Tuesday, January 6, 2009

Berfikir secara rasional

Assalamualaikum..
Bukan pakteh main tarik tali tentang keputusan tidak mahu mengulas isu semasa dan hanya menumpukan kepada sejarah tamadun Melayu tetapi sekadar mencelah. Pakteh dapati dikalangan pro UMNO/BN....hasratnya sama iaitu menumbangkan pembangkang tetapi dalam masa yang sama agak terlupa niat murni itu apabila berlaku maki hamun dan mencaci sesama anggota dalam parti. Pakteh bukan lupa bahawa puncanya ialah pemilihan Mac ini untuk UMNO tetapi janganlah kerana alasan itu, segala yang bukan dari team yang kita PRO semuanya kita HITAMKAN....kalau ingin memenangkan calon pilihan pun....berpada-padalah. Janganlah kerana berperang sesama sendiri....pembangkang yang mengaut untung.
Pemuda dalam pakatan rakyat tidak perlu bekerja keras buat masa ini kerana apa yang pakteh nampak....penyokong-penyokong 3 calon ketua pemuda UMNO telah menyerang secara habis-habisan sehingga segala-galanya seperti berperang antara UMNO dan DAP. Mungkin ada yang terlupa atau teralpa....sayugia itu disini..pakteh ingin menyeru dan mengingatkan kembali....insan yang diserang itu ialah calon ketua pemuda UMNO...jadi berfikirlah secara rasional dan gunakan akal yang waras...dan kritikan biarlah melambangkan pemikiran yang bijak dari ahli parti UMNO.
p/s: Pakteh melihat ada gambar2 yang dinukilankan benar-benar tidak mencerminkan diri seorang pejuang keadilan dan kesaksamaan. Betoika???....pikiaq la tengok...takkan yang tu pun pakteh nak kena tulung pikiaq

6 comments:

Anak Pantai Merdeka said...

Salam Pak teh,

Maaf cakap la Pak Teh, orang UMNO kalau semasa pemilihan UMNO lebih hebat berbanding semasa Pilihan Raya Umum dalam semua aspek. Lihat sajalah semasa pemilihan Bahagian, sudah ada bibit-bibit perpecahan. Kalau dudok dalam satu rumah pun saling berpaling...alamatla tu.

Walaumacam manapun keputusan PRK Kuala Terengganu nanti sekali lagi menguji kekuatan UMNO dan penerimaan rakyat terhadap BN. Jangan nanti bila dah ramai-ramai di KT tu pakat dok lobi calon untuk Mac nanti sudah lah!!!

Pakteh said...

yup..
begaduh dalam UMNO lebih hebat dari begaduh ngan pembangkang...
kalau ini tak diubah PRU13 nanti tunggulah natijahnya...
tapi blogger pun perlu berubah...jngan hanya pandai cakap semua orang teruk sedangkan diri sendiri jugak mengutuk sesama ahli UMNO.

Panglima Perang Cyber said...

salam..

lagi cun kalau pak teh pasang logo bpn..

hehehe..

salam

Pakteh said...

TQ panglima...mungkin terlepas pandang....

azlishukri said...

pak teh - perang tu berlaku dalam UMNO kerana ada calon2 nak jadi pemimpin yg tak sedar diri..

Anonymous said...

Tindakan YB Tuan Speaker Siva mengantung kehadiran MB Zambri dan exco selama 12 -18 bulan adalah tindakan melampau dan mengandungi unsur-unsur jahat untuk menjatuhkan MB Dr Zambri. Saranan Dato Seri Najib sebagai Ketua Penghubungan Perak supaya laporan polis dibuat adalah tindakan yang sepatutnya dan disusuli dengan tindakan mahkamah.

Adalah maklum proses mahkamah akan memakan masa dimana rakyat telah mual dengan kemelut politik Perak, diharap MB Zambri dengan bijak-sana mengambil tindakan sewajarnya. MB Zambri perlu belajar dari sejarah.

Untuk melucut jawatan Tuan Speaker, MB Zambri perlu berpakat dengan Pak Lah untuk mengadap kembali Sultan Perak supaya peristiwa yang sama iaitu rampasan kuasa terhadap MB Nizar berulang kembali. Walaupun Sultan tidak mempunyai kuasa memecat MB atau Tuan Speaker, dengan kebijaksanaan MB Zambri dapat menyakin Sultan Perak agar mengeluarkan perintah Tuan Speaker meletakkan jawatan atau jawatan tersebut diisytihar kosong. Bawa sekali 28 adun BN + 3 adun bebas supaya lebih menyakin Sultan. Untuk mengelak dtuduh derhaka, Tuan Speaker terpaksa patuh.

Jika MB Zambri masih tidak mampu , langkah yang lebih drastic perlu diambil.

Hubungi pakar-pakar yang menghilang Mr Bala SB, mereka sedia membantu . Jika C4 perlu digunakan ,cari kambng-kambing hitam yang sanggup disembelih buat korban.

Jika gagal juga langkah Harakiri terpaksa diambil iaitu bubar dun walau pun fobia dengan istilah ini, MB Zambri perlu dikorbankan demi kesejahteraan Rakyat Perak.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih