Tuesday, October 28, 2008

DEBAT versi Khairy

Assalamualaikum...
Di zaman pakteh bersekolah dulu, banyak program peringkat sekolah yang pakteh sertai seperti perbahasan, forum, pidato dan sebagainya tetapi debat tidak pernah walau sekali. Pakteh juga diberikan amanah mengetuai berbagai kelab dan dan menguruskan perjalanan beberapa persatuan.
Hari ini begitu ramai individu yang pakteh kenal begitu hebat dan berkualiti dari segi pekerjaan dan menguruskan amanah dan tanggungjawab tetapi jika berdebat/berbahas dengan pakteh, sudah pasti pakteh yakin bahawa pakteh akan menang.
Dalam politik, pakteh pernah tengok debat bagi calon2 presiden Amerika ja. dulu dan kini pun sedang hangat berdebat. Politik Malaysia jarang berlaku begitu dan hanya tahun ini barulah pakteh tengok debat anjuran Agendadaily antara Mantan TPM dan Menteri Penerangan. Apa yang pakteh perhatikan, sejam yang diberikan amat tidak memadai untuk menilai kehebatan seseorang. DSAI amat dikenali hebat berhujah dan berdebat tetapi kerana kekangan masa, kekangan protokol debat dan aturcara debat itu sendiri yang terikat dengan beberapa slot, maka tidak ada info atau maklumat baru yang diterima oleh audien. Secara jelas dan terang debat ini hanya membuang masa. kredibiliti dan ketokohan seseorang mana mungkin dapat diukur hanya dalam sekelip mata?.
Debat kedua anjuran Agendadaily juga tidak menghasilkan apa-apa perubahan kepada TS Koh Tsu Koon atau Guen Eng. Rating penonton mungkin naik tetapi impak dari debat itu tidak ada kerana memang tidak membawa sebarang makna. Jangan samakan Amerika yang hanya mempunyai 2 parti politik.
Hari ini isu debat dimainkan oleh calon ketua pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairy Jamaludin dan disahut dengan gembira oleh DS Khir Toyo. Persoalannya....??
Tidak terfikirkan Khairy kerosakan yang diakibatkan oleh nama beliau terhadap UMNO sudah begitu besar dan sukar dimaafkan. Kaitkan saja nama Khairy atau KJ, sudah pasti orang melihat inilah manusia yang menyumbang kepada kekalahan teruk UMNO dan BN pada PRU yang lalu. Hari ini KJ melahirkan idea DEBAT dan terfikirkah ini juga hanya semata-mata memenuhi agenda peribadi?. Pakteh tahu KJ adalah bayangan Anwar yang juga bijak berpidato tetapi sedarkah kita semua.....ANWAR YANG BIJAK BERPIDATO DAN BERDEBAT ITU JUGA TIDAK KITA PERCAYAI. ANWAR YANG HEBAT BERDEBAT ITU JUGA MENJADI PEROSAK KEPADA KEAMANAN NEGARA. Hari ini KJ mencadangkan DEBAT semata-mata untuk mencari Ketua Pemuda?. Atau jawapan sebenarnya DEBAT ini adalah Talian Hayat yang beliau ada untuk mencapai cita-cita?.
Janganlah rakus lagi, sedarlah anda telah banyak memberikan musibah kepada UMNO dan BN, bertanding seperti biasa, bertandinglah mengikut adat, bertandinglah seperti orang lain. DS Khir Toyo jangan mudah termakan ajakan orang yang terdesak atau anda juga terdesak??
Adakah jika DEBAT ini diterima bermakna jawatan-jawatan lain juga perlu di DEBATKAN? Kalau nak terima cadangan KJ, laksanakan untuk semua jawatan.
Cukuplah dengan program realiti TV MyTeam, jangan pulak pemilihan Ketua Pemuda juga nak dijadikan Realiti TV.
Pakteh bersetuju dengan DMM yang lebih merendah diri dalam soal ini namun tetap mempunyai pendirian yang jelas. Jangan pula dianggap penolakan untuk berdebat dikatakan sebagai penakut. Terfikirkah kita mengapa KJ mengambil risiko sebegini? KJ tidak peduli apa akan jadi pada UMNO, yang penting hasratnya untuk menjadi ketua pemuda tercapai. DMM pula sanggup dikata pengecut berdebat asalkan UMNO kuat. Inilah bezanya pejuang tulen dan pejuang hipokrit.
Tanyakan pada diri apakah DEBAT ini akan menaikkan semula imej UMNO yang tercalar teruk akibat dituduh dimiliki oleh Paklah, KJ dan Kamaludin?. Jika jawapannya Ya...Pakteh akan cadangkan DEBAT ini diteruskan dan Pakteh merayu DMM sertai DEBAT.
TETAPI jika DEBAT ini hanya ritorik dan muslihat untuk KJ menaikkan diri yang telah tenggelam punca....just ignore dan teruskan usaha murni DMM untuk menaikkan imej UMNO demi agama, bangsa dan negara.
Jangan menang sorak kampung tergadai, jangan seronok berdebat, parti UMNO yang tergadai. Agendadaily perlu telus....mengapa hanya mengambil kenyataan dari individu yang terang2 dari dulu PRO KJ.

p/s: KJ ni mindanya minda Amerika jadi DEBAT adalah wajib bagi orang Amerika...samalah dengan KJ...Betoika?....betoi la kot..kalau tak takkan KJ dan rakan2nya berura-ura nak adakan DEBAT. Agendadaily boleh ambil kenyataan Pakteh kalau mau...hehe...sure pakteh suruh tanya Paklah.

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih