Friday, August 15, 2014

Berfikir sejenak: PAS Kaldaian Anwar?

Kata orang tua-tua...hal rumahtangga orang jangan masuk campur. 
Kata Pakteh....dengarlah kata orang tua-tua..

Begitu juga apabila Pakteh dan rakan-rakan cuba mengambil peduli isu di Selangor, ada yang kata awat hang yang tua bangka ni dok risau pasai PKR, risau pasai DAP dan risau pasai Pas?. 

Kalau pakteh jawab soalan depa, panjang pulak jadinya tetapi terlupakah pihak yang bertanya bahawa PKR, DAP dan PAS itu kini mewakili amanah rakyat?. Apabila melibatkan rakyat, sesiapa sahaja layak untuk menilai setiap taik busuk yang dibuat oleh Anwar Ibrahim. 

Pakteh secara konsisten sejak mula berblog menyeru Pas untuk menjarakkan diri/menjauhkan parti dari PKR dan DAP. Seruan atau permintaan itu bukan kerana pakteh risaukan pengaruh PR tetapi kasihan melihat kaum keluarga, sahabat handai yang dulunya seorang pejuang yang dikagumi, kini sekadar mengelap kain lapik kaki Anwar. kasihan keran setiap perkara dalam keputusan yang dibuat PR, Pas hanya layak mengangguk tetapi tihak berhak menggelang tanpa kebenaran. 

Hari ini, 15 Ogos 2014, sepatutnya Pas sudah menyedari bahawa parasit penghisap darah sudah berakar umbi dalam Pas. Proses mengAnwarkan parti Pas sudah berlaku sejak awal pemecatan namun tidak diendahkan kerana melihat laba yang diraih dari PRU12/PRU13. Huh...kerana tamak, perjuangan dilempar ketepi malah rela parti dirosakkan dari dalam. UMNO telah melalui kerosakan yang dibuat Anwar, Kini Pas perlu menghadapinya dengan penuh bijaksana. 

Percayalah...jika dibiarkan....Pasti ada ahli Pas yang sanggup berPRESIDENkan Anwar, malah rela hati meminta Anwar menjadi KETUM PKR dan Presiden Pas serentak. Harus diingat, Anwar boleh bertindak depan dan belakang jadi tidak pelik jika menjadi BOS kepada dua parti. Hanya Anwar. 

2 ADUN Pas yang menongkah arus sepatutnya ditapis sejak awal lagi. Jiwa dan seluruh hati mereka ialah Anwar dan bukannya TGHH. Ramai dalam Pas yang berkiblatkan Anwar sejak 1998 dan Pas membiarkan hal itu berlaku. UMNO juga masih begitu kini. Masih ada tunggul yang subur dalam diri beberapa individu yang bertuankan Anwar. 

Mata hati telah tertutup untuk menilai sikap seorang individu yang bernama Anwar. Sangat jijik memikirkan 3 parti mengiyakan apa sahaja perbuatan Anwar.

Kini, Pas teruji....apakah akan terus dikaldaikan Anwar atau kembali kepada perjuangan asal yang dikagumi dulu.
Pas tidak berminat dengan UMNO...hello....UMNO lebih kuat dari Pas...apa nak hairan? sekali U tak sudi...beribu kali I tak sudi....U boleh terjun dengan labu-labu U...itupun kalau labu masih ada..haha.

Cuma...memikirkan nasih rakyat Selangor....UMNO korbankan peluang untuk mengadakan PRK dengan menyokong Khalid Ibrahim. 

Akhir kalam, Jom nilaikan betapa Anwar tidak ada kemaluan dalam diri.

1. Paksa Wan Azizah letak jawatan MP Permatang Pauh
2. Angkat diri jadi MP Permatang Pauh
3. Paksa ADUN Kajang letak Jawatan
4. Calonkan diri sendiri utk DUN kajang
5. Letak Isteri sendiri jadi calon DUN kajang
6. Calonkan isteri sendiri untuk jawatan MB

dalam semua Hal, Kes nombot 6 adalah yang paling memalukan malah 100 keturunan Anwar pun akan malu dikemudian hari. 

Kepada ahli Pas......kuatkan semangat mengaharungi fitnah PKR/DAP. In Shaa Allah....parti Pas akan lebih Kuat untuk terus menentang UMNO.
Pakteh sebagai ahli UMNO merindui aura Pas yang dulu....baru syok bertarung.

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih