Thursday, April 22, 2010

Anwar kena londeh habis…Zul Nordin dan Zahrain bongkar semua rahsia pada PM



Oleh: ROSLI ISMAIL (Agendadaily)

Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu Zulkifli Nordin dan rakan sejawatnya dari Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim sudah bongkar segala rahsia PKR termasuk cara bagaimana fitnah dan character assassination dirancang.

Mereka menceritakan semua ini kepada Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyertai lawatan ke Washington.

Perdana Menteri yang kembali ke tanahair dari lawatan ke Amerika dan Jepun awal pagi Rabu memberitahu demikian dalam ucapannya kepada jentera pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor BN di Command Centre BN di Bukit Sentosa pada sebelah malamnya.

Katanya PKR kini dalam keadaan kelam kabut.

“Sebabnya kita dah tahu semua rahsia PKR…dalam lawatan ke Washington dia wakil Bebas ikut sama…YB Zulkifli Nordin dan YB Zahrain…malam lepas acara rasmi mereka naik ke bilik saya…dia buka segala cerita…sekarang saya dah tahu segala ceritanya …sampai ke seluar dalam pun saya dah tahu.

“Jadi janganlah tipu…janganlah temberang… I know everything …saya tahu bagaimana fitnah dirancangkan…macam mana character assassination …semua saya dah tahu…sebab apa mereka adalah panglimanya.

Namun Najib berkata beliau tidak mahu huraikan apa yang dibongkar oleh Zulkifli dan Zahrain kepada umum.

“Biarlah saya tahu..mereka tahu..dan Allah s.a.w.…itu saja saya nak sebut,”katanya.

Zulkifli yang dipecat dari PKR baru-baru ini mendedahkan di Dewan Rakyat apa yang didakwanya cubaan untuk memfitnah Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya.

Beliau tidak menyebut nama sesiapa.

Namun Zahrain yang keluar dari parti itu sebelum ini dalam ceramahnya di Kepala Batas baru-baru ini mendakwa Anwar yang mengatrah Zulkifli memfitnah Najin dan isterinya.-21/4/2010

4 comments:

Unknown said...

Apakah kita ingin anak-anak Melayu merempat di bumi sendiri...Tolak calon MIC. Melayu selamat.

Pakteh said...

Hashim
Sewaktu nak dapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dulupun, kita bekerjasama dengan Cina n India dan kita berjaya. Hasilnya kini ramai MELAYU yang berjaya dalam segenap bidang. Bagaimana dengan PKR yang ramai dikalangan anggota parlimen dan pimpinan parti terdiri dari kaum India?. Adakah itu bermaksud MElayu memang tidak selamat bersama PKR?

Anonymous said...

Saya agak pesimistik dgn cara berkempen BN. Rata2 org melayu skrg agak liberal dlm isu arak dan judi terutama penyokong PAS. Sentimen membenci Israel di Malaysia sebenarnya dipelopori oleh Tun Mahathir, doktrin ini tidak begitu ketara dalam PAS kerana bagi mereka Islam tidak pernah mengajar membenci Yahudi dan negara Israel. Maka peluang adalah lebih cerah kpd PKR kerana BN tidak begitu mempunyai isu.

Pakteh said...

Anon 22:15
Jika hanya kelihatan liberal tidak bermakna Zaid dapat diterima. Jika mod pengundi masih tidak berubah seperti Mac 2008, Pakteh percaya 198 yang menyebabkan Palanivel kalah dapat dicari dengan mudah oleh BN, apatah lagi mereka sudah melihat kesannya apabila Selangor dikuasai PR.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih