Thursday, March 26, 2009

KJ Menang Ke mana arah Pemuda UMNO..kata karpal...


Assalamualaikum...
Kata Karpal...Pemuda UMNO celaka...
Entahlah...sukar nak mentafsirkan apabila melihat kehendak akar umno dipermainkan sedemikian rupa oleh perwakilan yang diamanahkan untuk menterjemahkan hasrat mereka.
Pernah saya hanya ingin menulis tentang sejarah Melayu..tetapi sambutannya hanya beberapa kerat......sudah banyak yang saya tuliskan dan menunggu untuk diletakkan disini...
akhirnya baru2 ini kerana Karpal sigh..saya kembali menulis isu2 lain dan hari ini...hati ini sudah tidak boleh ditahan untuk terus menggarapkan apa yang terbuku dihati.
Semalam atau kelmarin mengikut orang utara, perwakilan pemuda UMNO telah mengakui mereka sanggup berketuakan seorang perasuah. Ini hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa kerana itulah hakikat yang diputuskan oleh lembaga disiplin UMNO. Keadaan ini sama seperti Pakatan Rakyat yang sanggup bertuankan seorang bekas banduan yang juga pesalah rasuah.
Lebih perit....masalah persepti terhadap UMNO akan terus berlanjutan dan hari demi hari...kegagalan untuk meleraikan persepsi negatif terhadap watak KJ akan akhirnya merosakkan UMNO dan mungkin benar...pemuda UMNO baru mentalkinkan sayap parti yang begitu hebat sedikit waktu dahulu. Pengiktirafan yang diberikan kepada KJ secara tidak langsung mengakui bahawa pemuda UMNO menerima perilaku rasuah dan sayang seribu kali sayang...akar umbi yang berusaha menolak imej UMNO sebagai perasuah diabaikan begitu sahaja.
Saya secara adil boleh menerima sesiapa sahaja yang memenangi jawatan ini tetapi imej KJ yang dianggap liabaliti kepada UMNO makin terserlah apabila saya baru menerima sms yang berbunyi "MAKLUMAN: Pergerakan Pemuda UMNO Caw: **** & **** (dibhg Kuala Kedah) dibubarkan dengan rasmi hari ini". Inikah yang diinginkan oleh UMNO pada ketika UMNO dihujani serangan bertubi2 dari rakan dan lawan.
Saya juga menerima SMS dari seorang KP Bahagian yang merasakan perjuangan tulen UMNO dikhianati dan ini bukanlah suara seorang yang kecewa kerana calonnya tewas tetapi lebih kepada pedihnya melihat suara akar umbi dipermainkan perwakilan. Sepanjang semalam hingga ke petang ini saya masih tidak menemui satu suara yang menyokong kemenangan KJ tetapi suara mencemuh dan memaki hamun (ini tidak perlu jika ahli pemuda tidak berada dalam kegelisahan) didengari sehingga ke petang ini.
Imej politik Wang dan Perasuah dalam pemuda UMNO akan kekal sehingga tempoh waktu yang cukup lama dan mungkin tempoh yang mencukupi untuk akhirnya UMNO ditalkinkan terus...Nauzubillah...
p/s: KJ perlu segera menyatupadukan Pemuda UMNO.....SEGERA...bukan sekadar mengeluarkan ARAHAN seperti seorang komander tentera pada ucapan sulung seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia...

7 comments:

Anonymous said...

Bersatulah

.
Siaran Langsung Perhimpunan Agong UMNO

tuan-komrad said...

kata KJ....bersatulah kita dalam mengamalkan RASUAH....

hahahahahahah..terbukti UMNO PARTI RASUAH.....

masuk longkang la wei.......

Anonymous said...

Siapa pun dalam Umno semuanya 2X5.Saya ni org Melayu juga tapi dah tak caya pada Umno,tengok air muka grombolan pun kami dah faham.Berjuang utk bangsa,ugama dan negara..? Poorahhh... cermin diri dulu,sebenarnya kepentingan sendiri juga yg mereka cari dan perjuangkan.

Anonymous said...

jangan kutuk lebih-lebih pasal umno. disebabkan umno lah kita dapat menikmati apa yang kita ada sekarang ni. dapat belajar sampai ke universiti, dapat kerja dalam kerajaan dan banyak lagi yang kita dapat disebabkan oleh umno, jangan sebab satu dua orang dalam umno kita nak kutuk dan hina umno. kita orang melayu yang tidak biadab dan sentiasa kenang budi yang ditaburkan kepada kita. hari ini giliran umno hadapi kesukaran, dulu datuk nenek dan mak bapak kita susah. hidup cuma cukup makan aje. tapi hari ini disebabkan umno kita hidup mewah, orang melayu dah ramai dalam kelas menengah. dulu yang pakai kereta besar dan hidup mewah di bandar hanya orang cina aje, orang melayu duduk kat kampung aje. kalau bapak kita petani maka kita juga petani macam bapak kita. tapi disebabkan umno kita tak jadi macam bapak-bapak kita yang hidup miskin dan susah. kita bukan petani lagi di kampung-kampung. kita adalah orang bandar yang hidup mewah macam orang-orang cina. kenapa kita perlu lupakan jasa dan budi umno??? kenapa kita perlu hina umno??? kenapa??? bukan biadap namanya??? wahai orang melayu kembali lah bersatu dan peganglah kuat-kuat umno kerana dari dulu hingga kini perjuangan umno hanya satu untuk islam, melayu dan malaysia tercinta.

AnakWarisan said...

Minta maaflah ya kalau aku potong kata-kata kamu tu ANON 03.08.aku bukan nak menggata lebih-lebih pasal UMNO tu.Aku dulu pun penyokong UMNO juga tapi aku keluar dari UMNO sekembalinya aku dari PRK anak bukit,sebab aku tak nak subahat dengan kerja kotor UMNO.Aku juga nak mengulas sedikit kata-kata kamu tu tentang belajar dan kerja.Aku tak pernah belajar di universiti macam kamu jadi aku tak berapa faham tentang univesiti.Tetapi aku kesian pada orang-orang melayu yang anak-anak mereka tengah belajar di mana-mana universiti.Kerana yang aku tahu belajar kat univesiti tu kena keluarkan modal yang besar tetapi kalau mereka tiada modal boleh membuat pinjaman PTPTN.Tahukah kamu MALAYSIA ini adalah negara paling kaya di asia tenggara.Kenapa perlu wujudkan PTPTN bukan biasiswa,dahulu hasil MALAYSIA hanya bijih timah dan getah MALAYSIA mampu beri biasiswa?.Sekarang penghasilan MALAYSIA dah di perbagaikan,minyak,industri,perhutanan,pelancungan dan lain-lain lagi.Tetapi akibat skim PTPTN sekarang ini banyak bekas pelajar tidak mampu nak bayar balik pinjaman PTPTN.Nama mereka di senarai hitamkan masa depan mereka juga ikut musnah(nak buat apa pun dah tak boleh).Kalau setakat kerja dengan kerajaan tapi kebanyakannya tak amanah buat apa!buat rakyat marah.Rakyat tak marah kat jabatan tapi rakyat marah pada kerajaan yang di terajui UMNO.Contohnya pejabat buruh IPOH,dulu aku ada buat repot tentang majikan aku tak bayar overtime.mula-mula nombor repot aku nombor 100 tapi bila hari bicara nombor repot aku jadi nombor 102.Aku pun harap kamu janganlah marah pulak kat aku bila aku terus terang aku tau kita sama-sama orang melayu tapi melayulah yang bunuh melayu.sekian harap maklum.

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Pak Teh,

Perwakilan telah membuat keputusan. Keputusan yang menyokong amalan rasuah. Keputusan ini juga tidak selari dengan kehendak akar umbi yang mahukan transformasi dalam UMNO sekiranya hendak bersaing dengan pembangkang. Orang muda akan terus menjauhkan diri dari UMNO. Pembangkang akan mendapat keuntungan atas kemenangan KJ ini.

Sama-samalah kita lihat keputusan di dua bukit nanti. Apakah persepsi rakyat terhadap UMNO kini akan kita ketahui.

Pakteh said...

Pakteh berdoa KJ dapat melakukan sesuatu untuk memulihkan pemuda yang kini tenat mengalami krisis keyakinan...
krisis keyakinan terhadap Ketua Pemuda UMNO sendiri yang baru dinobatkan dua hari lepas. KJ perlu segera dan langkah yang diambil perlu tepat dan....dan...dan....
entahlah..binggung pakteh nak berikan idea bagaimana caranya kerana dalam keributan orang malaungkan anti politik wang or rasuah politik....masih ada yg menyokong dan memilih pengamal politik wang sebagai ketua....
pakteh masih tercari-cari apa jalan terbaik yang KJ boleh lakukan demi survival Pemuda UMNO.
p/s: Pakteh terima kemenangan KJ dengan berlapang dada kerana itulah demokrasi....

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih