Thursday, January 9, 2014

Apa kata MB Kedah Zaman Pas tentang kereta baru?

Kadang-kadang Pakteh malu membaca tulisan pemimpin pas yang diberi anugerah jawatan tinggi dalam Pas Kedah. Pakteh hairan mengapa pembelian kereta untuk kegunaan DYTM Agong dipertikaikan dan jawapan oleh YAB DP Mukhriz Mahathir dispin 360 darjah tetapi Lim Guan Eng yang terang-terang menghabiskan duit rakyat dipuja dan dipuji. 

Pakteh cuba tidak membangkitkan kes pembelian kereta oleh bekas MB zaman Pas tetapi kerana puak ini agak galak, jom kita lihat apa jawapan bekas MB Kedah zaman Pas

"
ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.
“Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna. Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu,” katanya.
Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunju-ngannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.
“Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah,” katanya.
Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.
Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.
“Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak,” katanya.
Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas."

p/s: Kepada pimpinan Pas yang galak bermain dengan isu ini, cukup-cukup la memalukan diri sendiri, loya rasanya membaca putar alam yang ditulis demi merosakkan imej MB Kedah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. 

2 comments:

Anonymous said...

pikiaq punya pikiaq, keta mahal2 beli tak smpai 5 tahun dikatakn selalu rosak. Macam ada yg tak kena. Sama ada yg bagi kenyataan tu muhong atau yg btanggungjawab servis keta tu tipu.
Keta aku dah sebelas tahun tak pernah rosak apa, ekon pun dok sejuk gedi lagi.
Ada saja la alasan nak justifikasi pembelian keta baru. Yg dok ada juai kat exco dgn harga macam mana?

Anonymous said...

Anon: Jual pada bekas Exco. Maknanya jual kepada bekas YB @ YB dari PAS/PKR/DAP

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih