuk menjatuhkan UMNO kini mula dirasai PAS apabila sanggup mendampingi Syaitan atau sekurang-kurangnya berpewatakan Syaitan. Untuk menulis dengan lebih lembut, andaikan bukan syaitan tetapi memiliki watak-watak syaitan.
Jika dibandingkan UMNO dan PAS, akhir-akhir ini PAS begitu ketara melaksanakan transformasi dalam parti dan kelihatannya ia berjaya. Pakteh menilai pemecatan Hassan Ali yang lebih tinggi ilmunya dari Mohamad Sabu. Pakteh terkedu melihat Mahfuz Omar lebih menunjukkan inteleknya dari YB Nasha. Malah jika dilihat angkatan baru yang diangkat menjadi idola, amat buruk benar untuk membandingkan artis yang lupa diri apabila menyertai PAS dan artis yang menyertai UMNO. Di pihak PAS, artis-artis kelihatan sudah menyucikan dosa mereka malah menuduh orang lain berbuat dosa. Berbeza dengan artis yang cenderung kepada UMNO yang kelihatannya lebih berhemah dan merendah diri.
Isu Hudud yang diangkat Nik Aziz akhir-akhir ini menambahkan lagi perisa dan rasa bahawa memang benarlah parti ini tidak pernah ikhlas secara mutlak untuk meninggikan syiar Islam. Amat kasihan Pakteh melihat akar umbi yang benar-benar ikhlas menyanjung perjuangan Islam. Apalah salah mereka sehingga diperguna sedemikian rupa.
Itulah padahnya berkawan dengan syaitan untuk menjatuhkan lawan. Untuk pengetahuan Mursyidul Am PAS, Syaitan tetap syaitan dan syaitan tidak akan redha anak adam ini untuk berusaha menghuni syurga. Hanya mereka yang inginkan neraka sanggup berkawan dengan syaitan.
p/s: wow...Pakteh tulis "untuk pengetahuan Mursyidul Am Pas"...dasyat.
3 comments:
.
(( Take Note )) UMNO BODOH - Kenapa BN Tak Buat HUDUD Sejak 50 Thn dulu?
Tak ada apa yg perlu dijelaskan lg. Tak ada apa yg perlu diterangkan lg. Tak ada apa yg perlu diperincikan lg. Pemuda dan Puteri UMNO sememangnya BODOH.
Bila kaum Cina menolak HUDUD, pandai pulak mereka sibuk2 nak bercakap pasal HUDUD. Yg Barisan Nasional yg dah memerintah lebih 50 tahun tak pernah buat HUDUD , 'Ada ko kisah'? Kepala otak pemuda dan puteri UMNO letak kat mana?
Bodoh sangat kalau ada orang kata mengundi UMNO yg dah memerintah 50 tahun tanpa HUDUD lebih baik berbanding kaum cina yg tak faham HUDUD menolak HUDUD.
Jadi, fikirkan sy ada alasan cukup kuat kenapa menolak BN dan menerima PAKATAN RAKYAT. Sememangnya mereka tak pernah buat HUDUD sejak 50 tahun dulu. Dan pemuda dan puteri UMNO memilih utk jadi BODOH.
(Edit, copy & paste dari 'Page FB Kump. Adik2 Keluar UMNO')
kepada budak FB keluar UMNO yang bahlol kat atas tu...kenapa lu tak tanya nik aziz pasai apa tak buat hudud...kenapa lu tak tanya azizan pasai apa depa tak pelan pun buat hudud...kenapa tak tanya haji hadi kenapa dia kata hudud hanya 0.00001% saja. kenapa tak tanya pas bila mereka pun tak pernah pun nak buat hudud...nak kecoh buat apa pasai UMNO...kan pas mengaku depa parti Islam...tapi kenapa tak pelan pun nak buat hudud...depan melayu bodoh macam hampa saja depa jual hudud...sebab nak undi...depan cina india depa cakap lain pulak takut hilang undi...inilah sifat munafik...hudud ni hanya modal dan umpan untuk manusia bodoh seperti hang saja...orang yang ada akai dah lama tau bahasa ini semua auta puak pas saja...kalau buat hudud...orang no satu kenan ialah anuwar ibrahim dan azmin ali...takkan pas nak buat hudud...aku kenai sangat la puak ni sebab ada sorang YB PAS tu sedara aku jugak...bila kita kata kat dia...senang dia cakap...nak hiduppppppp...orang macam hang sajalah dok kena auta dek puak-puak lebai erut hijau ni....
Jawab pun lawak la lu..mmg bengap..hudud hukum Allah bukan ciptaan manusia..umno pegang kuasa ptadbiran negara,patut umno la buat..negeri mana bleh buat tanpa psetujuan kjaan psekutuan..takan benda asas lagu ni pun x paham..mmg bodo la puak umno ni..sbb tu kena kalih kuasa d pusat agar bleh daulat hudud n rombak plembagaan yg memasuhkan undang2 yg blawanan dgn lord reid
Post a Comment