Malaysiakini memetik laporan BERNAMA bertajuk "Haram sertai perhimpunan cetus huru-hara, kekacauan - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan. Sedikit sedutan artikelnya "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara"
Rusuhan pada 28 April 2012 turut dianggap haram.
Menarik juga apabila Muzakarah tersebut mengambil kira isu penting yang memberi kesan buruk kepada imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam iaitu LGBT. Menurut Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, Fatwa berkaitan LGBT tidak perlu dikeluarkan kerana secara jelas LGBT adalah haram. Lebih menarik masyarakat diingatkan agar tidak terlibat untuk menyokong golongan LGBT kerana hukumnya juga haram.
Pakteh menyokong usaha yang dibuat oleh J/K Majlis Fatwa Kebangsaan memandangkan terdapat golongan yang begitu bersungguh-sungguh ingin membawa kemusnahan di Syria, Mesir, Libya dan Jordan ke Malaysia. Kemungkinan besar, ideologi dari parti DAP tidak akan mengambil peduli fatwa tersebut namun Pakteh suka untuk melihat sikap ambil peduli pimpinan Pas dan PKR.
Buat masa ini, Ketua AMK sudah bersuara seolah-olah tidak berpuas hati dengan fatwa tersebut. Bagaimana dengan Mursyidul Am Pas, Presiden Pas, Ketua Umum PKR dan Presiden PKR?. Atau jika inginkan suara muda, tampilkan Ketua Pemuda Pas untuk memberikan pandangan.
Selama ini, Pakatan Haram Pembangkang (sila berdaftar jika ingin dianggap sah) mempertikaikan semua badan yang wujud dalam kerajaan. Polis, tentera, SPRM, Mahkamah, JPN, dan banyak lagi agensi yang disumpah seranah kerana kononnya tidak adil dalam melaksanakan tugas. Hari ini Pakteh menunggu dengan sabar untuk melihat apakah Majlis Fatwa Kebangsaan juga akan turut dianggap bodoh dan bangang oleh Pakatan Haram Pembangkang ini. Pakteh berpandangan tidak mustahil hal ini akan berlaku kerana Majlis Agama Islam Selangor dianggap bangang semata-mata kerana mempertahankan kesucian agama Islam dalam isu murtad dan arak. Begitu juga halnya dengan Majlis Agama Islam Pahang yang dianggap kolot semata-mata menangkap dan mendakwa Badrul Amin yang berkhalwat dengan isteri orang pada waktu lewat malam dan awal pagi.
Harapan Pakteh biarlah individu yang mempunyai kelayakan untuk bersuara memberikan pandangan. TG Hj Hadi, Tg Hj Nik Aziz, Datuk Harun Din, Taib Azamudin dan kalangan orang yang ada pengetahuan agama yang mendalam. Biarkan golongan ini memberikan pandangan secara jujur dan ikhlas. Pakteh tidak dapat membayangkan Pas menyerahkan isu ini kepada Mohamad Sabu dan Mahfuz Omar untuk mengeluarkan kenyataan.
Bagaimana dengan PKR?, Ketua AMK telah bersuara walaupun sepatutnya berdiam diri adalah lebih baik bagi beliau. Pak syeikh amat-amat tidak layak walaupun bergelar Ketua Umum. Presiden dan Timbalan Presiden juga tidak layak. Harapan sepatutnya boleh diletakkan di bahu Badrul Amin namun apakan daya, tuntutan nafsu serakah amat sukar dibendung dan Badrul terlantar dibuai keasyikan isteri orang.
Akhirnya apabila saranan agama juga tidak mampu membendung kerakusan proksi yahudi dan nasrani, tunggulah saat-saat kehancuran dan kemusnahan negara tercinta ini. Jika janji berhimpun secara aman pun Anwar Khianati, apa lagi yang mampu rakyat harapkan dari beliau?....
Semoga negara ini terus aman dan makmur....Amin
No comments:
Post a Comment