Cadangan terlewat Pakteh untuk bajet 2013
Terima Kasih Datuk Seri Najib kerana bajet 2012 memperuntukkan RM15 billion untuk perbelanjaan mengurus dan RM1.8 billion untuk perbelanjaan pembangunan. Selain itu, bajet 2012 juga membuat beberapa perubahan terhadap jadual kerja pegawai kesihatan. Untuk bajet 2013, Pakteh ingin mencadangkan
Peruntukan bajet untuk kesihatan perlu ditingkatkan setinggi mungkin terutama untuk tujuan perbelanjaan pembangunan yang hanya melibatkan RM1.8 billion sahaja dalam bajet 2012.
1. Kelengkapan perubatan di semua hospital contohnya kemudahan kimoterapi untuk pesakit kanser di utara. Perlu ada disetiap hospital utama, bukan sahaja di Hospital Besar Pulau Pinang. Pakteh menyelami kesusahan keluarga yang tidak mampu terpaksa berulang alik dari Perlis, Kedah dan Perak saban minggu untuk rawatan lanjutan.Kemudahan untuk penyakit kritikal seperti Kanser, Buah Pinggang, Jantung dan lain-lain amat perlu untuk semua hospital.
2. Doktor yang mencukupi untuk semua hospital. Hari ini Pakteh cuba mendapatkan pengesanan awal untuk penyakit merbahaya dan mulanya tarikh terawal diberikan kepada Pakteh untuk berjumpa doktor ialah 2/10/2012 (Hanya untuk tarikh berjumpa doktor, bukan menerima rawatan). Bayangkan jika penyakit yang boleh dicegah awal terpaksa menanti begitu lama. Akhirnya kerana permintaan Pakteh dan surat susulan dari klinik utama, Pakteh diberikan tarikh 6/9/2012. Entah apa jadi sekiranya seorang pakcik yang mengidap penyakit kritikal datang dan diberikan tarikh yang sebegitu lambat.
3. Kemudahan selesa untuk keluarga. Memang ini dianggap tidak penting bagi sesetangah pihak terutama pembuat dasar di Kementerian. Pakteh faham kalangan mereka ini bergred sekurang-kurangnya 48 atau 52 dan biasanya 54. Apatah lagi jika mereka dari kalangan JUSA. Untuk makluman, golongan marhain rakyat bawahan perlukan ruang menunggu yang selesa apatah lagi jika terpaksa bermalam bersama pesakit atau bagi yang kritikal, ramai waris akan bersesak untuk menunggu kerana dikhuatiri itulah saat akhir mereka bersama pesakit. Pembuat dasar mungkin tidak faham kerana mereka menghantar keluar yang sakit ke hospital swasta yang sudah tentu segala-galanya boleh.
4. Perbanyakkan hospital dan pertingkatkan kemudahan hospital daerah. Pesakit terpaksa menanti begitu lama untuk rawatan kerana masalah sebegini.
5. Anugerahkan Pemeriksaan PenuhKesihatan secara percuma dengan pemberian kupon mengikut harga pasaran. Contohnya jika pemeriksaan kesihatan menyeluruh kini berharga sekitar RM300 - RM500, Berikan kupon kepada seluruh rakyat Malaysia kecuali mereka yang sememangnya layak diperiksa secara percuma seperti penjawat awam. Namakan pemberian ini seperti pemberian sebelumnya seperti SR1M (Sihat rakyat 1 Malaysia). Pakteh percaya, pemeriksaan kesihatan sebegini akan memberi peluang kepada pengesanan awal penyakit kritikal yang selama ini tidak disedari dan mengancam nyawa. Jika sebelum ini hanya yang kalangan tertentu menerima BRIM, Pakteh yakin majoriti rakyat akan layak menerima SR1M.
Bagaimana kos sebegini besar boleh ditanggung oleh kerajaan Barisan Nasional?.
Tahun 2011, cukai eksais dari kenderaan import lebih kurang RM7 billion. Apa jadi jika kerajaan menurut kata Pembangkang yang ingin menghapuskan cukai eksais?. lebih RM7 billion akan hilang saban tahun. Kesan berangkainya ialah jumlah kereta di jalan raya akan meningkat, ini bermakna penggunaan petrol akan bertambah. Jika hanya mampu beli kereta murah, pasti majoritinya akan menggunakan petrol RON95. Natijahnya kos kerajaan untuk menanggung subsidi RON95 akan meningkat berkali-kali ganda.
Perkiraan mudah dari Pakteh, Kerajaan bukan sahaja kehilangan pendapatan malah terpaksa menanggung subsidi yang pasti bertambah-tambah jika mengikut telunjuk pembangkang.
Secara ikhlas, Pakteh agak seronok melihat gaya pembangkang ingin menurunkan harga kereta namun apabila berbulan-bulan menyelami perit jerih rakyat marhain di hospital-hospital kerajaan, naluri Pakteh terpanggil untuk mencadangkan kepada kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi bajet yang lebih kepada aspek kesihatan rakyat.
No comments:
Post a Comment