Thursday, December 4, 2008

Asal Usul Melayu bab 2

Assalamualaikum,

Dalam bab 1 memang tidak jelas dimana lahirnya Melayu sedangkan alam nusantara ini digelar Alam Melayu. Memang nampak tidak jelas kerana pakteh bermula dari awal, dari zaman manusia menetap di dalam gua lagi. Oleh itu pakteh berharap rakan-rakan yang berminat untuk melihat "Ketuanan Melayu" dari aspek sejarah, bersabarlah...harinya akan tiba bila bab ini akan sampai kepada penghujungnya. Bila?...bersabarlah...

Dalam keadaan ada pemimpin Cina yang menuduh Melayu sebagai pendatang, ada HERO filem porno yang bercakap soal Ketuanan Melayu, Ada presiden parti yang berdolak dalik soal Melayu, pakteh amat berharap...berikan ruang kepada pakteh untuk terus menulis berkaitan sejarah yang pasti membosankan ini.

Bab 2 ceritanya begini;

Perkembangan Awal Petempatan Di Tanah Melayu

Menjelang zaman perkembangan tamadun awal atau The Isthmian Age, Muncul beberapa petempatan di pinggir pantai dan muara-muara sungai dari bahagian utara Segenting Kra hingga Kedah dibahagian Selatan. Paul Wheatley dalam bukunya The Golden Khersonese menamakan zaman ini sebagai The Age of City States (Lim Heng Kow, 1978:1). Zaman ini menyaksikan kelahiran beberapa Negara kota seperti Kedah, Kalah, Takola, Langkasuka dan Tun-Sun.

Selepas perkembangan negara kota ini, wujud juga bandar-bandar utama sesebuah kerajaan seperti Kedah, Temasik, Melaka, Klang, Kuala Terengganu dan Johor. Petempatan di pinggir kuala sungai bagi pantai timur dan pinggir laut di sepanjang selat Melaka memberi gambaran bahawa telah berlaku proses urbanisasi sebelum kedatangan pengaruh kolonial dan imigran (Lim Heng Kow, 1978:1)

Antara abad ke-7 M dan ke-13 M, muncul petempatan-petempatan di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Singapura, Selangor dan Kedah. Kebangkitan Melaka pada abad ke-15 M meletakkan asas yang kukuh bagi kelahiran kuasa politik utama di Semenanjung dan berjaya muncul sebagai pelabuhan entrepot utama di Nusantara.

Sebelum Melaka, Kedah merupakan negeri tertua di Tanah Melayu. Pelabuhan di Kedah adalah yang terbesar di Semenanjung. Berdasarkan kepada sumber-sumber arkeologi dan dokumen-dokumen China, India dan Arab, Whaetley berpendapat bahawa petempatan di selatan Kedah bertarikh abad ke-5 atau ke-6 Masihi. Sumber-sumber China menyatakan bahawa ia (Kedah) adalah tempat persinggahan yang penting antara China, India dan Arab. Dari segi pemerintahan, kerajaan Kedah Tua mempunyai dua buah pusat pentadbiran. Pada peringkat pertama iaitu dari abad ke-5 M hingga ke-10, pusat pentadbiran terletak di Kampung Sungai Emas. Pada peringkat kedua pula iaitu abad ke-10 M hingga ke-15 M, pusat pentadbirannya terletak di Lembah Bujang (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1989:40)

9 comments:

Cheguman said...

Pakteh,
Satu penerangan yg menarik beserta fakta. Teruskan menulis tentang sejarah dan aplikasi terhadap situasi hari ini.

Baru-baru ini seorang eksekutif syarikat GLC tanya saya: "betulkah orang Melayu penduduk asal negara ini?" Saya tanya semula: "kenapa"? Kata dia: "Kalu betul, boleh la kita pertahankan. Tapi kalu kita pun pendatang jugak, biar la. Tak perlu la kita pertahankan hak istimewa itu."

Nampaknya, kita tak perlu tunggu cicit atau cucu atau anak yang melupakan sejarah bangsa. Malah yang satu level dengan kita pun dah tak tahu asal usul sendiri. Macamana kita nak bercakap soal jati diri?

Pakteh said...

yup..begitulah jadinya bila sejarah hanya sekadar dibaca untuk lulus peperiksaan.
Pakteh percaya jika sejarah menjadi subjek wajib lulus seperti bahasa Melayu/Malaysia maka orang takkan lupa sejarah...
Mungkin boleh letakkan satu standard...untuk menjawat jawatan ini..perlu lulus sejarah peringkat ini. Untuk lulus jawatan itu..perlu lulus sejarah peringkat ini...
Bayangkan untuk jadi YB semua calon tak kira dari mana2 parti perlu lulus ujian sejarah tahap A...
bolehkaa??
kalau buat pasti boleh...

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Pak Teh

Generasi kini tak minat sejarah. Mereka lebih beri tumpuan kepada bidang sains, teknologi, matematik dan perakaunan selain dari bidang perubatan. Ini menyebabkan ramai yang buta sejarah.

Bila orang yang buta sejarah cuba mempolitik sejarah, maka akan kacau bilaulah jadinya. Dalam era global terkini ramai lebih terpesona dengan "logika" yang dijadikan pedoman mereka. Kalau di Sungai Petani bekas Ketua Bahagian Datuk Mahadzir Mohd Khir memang "terror" sejarah tapi bila beliau berucap ramai pula yang tertidorr. Inilah generasi yang ada pada hari ini.

Pakteh said...

Anak Pantai Merdeka,
Ada perkara yang memang nak atau xnak..begitulah caranya...
Maka bosan atau tidak, tanggungjawab untuk mengetahui sejarah menjadi tanggungjawab semua orang. Bukan setakat pemimpin tetapi juga yang dipimpin.

Mohd Farid Bin Mohd Taufik said...

Salam Perjuangan BPN.....

www.pmukmkl0708.blogspot.com

www.sedarlahbangsaku1986.blogspot.com

Pakteh said...

Anak Melayu,
Insyaallah pakteh akan addkan dalam bloglist BPN..TQ atas info.

sumandak bayu said...

Salam Bro

Mohon istiharkan perang jihad ke atas blog ni yang telah menghina Islam http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html ... Sumber diperolehi daripada ahli BPN FAZRULLs

Taminsari said...

Salam perjuangan..rakan blogger muslim diserang oleh kafirun....sila lihat comment para kafirun ini di..

http://redssays.blogspot.com/2008/11/why-has-muslim-world-failed-to-develop.html

Taminsari said...

Assalamualaikum..

Salam Maal Hijrah 1430.
Semuga apa yang kita lakukan akan mendapat keredaan dari Allah swt.
Insya Allah.

Salam perjuangan
Taminsari
belantan.blogspot.com

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih