Thursday, March 8, 2012

Peringatan untuk kesekian kalinya...Sik untuk orang Sik

Ingatlah...

Sik hanya untuk orang Sik

Sama seperti Gua Musang untuk orang Gua Musang
Sama seperti Pekan hanya untuk orang Pekan

Jangan terfikir dalam PRU13 nanti untuk membuat benda yang pelik-pelik...
PakLah dah buat benda pelik-pelik ni...
Kita dah lihat natijahnya...

Jadi ingat...

Sik hanya untuk orang Sik

Pakteh faham ada sahabat jauh yang masih tercari-cari tempat untuk memberi khidmat...
Tapi jika hanya Pakteh yang faham
Jika hanya Pakteh yang memberi undi
adakah UMNO boleh menang?

jangan fikir hardcore UMNO yang apa sahaja keadaan...pangkahnya tetap pada UMNO...
tapi fikirkan akar umbo yang hanya tahu...Sik hanya untuk orang Sik...

Kalau faham sebegitu...mudah kerja semua pihak..

2 comments:

Anonymous said...

Pak Teh, apa harapan UMNO utk menang kawasan Sik dlm PRU13 nanti? Ada dak apa2 aktiviti hebat yang dah dibuat oleh UMNO Sik yang boleh buat rakyat akan undi UMNO nanti? Tak banyak berita dalam blogs yg cerita pasai kehebatan UMNO kedah, yg banyak cerita pasai Pas saja. Lebih maneh kalau BN menang di Kedah pasai UMNO hebat dari menang pasai Pas lemah.

Pakteh said...

Anon 01:40

Selepas PRU12 dan selepas pemilihan UMNO, Bhg Sik diterajui YB Datuk Mohd Tajuddin Abdullah sbg Ketua UMNO Bhg dan timbalannya Dr Mansur.

Kedua-dua tokoh ini terutamanya YB Datuk Tajuddin sejak zaman pemudanya sentiasa berada digarisan hadapan/akar umbi. Faktor ini memberi kelebihan kepada UMNO Sik apabila beliau diangkat sebagai ketua.

Program UMNO Sik sepanjang pengetahuan Pakteh sentiasa berjalan melalui ketiga-tiga cabang. Jika nak dilihat perbezaan sebelum PRU12 dengan ketika ini sebelum PRU13, pasti ada banyak bezanya.

Pakteh percaya sedikit sebanyak kemenangan UMNO dalam PRU13 bukan kerana kelemahan Pas semata-mata tetapi kekuatan UMNO yang meresapi segenap urat nadi ahlinya yang tidak sabar-sabar lagi turun mengundi menjatuhkan pemerintahan bercelaru Pas Kedah.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih