Dahulunya tanah pusaka ini dikenali dengan nama Tanah Melayu. Mungkin ada baiknya jika nama itu kekal begitu namun sejarah tidak boleh diubah cuma sejarah perlu diteladani. Setiap keputusan perlu diambil kira secara teliti dan halus.
Berapa ramai dikalangan Melayu hari ini percaya, negara ini dicatur secara halus untuk menolak Bangsa Melayu agar menjadi fakir dibumi sendiri. Harapan tangan pencatur ini ialah apabila Bangsa Melayu itu sudah fakir, hidupnya menjadi merempat dan tidak kuat untuk bangun mengatur sosio politik dunia.
Percayalah....ratusan tahun sebelum Masehi, Bangsa Melayu ini sudah membina Empayarnya sendiri yang canggih dan kukuh sehingga mampu bertahan sehingga 2000 tahun. Penemuan tinggalan Empayar purba di Sg Batu Lembah Bujang oleh pengkaji dari USM membuka lembaran baru kepada sejarah dunia. Jika sebelum ini, Bangsa Melayu ini cuba dilenyapkan sehinggakan asal usulnya diubah dan diatur sewenang-wenangnya, pasti penemuan ini memberikan gambaran yang sebaliknya.
Berikan ruang dan Peluang kepada penyelidik untuk meneruskan usaha mereka namun fakta yang tidak boleh diauta 400 tahun sebelum masehi, Sudah ada empayar besar dan agung di Sg Batu Kedah. fakta ini sekali gus menolak tanggapan bahawa Lembah Bujang asalnya hak milik mereka yang beragama Hindu @ Buddha. Lebih memalukan mereka datang sekitar puluhan tahun dahulu ke Tanah Melayu mendakwa itu hak mereka.
Sejarah yang hilang kian muncul. Tangan-tangan ghaib pasti kebingungan memikirkan bagaimana pembohongan mereka selama ini terbongkar. The Hidden Hand pasti merencana sesuatu namun Bangsa Melayu perlu ada jati diri dan keyakinan tinggi bahawa mereka bukan Bangsa yang hidup berlitupkan daun kayu dan memakan daging mentah sebagai santapan.
Cahaya semakin terang dipuncak gunung jerai. Menyinari penemuan terpenting abad ini yang mampu mengubah sejarah dunia. Pasti hari itu akan tiba....