Thursday, June 19, 2014

Situasi penentangan era "Paklah" kini terjelma?

Ya
Kepada pelobi dan pembodek PM, teruskan agenda anda tetapi bagi pejuang Agama Bangsa dan Tanaharir, mari menilai semua apa yang terjadi disekeliling kita. Apa kata Pak Abu ketika minum kopi di kedai pagi tadi?. Apa kata tok siak ketika bersantai menunggu Isyak semalam, Apa kata Mak Jeha ketika melenggang menuju ke kebun getah kelmarin dulu?

Apa kata guru? Apa kata sifulan itu dan sifulan ini?

Rakyat marhain yang agak terkejut PM Najib kini tidak jauh bezanya dengan Paklah. Rakyat mengharapkan Najib menjadi pengganti yang hampir kepada Tun M namun sebaliknya yang berlaku ialah....banyak kelemahan berlaku dan mula dinilai corak kelemahan ini seperti di era Paklah. 

Susah jugak sebenarnya nak menjelaskan Najib ada idea transformasi yang memerlukan jangka panjang untuk dilihat hasilnya. Rakyat tidak memahami semua itu jika perkara asas yang sering menjadi isu gagal ditangani.

Pakteh sendiri melihat Najib GAGAL menangani isu kalimah Allah dengan baik. Isu Peguam Negara menolak untuk meneruskan kes rampasan bible bahasa Melayu membuktikan Najib mula membawa negara ini kearah kehancuran. Umat Islam sangat berbaik sangka dan lembut hatinya namun apabila Islam diperdagangkan, kita telah melihat banyak yang terpaksa dikorbankan. 

Mungkin Malaysia berhasrat menjadi seperti Turki yang dimulai oleh Kamal Attartuk?. Ya...ada laporan disaat Salawat Perdana diputrajaya, masa yang sama juga ribuan PELACUR masih merenggek dalam negara ini minta dibelai....begitu mudah negara dibolos. 

Isu penculikan di Sabah....bukan sahaja gagal ditangani sebaliknya menunjukkan rakyat tidak layak mempercayai janji keselamatan oleh Menteri berkaitan. 

Jika Agama mudah diperkotak katikkan, Keselamatan negara dirobek dengan mudah dan jati diri bangsa mulai longggar......pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan corak aliran dasar pemerintah sedia ada.

Jangan sehingga BN dijatuhkan dalam PRU14 barulah tersedar.....sudah terlambat. Terlalu banyak yang perlu diperbetulkan....cukuplah ahli biasa letih mempertahankan Paklah dahulu...janganlah terjadi lagi era yang sama ketika Najib menjadi PM. 

Najib perlu diselamatkan......pembodek dan yes man disekeliling beliau sebenarnya yang perlu dihambat keluar. Ubat yang memberi kebaikan selalunya pahit dan yang manis itu selalunya berakhir dengan kaki tangan dipotong......Pakteh memilih untuk berkata yang pahit didengar....


Monday, June 16, 2014

Sik...dulu kini dan selamanya...

Pakteh pernah menulis tentang keluhan rakyat marhain bulan lepas berkaitan isu kenaikan harga barang dan juga kejatuhan harga getah. Kadang-kadang terfikir juga mengapa perlu menulis perkara yang sememangnya sukar dikawal seperti harga getah. 
Atau...mengapa perlu dibual bicarakan tentang GST jika sejumlah besar diperuntukan kepada pihak tertentu untuk memberi maklum kepada masyarakat.
rupa-rupanya, jiwa Pakteh memang sebegitu....rasa sayang pada pemerintah (dibaca UMNO) amat mendalam sehinggakan apa sahaja yang difikirkan mampu memudaratkan UMNO, secara spontan akan cuba dikurangkan kerosakan jikapun tidak dapat dibaiki sepenuhnya. 

Ada benarnya teguran kawan Pakteh beberapa bulan dahulu....."Mengapa sejak menang 2013, angpa dah syok sampai tak mau tegoq apa benda yang tak betoi". Sebenarnya bukan syok tapi teramat seronok mengambil kembali Kedah dari Pas. Perasaan seronok itu dibuai-buai sehingga tanpa sedar.....telah lebih setahun sebulan kemenangan itu berlalu....dan masih banyak yang perlu dilakukan oleh pimpinan negeri. 

Pakteh orang Sik. Sejak dulu......orang Sik melihat dari jauh pembangunan daerah-daerah lain di Kedah. Ketika UUM dibuka di Sintok, orang Sik kata takpa la..tu kawasan PM. Bila UiTM dibuka di Merbok, orang Sik kata takpa la...Tun Daim dok kot dekat situ. Bukan itu sahaja.....apa sahaja pembangunan...orang Sik kata takpa la...itu ini dan begitu begini...ada sahaja alasan untuk menyedapkan hati agar menerima dengan rela percaturan pemimpin. 

Ketika bersusun pagar bertemu pagar IPG, IAB, Politeknik, ILP di Jitra.....orang Sik hanya mampu bermegah adanya IKM. Ya...IKM...itulah mercu tanda kemajuan pendidikan di Sik selain kini Kolej Keda yang dinaik taraf dari Pusat Latihan Kedah. Terbaru yang terpancul ialah Kolej Komuniti...bila pengambilan?

Apa kaitannya pembangunan pendidikan dengan kemajuan ekonomi?. Banyak kaitannya...UUM Sintok adalah contoh terbaik. Jika dahulu kawasan itu adalah terpencil kini Pekan Changlun dan sekitar menerima limpahan ekonomi dari pembinaan tersebut. Pakteh tidak maksudkan perlunya sebuah 'U' di Sik tetapi apa sahaja pembangunan yang mampu menjana kesinambungan ekonomi kepada penduduk Sik. (juga daerah-daerah lain yang masih mundur). 

p/s: 2 hari lepas kawan Pakteh tanya apa Sik dapat kalau International Airport buat di Kulim. Pakteh kata orang Sik dapat tengok ja la....



Friday, June 13, 2014

Saman

Pakteh kurang arif tetnang undang-undang berkaitan saman jalan raya. Banyak pihak mendakwa tidak perlu bayar saman untuk kesalahan yang diambil secara curi (speed trap) dimana pemandu tidak menurunkan tandatangan pada kertas saman.

Ini ada lagi dari parti Pas yang mendakwa hal yang hampir serupa dan Pakteh secara lojik akal, menerima hujah yang diberikan.

SAMAN TRAFIK : KITA TAK PERLU BAYAR




Saya ingin menarik perhatian SAC Hj. Mohd Fuad Abd Latif, Ketua Trafik Pasukan PDRM, Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ], Kementerian Pengangkutan, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara dan seluruh rakyat Malaysia berkaitan pengumuman operasi besar-besaran bagi mengesan “pesalah trafik yang enggan menyelesaikan kira-kira 1.9 juta saman “tertunggak” dan waran tangkap yang belum diselesaikan yang diumumkan dalam siaran media PDRM pada 11 JUN 2014.

Sila rujuk kepada mana-mana perundangan samada Kanun Tatacara Jenayah atau pun Akta Pengangkutan Jalan 1987 berkaitan saman dan waran tangkap nescaya perkara berkaitan “saman tertunggak” dan waran tangkap yang belum selesai ini tidak akan berbangkit.

Saya tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan “saman tertunggak”. Jumlah kira-kira 1.9 juta “saman tertunggak” itu adakah “saman” atau “notis”? Saya mohon SAC Hj. Mohd Fuad Abd Latif jelaskan kepada masyarakat apa status sebenarnya.

Sudah acap kali saya jelaskan sebelum ini malah telah beberapa kali juga saya mencabar Pemangku Menteri Pengangkutan atau Peguam Negara atau Ketua Pengarah JPJ atau sesiapa sahaja yang berkaitan untuk membuktikan kepada saya kewajipan membayar saman dan kewajipan membayar kompaun selagi tidak diputuskan oleh Mahkamah. Jika ada peruntukkan mewajibkan kompaun dan saman dibayar, saya bersedia untuk membayar semua kompaun dan saman yang telah dikeluarkan, sebaliknya jika tiada maka saya memohon dilupuskan saman-saman lapuk yang telah dikeluarkan dan hentikan sebarang ugutan kepada pengguna. Sehingga hari ini tiada sebarang respon cabaran saya tersebut.

Untuk kesekian kalinya saya ingin maklumkan bahawa saman ialah notis meminta orang yang disaman hadir ke mahkamah dan kompaun hanyalah suatu tawaran penyelesaian bukan suatu kewajipan untuk membayar. Saman bukan seperti invois yang wajib dibayar yang mana kegagalan membayar dianggap hutang yang tertunggak.

Malah melabel penerima saman sebagai pesalah trafik juga adalah suatu label yang pra-matang dan tidak bertanggungjawab. Saman bukan bukti kesalahan. Setiap penerima saman bukan pesalah melainkan Mahkamah memutuskan mereka bersalah melakukan kesalahan. “Seseorang itu tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah”.

Saya tidak menentang sebarang penguatkuasaan undang-undang tetapi untuk menguatkuasakan undang-undang juga perlu mengikut undang-undang. Pihak berkuasa undang-undang tidak boleh sewenang-wenang menguatkuasakan undang-undang tanpa mereka terlebih dahulu mengikut undang-undang. Yang dituduh melakukan kesalahan perlu dihadapkan ke mahkamah untuk diadili. Jika mereka mengambil pilihan membayar tawaran kompaun, itu hak yang diberikan kepada mereka. Jika mereka tidak membayar tawaran kompaun, itu juga hak yang diberikan oleh undang-undang kepada mereka.

Saman tidak akan tertunggak jika semua saman dibawa ke Mahkamah untuk diadili. Jika penerima saman hadir Mahkamah dan mengaku salah, maka Mahkamah akan perintahkan membayar denda. Selesai saman. Jika penerima saman tidak hadir Mahkamah maka waran tangkap dikeluarkan supaya penerima ditangkap dan dibawa ke Mahkamah. Apabila ditangkap dan dibawa ke Mahkamah, maka proses yang sama berjalan. Jika penerima saman mengaku salah, maka Mahkamah perintahkan hukuman denda dan sebagainya. Selesai saman. Tiada tertunggak.

Polis keluarkan saman kemudian saman tersebut tidak dibawa ke Mahkamah. Apabila bertimbun saman dalam simpanan Polis maka dituduh dan dilabel penerima saman enggan selesaikan saman menyebabkan saman tertunggak. Yang menyebabkan saman tertunggak itu pihak berkuasa bukan yang menerima saman. Anda tidak buat kerja jangan salahkan orang lain.

Bagi menyelesaikan isu ini, saya cadangkan kepada PDRM atau JPJ untuk membawa semua saman dan daftarkan di mahkamah berkenaan. Apabila saman didaftarkan di mahkamah, saya percaya tidak akan timbul lagi isu ini. Kita hidup berpandukan undang-undang. Gunakan saluran undang-undang yang betul dan jangan jadi ketam.

ZULHAZMI SHARIFF
Timbalan Pengarah
Badan Mobilisasi Rakyat
Dewan Pemuda Pas Pusat
12 JUN 2014 / 14 Syaaban 1435
Pakteh ambil dari blog berikut

Sehubungan itu, Pakteh mohon bijak pandai, pakar yang boleh menjawab persoalan tersebut kerana jika benar....ramai rakyat teraniya kerana disabitkan kesalahan sebelum mahkamah memutuskan bersalah.

p/s: Tebang buluh.....mana la pakteh nak paham undang-undang yang susah ni...

Wednesday, June 4, 2014

Jangan tersilap ramalan, Dyana boleh menjadi Samsiah Fakeh


Ramai rakan meramalkan Dyana akan terkulai layu sebaik mencapai kemuncaknya. Dyana akan mudah dipatah-patahkan. Dyana akan berpaling dan mencari kelangsungan hidup melalui UMNO. Benarkah begitu?

Mengapa terlalu memandang rendah jiwa seorang perempuan?. Lupakah dengan "Tangan yang menghayun buaian boleh menggegar dunia" "Disebalik kejayaan seorang lelaki, pasti ada wanita dibelakangnya" Malah sejarah membuktikan hati wanita menjadi begitu kuat dan kebal apabila terdesak dan didesak.

Sejarah mungkin berulang. Apalah sangat pedoman dari UiTM untuk Dyana berbanding Samsiah Fakeh yang menerima ilmu agama di Sekolah Tinggi Islam, Pelangai Negeri Sembilan dan kemudian ke Madrasah Tuddimiah in Padang Panjang, Sumatera. Jika samsiah Fakeh yang dilihat mempunyai jiwa Islam yang lebih kental, tertarik dengan ajakan Komunis,  Dyana yang hidupnya bermewah dengan kesenangan Ibu, sudah pasti mudah dibeli jiwanya oleh DAP. Namun yang lebih penting, wanita yang berani menongkah arus pasti mempunyai "sesuatu" yang sangat kuat dalam dirinya. Samsiah Fakeh sudah teruji dengan segala macam cabaran yang lelaki sendiri tidak mampu hadapi....Malaysia moden kini akan perlu menghadapi seorang lagi wanita yang keberaniannya belum teruji namun sudah ada ciri-ciri itu melalui pengamatan di PRK Teluk Intan.


Jawatan Dyana dalam DAP tidak jauh bezanya dengan jawatan Mohamed Razali Abd Rahman yang membuat pendedahan tentang DAP sedikit waktu dulu. Dyana sudah pasti akan melalui pengalaman yang sama dan akan dikaderkan untuk menjadi pejuang DAP yang sejati. Dyana akan lebih berbahaya dari Mohamed Razali kerana Samsiah Fakeh sudah membuktikannya. Masa akan menentukan telahan ini betul atau salah
Dipihak UMNO? siapa yang ditonjolkan? 
PKR mempunyai Nurul Izzah dan DAP mempunyai Dyana........UMNO? Mengapa Puteri begitu longlai selepas Azalina?. Bersediakan puteri-puteri UMNO untuk berhadapan dengan Nurul Izzah dan Dyana?. Buat masa ini, Nurul Izzah jauh kehadapan dan Dyana sedang belajar untuk mengekori Nurul Izzah....Puteri UMNO sekadar memerhati langkah Dyana tanpa ada usaha untuk turut mengejar. 

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih