Thursday, April 9, 2009

Sebelum Kabinet diumum..FIKIRKAN INI

Assalamualaikum
tinggal hanya beberapa detik sebelum kabinet DSN diumumkan. Saya berpandangan walau sebaik mana sekalipun kabinet yang bakal dibentuk, sekiranya tindakan segera dilakukan bagi menarik sokongan pengundi kepada BN, pada PRU13, barisan pembangkang ketika ini akan membentuk kabinet mereka dan DSN dan rakan2 akan menjadi pemerhati.
Biarpun beberapa nama yang dilantik akan mengundang pelbagai andaian, biarkan kerana perkara yang lebih besar ialah bagaimana menarik semula rakyat Melaysia kepada BN?
Saya berpandangan banyak pihak harus dilibatkan untuk tujuan ini kerana selain Paklah dan KJ, faktor2 lain juga mengundang kepada kekalahan BN yang teruk dalam PRU12.
Fikirkan bagaimana saluran Astro Awani memainkan tajuk UMNO TRANSFORMASI begitu lama dan ahli panel yang dijemput memang kekadang dikenali sebagai pro BN namun luahan rasa secara terbuka itu tidak dapat lari dari membuka pekung UMNO sendiri. Fikirkan juga HUJAH di TV9 yang menemukan calon2 pemilihan UMNO, demi membuktikan keterbukaan, ramai yang secara lantang membuka pekung UMNO.
Pandangan penganalisis politik sendiri sudah pasti untuk membuktikan kelancangan dan kepetahan mereka mula menunjukkan UMNO perlu buat itu dan ini seolah2 segala2 yang dilakukan oleh UMNO selama ini tidak wujud. Fenomena sebegini mewujudkan sati PERSEPSI bahawa UMNO lemah dan perlu ditinggalkan atau dijauhi.
Fikirkan juga bagaimana komponen2 dalam BN yang secara terang-terangan tidak mengakui kelemahan diri sebalaiknya turut terbabit menyalahkan UMNO dalam setiap masalah yang berlaku. DSN perlu tegas dan berhemah dalam menguruskan parti-parti komponen yang ada diantaranya seperti BELANDA YG DIBERIKAN TANAH.
Publisiti yang keterlaluan terhadap isu2 berkaitan UMNO perlu dielakkan mulai sekarang dan perlu dikenalpasti wadah yang lebih baik untuk menonjolkan UMNO. Bukan lagi melalui emdia tradisional.
Bayangkan jika setahun lamanya astro awani memainkan tajuk Reformasi PKR, sudah pasti parti ini juga akan terjebak dengan masalah persepsi oleh rakyat, namun saya percaya...ramai penyokong tegar PKR akan merasakan tajuk sebegini boleh mengundang petaka dan takkan bersetuju.
Biarpun DSN ada mengatakan untuk menyambung version paklah namun harus diingat, konsep keterbukaan yang diamalkan banyak mengundang musibah kerana rakyat Malaysia sendiri belum bersedia sepenuhnya kearah itu.
Kepada bakal anggota kabinet yang beberapa detik akan diumumkan...selamat bertugas dan semuanya perlu fikirkan strategi untuk memenangkan BN.

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih