Selepas mahkamah membebaskan Anwar Ibrahim dari tuduhan memasukkan kemaluannya kedalam lubang jubor Saiful Bukhori dengan sengaja, pakteh secara konsisten menulis bahawa Anwar mulai dimakan sumpah Saiful. Pakteh juga berterusan mengatakan doa ahli Pas dan doa umat Islam di Malaysia kini termakmul. Bukan siapa-siapa yang membuka rahsia Anwar malah Anwar sendiri yang GALAK BERCERITA dan TERUS MEMBONGKAR rahsianya kepada dunia.
Cuma satu ja yang Pakteh tertinggal untuk sebut, Penting tapi Pakteh terlepas pandang walaupun Pakteh amat tahu kenyataan Anwar sebaik dibebaskan. Anwar dengan bangga mengatakan beliau dibebaskan kerana Kerajaan Malaysia (dibaca Najib melalui hakim) takut dengan tekanan kuasa asing. Hal-hal lain sentiasa Pakteh bangkitkan untuk tatapan anda. Imbas kembali beberapa artikel Pakteh
1.
Anwar mula dimakan sumpah
2.
Anwar kini ikon gay
3.
Lagi kes Anwar dimakan sumpah saiful
4.
Anwar lagi.....belum henjut dah pancut
5.
Gelinyaaa...Anwar...inikah puncanya
6.
kata-kata Pakteh semakin menjadi kenyataan
7.
Gempar...nik aziz adalah dalang UMNO sebenar
TETAPI....semua kat atas tu artikel Pakteh...apalah sangat setakat artikel dari PENEBANG BULUH yang maqomnya tidak melepasi paras hidung.
Hari ini YB Zulkifli Nordin, MP Kulim Bandar Baru menulis artikel berkaitan hal yang sama malah tidak jauh bezanya dengan apa yang dimaksudkan oleh Pakteh. Baca dan FIKIRKAN dengan mata hati............
Artikel dari blog Yb Zul Kulim
Salam 2 all.
Kata mantan Presiden Amerika,
George Washington, "you can fool some of the people
some of the time, but you can't fool all the people all the time - mike boleh
kelentong sesetengah orang pada sesetengah masa, tapi mike tidak boleh nak
kelentong semua orang pada setiap masa!".
Apabila Anwar bergegas ke Qatar untuk bertemu
dengan pimpinan Hamas, termasuk Khalid Misy'al yang pada masa itu berada di Doha
membuktikan betapa desperadonya Anwar untuk memulihkan imej "pak syeikh pejuang
Islamnya" yang telah pecah kelentongnya setelah Wall Street Journal menyiarkan
kenyataan Anwar "bersedia menyokong sebarang usaha untuk melindungi keselamatan
rejim zionis Israel".
Dan tindakan Anwar menyiarkan gambar bersama Khalid
Misy'al hanya mengesahkan satu perkara, politik dualam dan putarbelit yang sudah
menjadi darah dagingnya. Konon dengan gambar itu terjawablah segala persoalan
yang dia "masih bersama dengan pejuang Palestin".
Anwar ingat rakyat
Malaysia dan umat Islam bodoh macam para parasit kalkatus rakus yang dicocok
hidung yang bersepah sekelilingnya! Dia ingat hanya dengan bergambar tertutup
segala sandiwara politik dia.
Macam gambar dia "terlantar nazak" setelah
perhimpunan haram 09 Julai 2011 lepas. Dalam ramai-ramai orang, dia seorang je
yang terlantar nazak dengan segala tiub dihidung. Mat Sabu yang konon cerita
mengadu dilanggar polis pun tak nazak macam Anwar! Tau-tau terbongkar rahsia
bagaimana Anwar sebelum dan selepas itu rupenya sihat walafiat!
Macam
gambar Anwar sakit belakang tak boleh berjalan sehingga terpaksa berkerusi roda
dan lengkap dengan pakej pendekap tengkok untuk menggambarkan betapa nazak dan
seriusnya penyakit Anwar, sehingga teman loyer dia masa tu pun boleh tertipu!
Tau-tau keluar videoklip Anwar sihat walafiat siap boleh bergurau sakan dengan
anak bini dalam penjara!
Berapa lama nak hidup dengan kelentong, bohong,
dan putar belit ni yop? Sesekali boleh lah orang tertipu, lama-lama nanti orang
tau jugak.
Itulah yang terjadi dengan Anwar. Ramai orang terpukau dan
terkedu bila dia dibebaskan oleh Mahkamah. Sehingga ada yang beranggapan dia
tidak berdosa, malah ada yang ingatkan dia dianiaya dan dizalimi kerana
konspirasi.
Tetapi jangan sesekali ingat ALLAH lupa! ALLAH tidak lupa!
Doa orang yang dizalimi sangat dimakbulkan ALLAH. Berapa banyak airmata Saiful
menitis menadah tangan memohon petunjuk dan kebenaran daripada ALLAH. Daripada
masjid surau, sehingga dihadapan Ka'bah.
Kita ingatkan bila Anwar
dibebaskan dia akan bertambah hebat. Rakyat akan menyokong! Rupanya yang
sebaliknya berlaku.
Apabila Datuk Hasan Ali yang mengkritik Anwar sebagai
politikus kotor dan jijik yang dia tidak akan redho bersekongkol dipecat, ramai
yang ingat perjuangan Datuk Hasan Ali akan mati! Rupanya tidak. Pidato dan
himpunan beliau makin menarik ramai pengikut. Sehingga ada kepimpinan PAS akar
umbi sanggup mengatur program bersama Hasan Ali, malah berceramah sepentas
dengan beliau tanpa rasa takut. Kehadiran lebih 15,000 semasa pidato terbaru di
Batu Gajah sudah pasti menggusarkan ramai para parasit!
Rupanya ALLAH ada
perancangan lain untuk Datuk Hasan Ali! Kini beliau muncul sebagai ikon
memperjuangkan institusi Islam-Melayu & Raja-Raja, satu perjuangan yang
dikongsi ramai orang, dan kini umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat Malaysia
menanti-nanti pelancaran 3rd Force @ JATI - Jaringan Kuasa
Ketiga!!
Begitu juga doa Saiful. Ramai yang ingatkan selepas Anwar
dibebaskan Mahkamah, Saiful akan mati! Saiful akan dihina! Rupanya sebaliknya
berlaku. Anwar Ibrahim tidak berhenti-henti menghina diri dia sendiri!
Seolah-olah dia sudah tidak boleh mengawal dirinya.
Sebaik sahaja bebas,
Anwar membuat kenyataan bahawa "pembebasan saya adalah kerana kerajaan takut dan
tunduk kepada pengaruh asing". Masya ALLAH, keluar dari mulut dia sendiri
mengakui ujudnya pengaruh asing yang selama ini hanya disyaki rakyat. Melihat
kepada tindak tanduk Anwar yang sering merujuk kepada Amerika dan rakan-rakan
Yahudinya, ramai mengesyaki Anwar cuba menggunakan tekanan asing terhadap
Mahkamah dan Kerajaan Malaysia untuk membebaskan dia.
Kita hanya syak,
tapi tiada bukti kukoh! Tiba-tiba Anwar sendiri mengaku "pengaruh asing" punca
dia dibebaskan! Sehingga menyebabkan loyer utama Anwar @ Karpal Singh melenting
mempertikaikan kenyataan Anwar, kerana bagi Karpal, Anwar bebas kerana kehebatan
"a-Singh", bukan pengaruh "asing"!!!
Tak berapa lama selepas itu, Anwar membuat
kenyataan dalam wawancara bersama BBC bahawa "undang-undang liwat dan
anti-homoseks" di Malaysia sudah lapuk! Malah dia akan meminda undang-undang
lapuk ini. Sekaligus membongkar sikap Anwar yang menyokong seks bebas
sebagaimana yang diperjuangkan oleh rakan sekutunya Bar Council yang melancarkan
Festival Seks Bebas LBGT - Lesbian, Bisexual, Gay &
Transgender!
Kenyataan Anwar disokong oleh banyak kumpulan pejuang seks
bebas seluruh dunia! Nama Anwar dijulang dikalangan kaum pengamal seks bebas!
Tetapi ia menyebabkan ramai penyokong tegarnya khusus didalam PAS mula
mempersoalkan kewibawaan dan integriti Anwar!
Malah ada yang mula mahu
melihat semula videoklip Eskay untuk meyakinkan diri! Teman sendiri dihubungi
ramai rakan ulama, ustad, agamawan, kepimpinan dan ahli PAS & PKR yang
meminta melihat sendiri videoklip itu. Dan kesemua mereka yang melihatnya buat
pertama kali mengakui memang Jantan-X dalam videoklip itu adalah 100%
Anwar!
Mereka mula mencari jalan menjauhkan diri daripada Anwar! Sehingga
ada yang mula membuat kenyataan tidak mahu lagi terlibat dengan politik, atau
menyertai pilihanraya bersama pembangkang dalam PRU 13 nanti!
Dan
tiba-tiba, tanpa sesiapa menduga, Anwar membuat kenyataan dalam wawancara
bersama Wall Street Journal bahawa dia "menyokong sebarang usaha untuk
melindungi keselamatan rejim Israel!".
Kenyataan yang teman rasa dibuat
sebagai "political lifeline" beliau, untuk memuaskan hati rakan sekutu
Yahudinya. Apatah lagi PRU 13 sudah semakin dekat. Sokongan asing, terutama
daripada rakan para Yahudi ini sangat penting buat Anwar. Lagipun kenyataan itu
disiarkan oleh media pro Yahudi. Apa salahnya! Siapa nak tau!
Tetapi
Anwar salah langkah! Dunia hari ini sudah berubah. Maklumat boleh diperolehi
dihujung jari, "just one click away".
Tau-tau kenyataan pro-zionis Anwar
terbongkar. Menyebabkan ramai rakan beliau dikalangan gerakan Islam, samada di
Indonesia, Turki dan negara 'Arab terkejut. Mereka mula meragui Anwar dengan
gambaran "Pak syeikh pejuang Islam! Pimpinan Palestin daripada Fatah dan Hamas
mengkritik keras kenyataan itu. Pimpinan haraki Islamiyyah di Indonesia mengutuk
keras pendirian Anwar itu.
Perdana Menteri Ghozzah, Ismail Haniyeh
melahirkan kekecewaan semasa pertemuan dengan Ustadz Nasaruddin Mat Isa
baru-baru ini. Katanya kenyataan saperti itu tidak sepatutnya datang dari
seorang yang mengaku pejuang Islam. Azzam Tamimi, pejuang tegar umat Falastin
mengkritik kenyataan tersebut sebagai tidak mencerminkan watak dan akhlak
seorang pemimpin Islam.
Duta Besar Falastin di Kuala Lumpur turut
mempertikai kenyataan Anwar tersebut, sambil melahirkan rasa kehairanan
bagaimana Anwar yang menonjolkan imej pejuang Islam boleh membuat kenyataan yang
disifatkan sebagai "khianat" terhadap perjuangan rakyat Falastin dan umat
Islam!
Terbaru, Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang, penyokong
tegar Anwar, juga mengeluarkan kenyataan tegas mengkritik Anwar. Datuk Seri Hadi
menegaskan bahawa orang yang menyokong rejim zionis Israel adalah pengkhianat
Islam! Datuk Seri Nik Aziz mendesak Anwar menarik balik kenyataan pro-zionis
itu.
Kenapa tiba-tiba Datuk Seri Nik Aziz dan Datuk Seri Hadi Awang
membuat kenyataan mempertikaikan Anwar dalam isu Israel ini teman tidak tahu!
Adakah ini mainan politik untuk mendapat semula sokongan orang Melayu konon
dengan menyokong Falastin teman tidak pasti!
Cuma teman bersangka baik
dengan kenyataan pimpinan PAS ini! Mungkin sudah tiba masa ALLAH membuka hijab
yang menutup mata hati mereka selama ini! Kalau ALLAH hendak memberi hidayah,
kalau ALLAH nak mengubah hati kepada kebenaran, dengan sekelip mata ALLAH boleh
buat. Kun fayakuun..jadilah..maka jadilah ia.
Apapun teman berharap isu
pro-zionis oleh Anwar ini menjadi pembuka hijab kepada pekong politik dualam dan
hipokrit mainan Anwar yang telah memecahbelahkan umat Islam bangsa Melayu!
Semoga ia menjadi titik permulaan kesatuan umat Islam bangsa Melayu di Malaysia
ini. Semoga ia menjadi titik permulaan kegemilangan perjuangan institusi
Islam-Melayu & Raja-Raja dalam negara ini!
Apapun, Anwar kini sudah
tersepit. Sebenarnya kalau dia ikhlas, kalau benar dakwaan Anwar dia telah
disalah lapur oleh WSJ, mudah sahaja menyelesaikannya. Dia hanya perlu
mengarahkan peguam dia menyaman WSJ, dan menuntut WSJ menarik balik kenyataan
itu, dan menuntut ganturgi puluhan, malah ratusan juta terhadap
WSJ!
Tetapi pelik, Anwar langsung tidak berbuat sedemikian. Langkah yang
cukup mudah, dan boleh menyelesaikan masalahnya. Macam dengan memberikan sampel
darah untuk ujian DNA, selesai masalah! Macam angkat sumpah la'nat, selesai
masalah!
Tetapi Anwar tidak memilih sedemikian. Dia memilih jalan
bersusah payah pergi ke Qatar, membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk tambang,
hotel dan lain-lain, hanya untuk bergambar dan berjumpa dengan Khalid Misy'al.
Yang peliknya, dia tidak mahu pulak terus ke Ghozzah, berjumpa dan bergambar
dengan Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Ghozzah!
Apapun, tembelang dan
kelentong Anwar makin terbongkar. Sebab itu teman siarkan videoklip diatas.
Videoklip ini adalah petikan lapuran siasatan oleh sebuah media televisyen
Britain, Channel 4 News yang menyiasat skandal bapak Yahudi, Paul Wolfowitz dan
girlfriendnya Shaha Riza dan Anwar yang mengegarkan Bank Dunia! Sehingga
menyebabkan Paul Wolfowitz dipecat daripada jawatan Presiden Bank
Dunia!
Lapuran oleh media Barat ini jelas membuktikan rangkaian hubungan
Anwar dengan Yahudi, termasuk Wolfowitz. Seluruh dunia tahu Wolfowitz, bekas
Duta Besar Amerika ke Indonesia dizaman kejatuhan Suharto dan kehancuran
Indonesia, adalah akitek peperangan dan penaklukan terhadap Iraq dan
Afghanistan! Ditangan Wolfowitz, mengalir darah umat Islam yang dizalimi dan
dianiaya.
Dan tangan Wolfowitz lah yang banyak membantu Anwar selepas
dipecat Tun Mahathir. Termasuk melantik dia sebagai pensyarah di John Hopkins
University, Pengerusi International Foundation For The Future (IFFF) dan
lain-lain (sila lihat entri teman bertajuk "AL-Yahud" bertarikh
29.01.2012).
Kini terbukti betapa hubungan Anwar dengan rangkaian zionis
Yahudi makin terbongkar! Bukannya datang daripada sumber ketiga, tetapi datang
daripada mulut Anwar sendiri.
Adakah ini kesan solat hajat yang selalu
dibuat oleh para parasit penjilat Anwar? Atau adakah ini petanda makbulnya doa
dan airmata Saiful?
Hanya ALLAH sahaja yang tahu! Tetapi yang jelas,
walaupun Anwar berjaya kelentong sesetengah parasit pada sesetangah masa, tetapi
Anwar tidak boleh kelentong seluruh dunia pada setiap masa!
Teman yakin
ALLAH tidak akan benarkan pembohongan dan putarbelit ini terus berlaku! ALLAH
tidak akan benarkan umat Islam bangsa Melayu terus terpedaya!
Airmata
Saiful tidak akan ALLAH persia-siakan!
Ya ALLAH, selamatkan umat Islam,
bangsa Melayu dan tanah air kami daripada sebarang kedurjanaan dan pengkhianatan
oleh mereka yang durjana dan khianat!
Kepada rakyat Malaysia, umat Islam
dan bangsa Melayu, inilah masa untuk ABAI - Asal Bukan Anwar
Ibrahim!
TIME-4-ABAI! ASAL BUKAN ANWAR
IBRAHIM!
INILAH MASA UNTUK TOLAK ANWAR IBRAHIM!
Rakyat Hakim
Negara!
Hukum Anwar di Mahkamah
Rakyat!
Tolak Anwar dalam PRU
13 nanti!
Pada Anwar, teman nasihatkan bertaubatlah!
Hentikanlah segala lakonan dan sandiwara! Kubor sudah kata mari, rumah sudah
kata pergi! Bermuhasabahlah! Masa masih belum terliwat untuk bertaubat! Pintu
barzakh semakin dekat. Takutlah kepada ALLAH!
Dan teman cabar Anwar
letaklah jawatan! Janganlah umat Islam bangsa Melayu terus diaibkan dengan
kehadiran pemimpin macam mike! Serahkanlah kepimpinan pembangkang kepada Datuk
Seri Hadi Awang, ataupun Datuk Seri Nik Aziz! Mereka lebih layak memimpin
pembangkang daripada mike! Mike sudah hilang segala kredibiliti, moral dan
kewibawaan untuk terus menjadi pemimpin negara umat Islam Malaysia ini!
ANWAR, YOU ARE JUST
NOT FIT TO LEAD US!!! PLEASE STOP!!! PERIOD!!!
Adios amigos,
grasias senor!
Wallahua'lam & Wassalam.
Zulkifli Bin
Noordin
Selasa
21 Rabi'ul Awal 1433
14 Februari 2012
*Kredit videoklip ini kepada
www.aidc.com