Tuesday, March 8, 2011

Siapa Kabinet DS Najib selepas PRU13


Wow...awat pakteh langkau jauh sangat. orang baru dok pikiaq pasai PRU13...tiba2 pakteh teruih lajak pi ke kabinet....isk...ada apa apa2 kaa?..
Sebenarnya...selain dari memilih calon yang boleh/mampu menang atau winnable candidate atau comfirm menang.....DS Najib juga sudah wajib menentukan siapa calon yang bakal dipilih itu akan membarisi kabinet beliau....

Calon-calon kabinet ini pula biarlah mempunyai agenda yang sama, senada seirama, seia sekata, sehati sejiwa, dalam menyokong INSPIRASI DS NAJIB.

Barisan kabinet ini biarlah tidak seperti kaduk naik junjung, tidak gila bayang, tidak meroyan, tidak musang berbulu ayam, tidak api dalam sekam, tidak diberi betis hendakkan peha, tidak menyusukan BERUK dihutan, tidak membiarkan anak kelaparan, tidak enau dalam belukar........

Pemilihan kabinet DS Najib yang lalu pakteh amat percaya diimbangi untuk menjaga perasaan paklah dan masih atas prinsip try & error....
kerana itu beberapa anggota kabinet samada bertitle menteri atau timbalan menteri...bertindak seperti yang pakteh maksudkan diatas....

Hishamudin yang begitu lantang bersuara tiba-tiba menjadi sunyi dan senyap, entah kerana titlenya kini Naib Presiden atau memang Hisham betoi2 koro....atau portfolionya tidak sesuai disitu?....

Rais Yatim....dilihat bagus dalam kesenian n warisan namun GAGAL menterjemahkan portfolio PENERANGAN yang digabung kerana statusnya yang sudah dianggap dinasor jurassic.

Ismail Sobri dilihat gagal terus dalam mengatasi kenaikan harga barang. Yes..harga barang akan naik tetapi bagaimana menangani pandangan rakyat terhadap kenaikan tersebut?...

Namun mereka yang pakteh senaraikan masih sanggup dan menerima WADAH dan INSPIRASI DS Najib. Mereka berusaha dan masih menjadi pengikut kepada seorang ketua...

Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Entahlah...apakah arahan DS Najib untuk beliau bertindak demikian atau arahan Menterinya sendiri....Pakteh tidak mendengar apa2 ulasan bertentangan dengan asas sedia ada dalam kerajaan BN dari Khalid Nordin. Saifuddin terlebih garamnya. Terlajak manisnya, termancung hidungnya, maka segala yang cuba ditunjukkannya adalah kelihatan berlawanan dengan dasar kerajaan BN.

Memang Saifuddin ada idea yang baik namun tidak semua dapat dijelmakan dalam realiti yang sebenar. JALAN TERBAIK BAGI SAIFUDIN JIKA SUDAH TIDAK SEHALUAN DENGAN DASAR PARTI YANG DINAUNGI......IKUTLAH SEPERTI ZAID IBRAHIM...anda akan nampak lebih macho walaupun dimaki hamun.

p/s: Jika semua lebuhraya termasuk PLUS dapat dilalui secara PERCUMA, pasti itu terbaik untuk rakyat....namun idea itu pakteh percaya takkan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat...Saifuddin harus faham maksud pakteh.

5 comments:

TARANTULA said...

HARAMJADAH YANG PATUT DISINGKIRKAN

1. KHAIRY WAYANG MENANTU PAKLAH BODO

2. NAZRI BOTAK CELAKA

3. SAIFUDIN PENCACAI

TILIK ELOK2 DS NAJIB, CELAKA2 YANG AKAN MEROSAKKAN BN PATUT KENA TERAJANG

Non Ulu Sik said...

Pak teh:ada menteri yang dok kepoi projek pun ada.sampai projek ikan ikan bilis pun kebas.Tapi selamat pasai pandai bodek dan cium tangan toke.Kemudian hebat main wayang tongkoi.Jangan lupa bila menang pilihantaya semua kata PENGUNDI BIJAK..berwaspada lah.

Pakteh said...

Tarantula...
3 tu dah dikira liabaliti kepada UMNO dalam PRU13....pada pandangan pakteh la..pandangan bijak pandai..entahla...

Non Ulu Sik...
Ada....depa main wayang.....cuma kali ni khabarnya DS Najib ada spy yg betoi2 baguih untuk tilik disetiap kawasan....kita tengoklah nanti..baguih ka tak baguih spy DS Najib ni...

Dolah doleng said...

Khabarnya di Kedah pun ada pemimpin UMNO yang kena liwat.Malu Kedah.Dekat dengan Permatang Pauh pula tu.Jenis pemimpin apa ni pakteh.Macamana dia dapat jadi ketua.Kesian Dato Najib.Bala menimpa UMNO.spy Dato Najib tentu tahu pakteh nooo.

Pakteh said...

Dolah Doleng
hehehe....Ketua bahagian pun pening dok pikiaq sapa spy DS Najib yang bertebaran disegenap pelusuk negara....
setakat SB, Kemas, JASA tu..dah terlalu biasa dan dah jadi satu team dah ngan orang2 di bahagian...jadi laporan dari SB n Ketua Bhg pun dah jadi hampir2 sama...

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih