Sunday, September 29, 2013

Hot D' Sik..!! Apa dah jadi?

Kawan-kawan blogger dan facebooker bertanya kepada Pakteh....Apa dah jadi?
Bukan tajuk lagu SM Salim tapi.....apa dah jadi dengan orang Sik?

Sejarah politik Sik sebusuk mana pun sepak terajangnya, diulit secara lembut dan penuh berhemah. Sejarah membuktikan Dato' Dr Wan Azmi Ariffin membentangkan permaidani merah untuk Allahyarham Tan Sri Dr. Hamid Othman. Sejarah juga melakarkan betapa Jawatan Ketua Pemuda sebelum ini ditandingi secara kekeluargaan tanpa perlu meletopkan isu keseantero bumi Malaysia. Sdr. Hamlan Din, Sdr Shafarudin Ts Hanapiah, YB Datuk Tajudin Abdullah dan terkini YB Mahadzir Abd Hamid. Mereka ada yang melalui pahit getir ditandingi tetapi tidak pernah orang luar mempertikaikan urusan Pemuda Sik.

Tindakan Sdr Hasri, calon Ketua Pemuda mempertikaikan sedikit maklumat dalam profile blog Sdr Akram Syah Ts Sanusi mengundang komentar banyak pihak. Pakteh pada awalnya menilai tindakan itu sebagai tanggungjawab beliau sebagai Presiden MAYC Malaysia. Namun apabila menilai kembali komen dan pandangan kawan-kawan yang menghubungi Pakteh, mungkin tujuan sebenar adalah berbeza. 

Pakteh secara mutlak menolak KJ buat masa ini. Tindakan saudara Hasri menjadikan dirinya seakrab mungkin dengan KJ memudahkan Pakteh untuk membuat pilihan semasa mengundi nanti. 

Soal Akram menipu atau tidak, sebolehnya diselesaikan dengan cara yang amat mudah tanpa perlu membesarkan sehingga kpd beberapa laporan polis. Akhirnya.....orang menilai Sdr Hasri sekadar dihantar oleh KJ ke Bahagian Sik untuk menguatkan kedudukan beliau. 

p/s: Sdr Hasri dan Sdr Det adalah kawan Pakteh. Jangan menilai tulisan ini sebagai membakar jambatan tetapi sebagai nasihat seorang kawan yang menulis untuk kebaikan diri dan parti. 

Monday, September 23, 2013

Naib Presiden UMNO - Pilihlah dengan mata hati

Selesai sudah proses penyerahan borang dan kini siapa menang tanpa bertanding dan siapa perlu bersaing sudah diketahui.

Diperingkat Naib Presiden, SAH kini 6 pemimpin terhebat UMNO akan bersaing Malangnya hanya ada 3 kekosongan untuk jawatan tersebut. Tanpa mengambil kira sedikit kelemahan yang ada pada setiap calon Naib Presiden, Pakteh gembira melihat demokrasi dalam UMNO. 

Keenam-enam calon ada nama tersendiri dan berjasa kepada UMNO. Tidak perlu menilai keburukan kerana setiap dari mereka pernah melalui pahit getir bersama parti UMNO. Calon lama terserlah pengalamannya dan calon baru terbukti kematangannya.

Pilihlah calon pilihan anda secara mata hati, menilai demi keutuhan dan kebaikan parti UMNO. 

BERANIBERUBAH
#MM4VP

Friday, September 20, 2013

Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir SAH tandingi kerusi Naib Presiden


Ucapan YAB Dato Paduka Haji Mukhriz Tun Mahathir, Seri Mentaloon, Alor Setar, Kedah 1730hrs 19 September 2013

Assalamualaikum WBT
Yang dimuliakan Pengerusi Majlis
Yang Berhormat Dato Paduka Ahmad Bashah Hanipah
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah
Yang Berhormat/ Yang Berbahagia Dato-Dato, Saudara-saudari Ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah

Yang saya kasihi Ketua-ketua Bahagian, dan rakan-rakan yang sudi hadir bersama dari seluruh pelusuk negara (Kita berikan tepukan gemuruh)

Yang dikasihi Ketua-ketua sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian-bahagian
Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian-bahagian 4 peringkat
Ketua-ketua Cawangan dan ketua-ketua sayap Cawangan 4 peringkat
Tuan-tuan. Puan-puan, Warga Keluarga UMNO Negeri Kedah
Para wartawan dan petugas media
Anggota-anggota Keselamatan
Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
  1. Pertama sekali saya ingin mengucapkan rasa penghargaan yang tinggi kepada kesemua yang sudi hadir pada petang ini. Tiada ungkapan yang sesuai dapat mengambarkan kepuasan kita untuk kembali berkumpul di rumah kita ini, Seri Mentaloon, setelah lebih 5 tahun tidak berpeluang menggunakannya.
  2. Marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT atas nikmat yang telah diberikan. Dengan izinNya jualah, keluarga UMNO dapat kembali berkumpul di dewan yang kita bina megah ini. Dengan izinNya jualah, kita kembali memegang tampuk pemerintahan Negeri Kedah Darul Aman yang kita cintai. Dengan kuasa politik yang sedang kita pegang ini jugalah, akan kita genggam erat amanah rakyat, memberi khidmat demi meningkatkan Syiar Islam, membangunkan bangsa dan mendaulatkan tanahair.
  1. UMNO telah melalui pelbagai pengalaman. Bermulanya dengan berusaha menyatu-padukan orang-orang Melayu dalam menentang pembentukan Malayan Union, beralih kepada perjuangan memerdekakan negara. UMNO telah diuji sejak Pilihanraya pada tahun 1955, kemudian melalui pahit getir perpecahan kaum pada tahun 1969. UMNO diasak dengan pelbagai halangan dan dugaan dalam berjuang untuk mengisi kemerdekaan, memajukan bangsa sambil terus berusaha mengekalkan keharmonian antara kaum.
  2. Hari ini, setiap rakyat Malaysia sebenarnya telah berpeluang menikmati hasil perjuangan UMNO. Tanpa kira bangsa, agama, keturunan atau ideologi politik, setiap rakyat telah menikmati peluang untuk belajar, mengguna perkhidmatan kesihatan dan memperoleh kekayaan hasil daripada dasar yang dibuat oleh UMNO.
  3. Kalau seseorang itu jatuh sakit, lantas dipanggil ambulans untuk ke hospital, UMNO lah yang usahakan agar perkhidmatan ambulans itu wujud, jalan yang dilalui ambulans itu juga dibina Kerajaan yang ditunjangi UMNO, hospital tujuan pesakit juga hasil titik peluh UMNO, doktor dan nurse dilatih oleh sistem pendidikan yang diperjuangkan UMNO, pendekata tiada yang berlaku dinegara kita ini yang UMNO tidak dari segi polisi Kerajaan dan perlaksanaannya. Begitu besarnya perjuangan UMNO yang tidak disedari dan tidak diiktiraf ramai. Inilah sumbangan fardu kifayah UMNO untuk seluruh rakyat Malaysia.
  4. Namun hakikatnya, UMNO juga telah di kecam, di tentang dan di khianat. Hari ini, kita telah melihat dengan jelas tanpa selindung, anak-anak bangsa kita yang sanggup bersekongkol dengan mereka yang sejak awal menentang cita-cita perjuangan. Musuh kita jelas menghina Agama Islam dengan lantang dan berani mendesak Kalimah Suci Allah digunakan dalam kitab selain al Quran ulkarim. Mereka memesongkan fikiran rakyat dengan alasan hak asasi, keadilan dan hak kesamarataan antara kaum.
  5. Apabila UMNO Kedah merintis usaha untuk menyekat penyebaran fahaman Syiah di negara, jelas ianya mendapat sambutan yang hebat dari kalangan pendokong2 ahli Sunnah wal Jamaah dari pelbagai latarbelakang politik. Malah penyokong penyokong tegar PAS dan penggiat pondok2 agama yang dahulunya lebih cenderung kepada PAS juga mulai meyakini UMNO, terus bersama kita dalam menyekat kemaraan Syiah. Kini apabila pemimpin2 PAS di negeri Kedah ini juga tidak menyokong enakmen jenayah syariah baru yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kedah baru baru ini, jelas terbukti keberanian UMNO untuk mempertahankan kesucian Islam lah yang disambut baik oleh segenap lapisan ummat di negeri ini.
  6. UMNO berdepan dengan mereka ini. Cita-cita perjuangan kita untuk meningkatkan syiar Islam, membangunkan bangsa dan mendaulatkan tanahair terbantut dengan tanggungjawab untuk melawan akidah songsang mereka. Namun, apa juga alasan dan halangan daripada puak seperti ini, tidak melemahkan semangat kita untuk terus berkhidmat kepada rakyat.
  7. Untuk itu, UMNO mesti pandai menyesuaikan diri dalam apa juga situasi. Setiap kita mesti memahami permasalahan rakyat dan merasai denyut nadi mereka. UMNO mesti terus kekal relevan di mata rakyat. UMNO juga mesti Berani Berubah!
  8. Saudara-saudari warga Keluarga UMNO sekalian, Setiap yang kita lakukan mesti membawa maksud yang selari dengan landasan perjuangan asal UMNO. Begitu juga setiap tindakan kita sebagai pewaris perjuangan ini mestilah dengan tujuan untuk memperkukuhkan parti pusaka bangsa ini. Jangan ada diantara kita yang mendahulukan kepentingan diri, keluarga mahupun kumpulan lebih dari kepentingan parti.
  9. Saya berceloteh tentang perkara-perkara ini kerana kita semua sedia maklum akan kehadiran musim pemilihan bagi mengisi jawatan-jawatan parti di semua peringkat. Mengikut sejarah lama UMNO, inilah musim yang akan menentukan kekuatan kepimpinan orang Melayu di Bumi Malaysia ini. Inilah waktunya, jika kita tidak memelihara tindakan-tindakan kita, ianya boleh melemahkan, bukan sahaja kepada diri kita sendiri tetapi kepada keseluruhan bangsa.
  10. Saya amat berharap, pemilihan parti yang akan kita lalui di peringkat Bahagian dan Pusat tidak berapa lama lagi akan memberi semangat baru kepada setiap seorang dari kita. Proses demokrasi yang digunakan, jika dipelihara dengan sempurna tentu akan memberi perolehan yang terbaik untuk setiap seorang dari kita.
  11. Dalam masa yang sama, hak untuk menawarkan diri dalam sebarang jawatan yang layak kita tandingi bukan bermaksud kita harus segera mengisi borang pencalonan. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden contohnya, layak di tandingi oleh ramai pemimpin yang pernah menjadi Ahli Majlis Tertinggi. Tetapi, kita sebagai ahli parti yang taat setia dan insaf akan keburukan yang boleh dibawa melalui pertandingan jawatan tertinggi parti, sebolehnya menolak mereka yang kepingin menjawat jawatan tertinggi itu. Ini adalah kerana, kepimpinan yang sedia ada adalah merupakan gandingan yang terbaik dan wajar diberikan sokongan seratus peratus. Saya dengan tegas ingin memberi komitmen Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah untuk mempertahankan YAB Dato Seri Najib Tun Razak dan YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Yassin sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Jika ada pihak atau individu yang berhasrat untuk mencabar kedudukan tersebut, UMNO Kedah akan bersatu mempertahankan kedua pemimpin kita ini.
  12. Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian, Negeri Kedah ini terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri. Keagungan Kerajaan Kedah yang tertua di Asia Tenggara dan masih kekal merupakan satu kebanggaan bukan saja bagi kita anak-anak Kedah tetapi bagi seluruh rakyat di negara ini. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama adalah merupakan anak Kedah. Begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang anak guru yang juga merupakan anak Kedah. Mereka telah begitu banyak berjasa kepada negara dan kita berbangga dengan pencapaian mereka.
  13. Kita percaya, kegemilangan anak-anak Kedah ini dalam mengharumkan nama negeri dan membawa kemakmuran kepada negara boleh diteruskan dengan pemimpin-pemimpin sedia ada di masa kini. Kejayaan Barisan Nasional kembali memegang tampuk Kerajaan Negeri Kedah adalah bukti kebolehan dan komitmen para pemimpin kita, terutamanya pemimpin-pemimpin UMNO. Kebolehan dan daya kepimpinan mereka ini wajar diberi pengiktirafan. Mereka-mereka ini wajar diberikan tanggungjawab yang lebih besar dalam sama-sama merencana perjalanan parti kita.
  14. Walaupun kejayaan besar yang telah kita perolehi, tentu sekali kita tidak mampu menjadikan setiap pemimpin Negeri Kedah sebagai pemimpin di peringkat Kebangsaan. Dalam perkara itu, saya amat bersyukur dengan komitmen dan tolak ansur dikalangan Ahli Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah. Kami telah sama-sama duduk berbincang dan mencadangkan pemimpin diantara kami yang boleh kita ketengahkan ke peringkat Majlis Tertinggi UMNO. Begitu juga, di kalangan Pergerakan sayap-sayap.
  15. Pada petang yang berbahagia ini, sukacita saya mengambil peluang untuk memperkenalkan calon-calon Majlis Tertinggi yang akan mewakili kita dari Negeri Kedah. Saya amat berharap agar kesemua mereka akan mendapat doa restu dan sokongan padu dari keseluruhan jentera UMNO Negeri Kedah.
  1. Calon Pengerusi Tetap UMNO Malaysia 

  • Yang Berbahagia Tan Sri Badaruddin Ameruddin
  1. Calon-calon Ahli Majlis Tertinggi

  • Yang Berhormat Dato’ Seri Mahadzer Khalid - Ketua UMNO Bahagian Padang Terap merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia
  • Yang Berhormat Dato’ Azeez Rahim - Ketua UMNO Bahagian Baling merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO
  • Yang Berhormat Dato’ Seri Jamil Khir Baharom - Ahli Majlis Tertinggi UMNO
  1. Tuan-tuan yang saya hormati dan kasihi sekalian, inilah calon-calon yang akan mewakili Negeri Kedah ke peringkat pusat. Marilah kita sama-sama berusaha keras, berdoa dan memastikan agar kesemua mereka terpilih agar dapat membawa suara kita ke peringkat yang lebih tinggi. Saya mengharapkan agar setiap dari kita, keluarga UMNO Negeri Kedah memberikan kesetiaan dan sokongan kepada setiap calon ini. Boleh? Sokongan yang sama saya harap dapat diberikan kepada calon-calon dari Pergerakan Wanita, Puteri dan Pemuda seperti yang telah diperkenalkan tadi.
  1. Hadirin sekalian, telah berminggu-minggu saya disapa dengan persoalan apakah saya akan menawarkan diri dalam apa-apa jawatan di peringkat Pusat. Sejak mula saya menjadi ahli UMNO, saya hanya berhasrat untuk menumpahkan khidmat bakti saya kepada Agama, Bangsa dan Tanahair. Berulang kali saya tegaskan, UMNO bukanlah tempat untuk membina kerjaya atau mengumpul kekayaan. UMNO adalah wadah perjuangan bangsa. Walau sejengkal ilmu yang ada dalam diri saya, akan saya kongsikan bagi membina negara bangsa.
  2. Saya amat gembira apabila Barisan Nasional berjaya dalam Pilihanraya yang baru lepas. Tumpuan selepas kejayaan tersebut adalah untuk mengekalkannya. Saya tidak pernah merancang untuk bertanding di peringkat Dewan Undangan Negeri, jauh sekali menyusun strategi untuk menduduki kerusi Menteri Besar mahupun Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Namun sebagai ahli parti, kita harus sentiasa bersedia memikul apa juga tanggungjawab yang diarahkan.
  3. Kita juga harus melihat kehadapan. Parti-parti lawan telahpun memulakan persiapan menghadapi Pilihanraya umum yang ke 14 dari sekarang. Di ketika itu, mungkin AI sudah tiada dalam kancah politik negara. Mungkin juga tiada LKS, NA, KS dan Haji H. UMNO akan berhadapan dengan ramai pemimpin-pemimpin muka baru yang kini ditonjolkan dan diberi tanggungjawab menggalas jawatan jawatan penting parti masing masingdan Kerajaan diperingkat negeri. Di pihak kita, apakah persiapan yang telah kita lakukan. Apakah kita telah membuat persiapan dan perancangan strategik untuk terus memegang tampuk pemerintahan Negara. Apakah kita telah bersedia untuk meraih undi daripada lebih 3 juta pengundi baru nanti. Inilah persoalan yang paling penting difikirkan sebelum kita sama-sama membuat keputusan dan membantu pemimpin kita mengemudi parti.
  4. UMNO juga merupakan sebuah parti yang amat bergantung kepada kesetiaan ahlinya. Pengikut dan pemimpin saling melengkapi. Sebagai pemimpin Negeri, saya juga tidak dapat tidak, mendengar nasihat dan menerima desakan daripada pengikut. Antara nasihat yang banyak saya terima ialah untuk memastikan saya terus memberi khidmat, jika boleh, ke peringkat yang lebih tinggi. Nasihat-nasihat ini, semakin menjadi sebagai satu harapan. Sebagai pemimpin, saya semestinya tidak boleh lari dari perkara ini, yang juga merupakan satu tanggungjawab.
  5. Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya sesungguhnya menyokong penuh kepimpinan YAB Dato Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Saya sekali lagi menyeru agar seluruh warga keluarga UMNO Negeri Kedah untuk bersama saya memberikan sokongan padu kepada gandingan mantap mereka berdua.
  6. Saya juga bertegas, bahawa pemilihan UMNO adalah merupakan satu proses demokrasi bagi membolehkan ahli-ahlinya membuat pilihan. Setiap pemimpin yang ada, tentunya telah berusaha dengan penuh setia dan bertanggungjawab. Pembaharuan yang difikirkan perlu dibuat, mesti dilakukan dengan penuh berhemah. Jangan ada keji-mengeji, tohmah atau memperkecilkan sesama pemimpin. Yang lebih penting sekali jangan sekali2 kita mencemarkan nama baik UMNO dengan amalan2 dalam proses pemilihan kita ini yang tentu akan merosakkan parti. Ingat kepada Allah yang esa dan balasan di dunia dan akhirat. UMNO mesti kekal kuat dan bersatu berlandaskan kepada nilai dan budaya yang murni.
  7. Hadirin-hadirat warga keluarga UMNO yang saya kasihi. Setelah menerima banyak nasihat dari setiap lapisan kepimpinan, saya telah memikirkan apakah jawatan yang sesuai untuk saya dipertanggungjawabkan. Saya telah memikirkan kesesuaian masa dan amanah yang tinggi bagi setiap jawatan. Saya telah tanyakan diri saya, apakah saya bersedia. Saya telah menimbang perkara ini dari setiap sudut.
  8. Maka bagi mewakili zon utara di negara tercinta ini, khususnya Kedah yang telah kembali kepangkuan UMNO, Kedah yang melahirkan Bapa Kemerdekaan, Kedah yang juga melahirkan Bapa Pembangunan Malaysia, Kedah yang DYMM Tuanku Sultan nya menaiki takhta menjadi Seri Paduka Baginda Yg DiPertuan Agong sebanyak dua kali…….. bagi pemilihan parti kali ini saya dengan penuh rendah diri ingin menawarkan diri bertanding sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia.
  9. Saya mohon doa restu dari setiap warga keluarga UMNO Negeri Kedah. Saya mohon sokongan dan dokongan yang tidak berbelah bagi. Hanya yang cekal dan tabah, dapat membina mercu tanda bangsanya yang berjaya.
HIDUP UMNO
HIDUP UMNO
HIDUP UMNO

BERANIBERUBAH
BERANIBERUBAH
BERANIBERUBAH

Wassalamualaikum wbt.

Thursday, September 19, 2013

DP Mukhriz Sah bertanding..!

Betoika?? 
 Angin yang bertiup sampai ke telingan pakteh bukan angin biasa. Tiupannya tenang namun bisa meruntuhkan sebuah gunung. Tidak ganas, tidak juga merosakkan kehidupan tetapi dalam tiupan angin yang tenang itu, ada aura luar biasa sehinggakan sungai bisa berhenti mengalir, salju bisa cair malah mungkin dunia juga boleh berhenti berputar. 

 Pakteh masih seperti biasa, menebang buluh mencari sesuap nasi namun perkhabaran bahawa pada petang ini 19 September 2013 Jam 4 Petang Datuk Paduka Mukhriz Mahathir akan mengumumkan sesuatu membuatkan buluh tidak menjadi rakit dan rakit tidak jadi ke hilir. Jika tidak penting mana mungkin diwar-warkan seantero dunia untuk peristiwa petang ini. Harapan dari dari hati Pakteh biarlah pengumuman itu membawa maksud beliau akan menyertai DS Zahid Hamidi, DS Hishamudin Tun Hussein, DS Shafie Afdhal, DS Ali Rustam, TS Isa Samad untuk pertandingan jawatan Naib Presiden UMNO. Pakteh tidak berhasrat mendahului DPMM dalam soal ini tetapi Pakteh sangat yakin, Undi yang asalnya berpecah 5 akan dikecilkan lagi kepada 6. 

 Jika akhirnya keputusan DPMM untuk memasuki pertandingan ini, Blog Pakteh 100% menyokong malah akan turut serta bersama rakan blogger lain berbaiah kepada beliau. Blog Pakteh juga secara jujurnya tidak akan memburukkan pimpinan parti yang lain untuk menaikkan DPMM kerana menghormati DPMM sebagai seorang yang sangat berhemah dan berbudi pekerti tinggi. Biarlah beliau menang atau kalah dalam pertandingan sesama saudara ini melalui kekuatan beliau sendiri. Biarlah Aura yang lahir dari ketrampilan beliau menjadi pendorong kepada perwakilan untuk memilih beliau. Tidak ada keburukan akan terpamer untuk merosakkan pemimpin lain yang turut serta bersaing.

 InsyaAllah.....pertandingan ini akan membawa kebaikan kepada parti dan pertandingan yang sihat. Biarlah DPMM membuktikan dan menyuburkan cara kempen yang memaparkan sifat terpuji demi keutuhan UMNO. 

BERANI BERUBAH
#MM4VP 
#KEDAHAMANMAKMUR

Monday, September 9, 2013

Busuk lagi membusukkan. Blogger Kedah pro BN di catur pihak luar??

Betul la kata kawan Pakteh, lebih baik terus tebang buluh dari menulis di blog. Terkedu juga Pakteh pada awalnya tanpa memahami maksud tersirat. Rupa-rupanya kawan Pakteh telah boleh membaca bahawa akhirnya dunia blogger juga akan diresapi virus politik yang jijik dan kotor.

Sayang seribu kali sayang, niat suci hati membantu mula dikaburi dengan RM yang melayang kedalam poket atau mungkin sudah tergambar impian menggunung jika berhasil menjadi bos kepada blogger. Jika boleh jadi bos blogger, mengapa terbitnya istilah blogger tidak bertuan?.

Di Kedah, dunia blogger tidak luas dan tidak sukar untuk mencari rakan-rakan blogger yang sealiran. Abaikan blogger haprak PR yang kerjanya mengisi jarum fitnah. Pakteh hanya ingin melihat yang terbaik kepada blogger pro BN yang jumlahnya boleh dihitung dengan jari di Kedah.

Pakteh juga menilai dengan teliti artikel terbaru dari KedahTimes yang secara bersopan menegur golongan tertentu yang menjadikan dunia blogger sebagai sumber rezeki secara kotor. Bagi Pakteh....hanya jauhari mengenal manikam. Tidak perlu ada pihak luar yang mencatur apa blogger Kedah perlu buat. Lebih parah jika ingin menyusun sifulan itu dan sifulan ini perlu berada dalam saf blogger Kedah dan yang ini perlu ditolak kerana tidak sebulu. Pergi jahanam dengan mainan kotor sebegini.

Harus diingat, Blogger Kedah boleh bertuan dan boleh tidak bertuan namun istilah tuan itu jangan ditakrif sebagai DUIT semata-mata. Jika benar hasrat meletakkan seseorang yang tidak dipersetujui oleh majoriti blogger Kedah sebagai ketua, baik lantik tunggul kayu.Mungkin itu lebih baik.

p/s: Beringat sebelum kena....kalau dah terkena...taik pun lebih suci dari yang mengena.

Saturday, September 7, 2013

Edisi Khas..!! Sanusi Xsetpol MB Azizan cuba terus malukan x bosnya?.

Pakteh sedang beronok-ronok dengan kaum kerabat apabila terbaca komen Tn Haji Sanusi Md Noor, X Setpol X MB Kedah, DS Ostat Azizan di wall FB beliau. Jika sesiapa yang tidak pernah mengikuti perkembangan pembentangan bajet oleh Pas Kedah sejak 2008 hingga 2012, pasti terpedaya dengan manipulasi dakwaan beliau. 

Ya betul, atas kapasiti X setpol MB, Beliau mempunyai akses untuk maklumat yang mungkin rakyat marhaen tidak tahu tetapi teks ucapan bajet ni lain, sesiapa sahaja boleh memperolehinya. Pakteh dari sejak X MB sakit seboleh mungkin tidak ingin melibatkan beliau lagi dalam isu politik. Apatah lagi jika memungkinkan beliau terheret sama. Tetapi apa boleh buat, X Setpol beliau yang Pakteh anggap Setpol terbaik kepada seorang MB ni membuka kembali kisah penipuan kerajaan Pas Kedah. Rakyat sudah hampir melupakan kisah haprak bertaraf longkang pemerintahan Pas ini. XSetpol ungkitkan kembali. Jadi Pakteh imbau semula kepedihan rakyat ditipu Pas Kedah.

Bajet kerajaan negeri untuk tahun 2013 ialah 640 Juta.

"Kerajaan menjangkakan kutipan hasil Negeri pada tahun 2013 akan meningkat daripada 550juta ringgit pada tahun 2012 kepada 640juta ringgit pada tahun 2013. Jumlah peningkatan sebanyak 105.6juta ringgit bakal disumbangkan oleh hasil premium tanah di Langkawi, Alor Setar dan Bandar Baharu, serta bayaran jualan air mentah kepada SADA dan Kerajaan Pulau Pinang".

Petikan diatas sengaja cedok dari kedahlanie kerana itu pro Pas. Memang kelihatan Gah dan ini yang dipetik oleh Sanusi sebagai Bajet Lebihan. Tetapi puak Pas lupa bahawa untuk bentangkan bajet...akar umbi kepada setiap angka perlu diperjelaskan maka keluarlah antara punca kenaikan bajet utk 2013 ialah dari jualan air kepada SADA dan Kerajaan Pulau Pinang. 

Jika bajet menipu ini dibentangkan oleh Mahfuz Omar yang menjadi Pesuruhjaya Pas Kedah ketika ini, Pakteh tak ambil pusing kerana itu memang taraf beliau. Tetapi MB Kedah pada tahun 2012 ialah orang terpelajar, mengapa harus dikaitkan dengan jualan air kepada Pulau Pinang untuk menghalalkan kenaikan lebihan bajet?. Inilah sebenarnya pembohongan oleh pasti Pas Kedah dan layak bergelar munafik.

Jualan Air kepada Pulau Pinang memang disedari oleh Pas Kedah takkan berhasil dalam jangkamasa yang singkat. BN sendiri ketika ini dibawah Datuk Paduka Mukhriz Mahathir sedang cuba membawa kerajaan Pulau Pinang ke meja rundingan, bagaimana pada tahun 2012, Pas Kedah dah war warkan hasil kutipan jika tidak berniat MENIPU?

Cukuplah untuk Pakteh ulas berkaitan bajet 2013 oleh Pas Kedah untuk menjawab wall Sanusi X Setpol kerana jika dikaitkan dengan bajet 2012, 2011, 2010....nanti terkeluar pula tentang peningkatan cukai hiburan 200% dan TERSEMBUL pula KERAJAAN YANG SEJAK BERZAMAN MENGAKU LEBIH ISLAM DARI BN TETAPI MENCAMPUR ADUKKAN HASIL CUKAI PERKARA HARAM DAN HALAL. Bayangkan jika soalan ini ditanyakan kepada tuan Imam di Kg Sungai Pau "wang kerajaan Kedah ni bercampur halal dan haram....bulih ka terima elaun dari depa?"
p/s: Kerajaan BN memisahkan wang hasil haram dan halal dan terkini...Pakteh dimaklumkan BN Kedah kini akan melaksanakan perkara yang sama.

Pakteh Kata: Cukup-cukuplah nak kaitkan dengan pentadbiran Pas Kedah....kelak yang terkeluar lebih banyak keburukan dari kebaikan.

Akhirnya: Datuk Paduka Mukhriz Mahathir (DPMM) membuat kenyataan berdasarkan kepada keyakinan kepada angka yang boleh diterjemahkan kepada realiti. Pas Kedah dari sebelum membentangkan angka, sudah berniat menipu rakyat. Jadi bagi Pakteh...komen Sanusi Kepada kenyataan DPMM sekadar mengimbas kembali kepada kemunafikan pentadbiran Pas Kedah 2008-2012.

Wednesday, September 4, 2013

Hot D' Sik..!! UMNO Sik bakal terkubur dan hancur.

Bila kerakusan menguasai diri. 
Bila ketamakan menjadi raja peribadi
Bila Kebobrokan menjadi suci
Bila hati sudah hitam tiada seri

Apa lagi nak dikata?

Pakteh sangat sukakan kedamaian dan ketenangan. Malah jika dalam peperangan sekalipun, Pakteh sangat berharap musuh melawan secara berhemah. Sebab itulah apabila menerima berita taik-taik sudah diberakkan di Sik, Pakteh tidak boleh terima. 

Sik bukanlah kawasan yang kaya, sepatutnya pemain politik Sik tidak perlu menyambut taik yang diberakkan petualang yang berimej gemilang. 

Jika sekadar menyambut saranan demokrasi, Pakteh sangat berlapang dada. Bertandinglah atas padang yang sama rata. Mengapa perlu terhutang budi dengan Petualang Gemilang untuk bertanding?. Lebih dayus apabila bekas anak buah Sang Petualang Gemilang juga turut serta memberi baiah dan restu. Politik apakah ini yang cuba dibawa ke kawasan Sik?. 

Jika perkara ini berterusan, tidak dapat tidak kerosakan yang cuba dibawa perlu dilenyapkan. Untuk minggu ini, biarlah warisan budaya melayu memukul anak menyindir menantu Pakteh gunakan. tetapi percayalah....untuk minggu-minggu berikutnya, Alang-alang menyeluk pekasam, biar satu negara tercium baunya, Alang-alang mandi, biar basah rambut yang menggurai, Alang-alang menulis, biar terburai segala kebejatan dan kelemahan yang tersimpan.

Sunday, September 1, 2013

Pasca Sidang Dun : Pas dokong Syiah

Alhamdulillah, genap seminggu Sidang DUN Kedah pasca PRU13, Pakteh melihat ada sinar untuk rakyat Kedah. Kesungguhan kedua-dua pihak kerajaan maupun pembangkang merajai hati rakyat amat terserlah malah jika ini berterusan, tidak mustahil Kedah akan kembali gemilang.

Pemilihan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir (DPMM) sebagai MB Kedah dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri tidak dapat disangkal lagi adalah pilihan terbaik ketika ini. Begitu juga di pihak Pas, meletakkan Datuk Ir Amiruddin Hamzah (DIAH)  dilihat sebagai tepat. Kedua-duanya buat masa ini Pakteh lihat mengutamakan kepentingan rakyat berbanding keuntungan politik. Setakat acah sambil siku menyiku sekali sekala itu, lumrah dalam berpolitik.

Di Pihak pembangkang, mereka mungkin terkejut dengan keazaman DPMM untama untuk menyelesaikan kemelut utama yang diperkatakan secara politik. Isu KUIN dan Syiah diutamakan dalam sidang kali ini dan memberikan ruang kepada Pas untuk berhujah. Namun akhirnya Pakteh penuh yakin dan percaya, rakyat dapat menilai hasrat murni DPMM terhadap dua isu ini.

Pihak pembangkang terutama DIAH mungkin telah telah merancang awal untuk mencari jawapan kepada penolakan Enakmen Jenayah Syariah 2013. Kultus mereka telah memutuskan untuk menolak Enakmen ini dan pakteh percaya, perbincangan mereka sejak awal memang berhasrat untuk menolak. Mana mungkin mereka boleh menerima penambahbaikan kepada jenayah syariah Kedah yang dibuat DPMM dalam masa 100 hari mentadbir Kedah sedangkan mereka ada peluang 5 tahun untuk mengubahnya.

Akhirnya.....sebulat suara mereka menolak Enakmen Jenayah Syariah 2013 dengan alasan ianya bertentangan dengan Al Quran iaitu mencuit dari sudut hukum Hudud. Terpesona seketika apabila hukum hudud menjadi asas kepada penolakan enakmen ini. Pakteh tercari-cari apakah kewajaran alasan hukum hudud digunapakai untuk menolak enakmen ini oleh Pas. Selepas seminggu, kewajaran yang boleh disabitkan dengan penolakan ini ialah semata-mata bermotifkan politik. Mengapa?. Bukankah Pas diberikan amanah untuk mentadbir Kedah selama 5 tahun dan apa yang berrlaku kepada enakmen syariah? Satu titik pun tidak berubah...

Pakteh ulang..........

SATU TITIK ATAU NOKTAH PUN TIDAK TERUSIK DALAM ENAKMEN JENAYAH SYARIAH

Jadi bagi Pakteh, Pas HILANG HAK atau TIDAK BERHAK untuk bersorak atau menyalak soal Enakmen ini tidak betul dan sebagainya.

Seperti Pakteh tuliskan tadi, tujuan sebenar penolakan ini bermotifkan politik. Pas bencikan kebaikan yang dibuat oleh DPMM dan UMNO Kedah. Mereka tidak menyangka dalam masa 100 hari mentadbir, DPMM mampu melaksanakan urusan sukar ini dengan baik.

Lebih dasyat lagi, Pakteh menemui keburukan dan kebusukan dalam Pas yang sebenarnya boleh terungkai sekiranya mereka menyokong Enakmen Jenayah Syariah 2013. Enakmen ini membuat penambahbaikan kepada pengembangan ajaran sesat. Kedah buat masa ini meletakkan syiah sebagai sesat dan wajarlah enakmen ini dikuatkuasakan. Inilah yang amat ditakuti Pas.

Pimpinan Pas dikatakan ada yang menganuti kesesatan syiah. Pengikut Pas/ahli Pas juga khabarnya ramai yang sesat dengan syiah. Apa akan jadi jika Pas menyokong DPMM dalam isu ini?. Habis bercerai berai dan bergolak Pas Kedah. Kini mereka boleh menggosok rakan syiah mereka dalam Pas kerana beralasan, "kami dah cuba tolak enakmen itu tapi kita kalah". Sangat jahat politik Pas.

Buat masa ini, penjelasan oleh Tn Haji Sanusi Md Noor, Zulkifli Yahya dan Kedahlanie sekadar mengisi ruang demokrasi dan keutuhan perbezaan pendapat namun untuk mengakui hujah mereka, amat jauh lari dari apa yang pimpinan mereka jelmakan dalam sidang Dun yang baru selesai.

p/s: Pas juga sibuk memilih pemimpin sekarang, gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk membuang segala kebusukan syiah yang ada dalam pas. Itupun kalau Pas "Berani Berubah"


Pakteh kata : Pas dan Syiah...erm....

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih