Tuesday, March 29, 2011

Awas..!! SKIM SUSU dan sarapan pagi didik Pelajar sekolah didik agar membenci kerajaan

Aik??....takkan bagi susu percuma dua kotak seminggu dan sarapan pagi pun nak jadi isu?
tuan-tuan dan puan-puan. Pakteh menulis kali berdasar fakta dari ibubapa dan anak rakan pakteh sendiri. Yakinkah kita anak sekecil 7 tahun hingga 12 tahun menilai setiap keputusan kerajaan dengan waras dan penuh istiqamah sedangkan barisan pembangkang yang ada PhD pun masih menolak dasar baik oleh kerajaan.

Fikirkan...seorang anak kecil berumur 7 tahun begitu teringin untuk menikmati sarapan pagi yang disediakan pihak sekolah seperti teman2nya yang layak. Boleh makan? tidak boleh kerana peruntukannya hanya untuk yang layak...yang miskin. fahamkah anak kecil ini apa itu miskin?.

Mungkin bapanya mampu membeli KFC, McD dan apa2 sahaja untuk sarapan pagi tetapi keinginan kanak2 adalah berbeza....Jika sarapan pagi yg disediakan pihak sekolah itulah yang diingini...itulah seleranya...tidak KFC....tidak McD.

Ratusan ribu kanak-kanak yang tidak layak menerima susu 2 kali seminggu dan sarapan pagi setiap hari disekolah mula tertanya-tanya....akhirnya akan ada yang berfikir bahawa pihak sekolah tidak adil kepada mereka. Dendam terakhir mereka terbawa2 sehingga mereka boleh kembali berfikir secara matang dan adakah semuanya sebegitu?....pakteh percaya ada diantaranya berbekas sehingga ke akhir hayat.

Pakteh ingin benar mendengar kebajikan untuk anak-anak sekolah rendah ini diberikan sepada semua di seluruh negara. Mereka perlu diutamakan. Jika kita mampu menzahirkan jutaan ringgit untuk PERMATA, pakteh merasakan perkara remeh yang pakteh utarakan ini juga besar impaknya.

3 comments:

hisham said...

pakteh..
kalau berdasarkan pada peruntukan..semua murid2 layak mendapat bahagian dalam dalam skim susu dan sarapan pagi.
berapa sangatkah harga sekotak susu dan sepiring nasi lemak untuk mengisi peruk seorang anak kecil.
yang jadi masaalahnya..harga sekotak susu dalam skim susu sekolah telah naik menjadi 10kali ganda dari harga sebenar dipasaran.
dari guru sekolah,pengetua,pegawai PPD hinggalah ke peringkat kementerian semuanya mengharapkan habuan dari projek tersebut.
kantin sekolah juga nak untung..dari keuntungan yang sedikit terpaksa pula menyumbang kepada tabung(poket)pihak sekolah.
dalam apa juga aktiviti yang ada dalam kerajaan kita..ramai yang menjadi jebon.
kalau tidak mana mungkin sebatang ballpen 50sen dipasaran bolih mencapai rm5.00 satu batang dalam sebutharga bagi membekal peralatan alatulis kepada jabatan2 kerajaan.
ramai penyangak yang makan kenyang dalam kerajaan,namun penyangak2 inilah juga yang memburuk dan menghasut rakyat membenci kerajaan.

Anonymous said...

terima kasih pak teh utk artikel pak teh ni. jujur sy katakan, sy adalah bekas penerima susu percuma & mkn percuma ni. lahir dr golongan tidak berada dan tinggal di pendalaman. namun, dr pengalaman sy sendiri, ada di kalangan mereka yg lyk pun x hingin nk susu/mkn percuma ni sbb merasakan diri mereka mampu berbelanja mewah di kantin. jd, sekiranya mereka yg x lyk ini inginkan juga apa2 jua yg disediakan utk golongan daif spt sy dulu, sy cadangkan diberikan kelonggaran dgn dikenakan sedikit byran sewajarnya.

p/s: hny pandangan seorg bekas penerima subsidi tegar... namun kini sy memilih utk membebaskan diri dr segala bentuk subsidi kjaan(jika dikuatkuasakan) krn subsidi yg ada kini bkn hny dinikmati oleh warga msia yg berdaftar shj, malah oleh pendatang haram juga.

Dot said...

betul hisham!

ada golongan yg tak pernah berhenti sejenak utk berfikir....

wang & sumber haram yg jadi darah daging bagi makan anak isteri senag dapat..mcm mana keluarga tak porak poranda?

tahniah anon16:09!

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih