Friday, October 31, 2008

Keterbukaan Yang Tertutup


Assalamualaikum.

Sebaik sahaja menerajui kepimpinan Negara, Paklah mula menggambarkan diri seorang yang bersikap terbuka dan ini diterima baik oleh semua pihak. Sikapnya yang senang didekati dan imej “Mr clean” yang dibawa sekian lama menguatkan lagi aura anak cucu ulama ini. Melihat pembawaan sebegini boleh menguntungkan karier politik beliau, maka diusahakan sedaya mungkin agar setiap rakyat mengetahui bahawa inilah satu-satunya Perdana Menteri yang boleh dipanggil dengan mesra….Paklah, tidak ada yang lain.

Begitu juga dengan titlenya sebagai Pengerusi BN, ahli komponen diberi ruang seluas-luasnya untuk mengeluarkan kenyataan. Ini selari dengan imej Paklah seorang yang bersikap terbuka. Sebagai Presiden UMNO juga, Paklah menonjolkan sikap sebegini. Akhirnya tanpa dapat dikawal, natijah dari strategi keterbukaan ini membawa kepada kenyataan-kenyataan kontroversi yang menjurus kepada keuntungan politik semata-mata.

Belum pernah terjadi secara serius pertelagahan sesama ahli kabinet, dan ini paling jelas menggambarkan kepada rakyat, Paklah yang lemah lembut ini telah gagal mengawal ahli kabinetnya sendiri. Perkara ini pada hemat Pakteh amat memalukan.

Paling tidak terkawal apabila sikap keterbukaan ini digunakan sepenuhnya oleh parti komponen untuk bersuara secara bebas melalui media. Sikap ini yang dulunya ditunjukkan dalam saluran-saluran tertutup kini diluahkan kepada umum tanpa sekelumit perasaan takut. Jika dulu hanya ada seorang dua dikalangan ahli bawahan, kini anggota peringkat tertinggi juga turut mengambil bahagian mempersoal dan mempertikai sesuatu yang boleh mencetuskan suasana tidak selesa dikalangan rakyat. Sudah tentulah kenyataan oleh orang kuat MCA, Gerakan dan MIC dalam polimik perkauman ini menggambarkan bahawa hubungan sesame parti dalam BN juga sebenarnya rapuh. Sebelum ini BN cuba menggambarkan gabungan BA atau barisan alternatif dan kini Pakatan Rakyat (PR) sebenarnya lemah. Kini hakikat sebenar makin terserlah bahawa BN juga sebenarnya rapuh jika tunjangnya iaitu UMNO tidak memiliki pemimpin yang berwibawa. Hakikat ini tidak dapat ditolak sama sekali kerana amat jarang kedengaran sebelum ini sesame kompnen BN bercakaran dan menuntut secara serius perkara yang melibatkan kaum dan agama.

Pembangkang pula sudah pasti merupakan pihak yang paling beruntung kerana inilah tuntutan mereka, kebebasan bersuara dan ini dilaksanakan secara sukarela oleh Paklah. Sebab itulah kedengaran suara pemimpin UMNO dan BN seakan-akan suara pembangkang. Jika dulunya DAP dilihat begitu kecinaan kerana tuntutannya terhadap kontrak sosial, kini apa bezanya MCA dan Gerakan?. Begitu juga dengan Menteri Kabinet Paklah yang dilantik dengan penuh sopan, mempertikaikan penggunaan ISA oleh kerajaan. Walupun Senator Zaid Ibrahim telah meletak jawatan, rentetan peristiwa yang berlaku sebenarnya menggambarkan bahawa sikap keterbukaan Paklah telah menghancurkan lagi BN dan UMNO dan memberi kekuatan kepada pembangkang.

Mungkin artikel ini akan dilabel sebagai minda kelas ketiga yang menolak kepada sikap terbuka, sebenarnya Pakteh sukakan keterbukaan tetapi biarlah berpada-pada kerana juara kebebasan bersuara seperti Amerika kini menghadapi keruntuhan akhlak yang teruk dari sikap sebegini. Biarlah kita bersikap sedikit kuno dan lapuk tetapi Bangsa Malaysia terus maju dan berjaya dalam negara Malaysia yang aman dan harmoni.

2 comments:

azlishukri said...

keterbukaan ada hadnya juga. salam singgah Tuan!

Pakteh said...

T. Kasih krn sudi singgah...
yup..had yang jika dilewati boleh mengundang sesuatu yang tidak baik...

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih