Tuesday, March 27, 2012

Warga Felda marah bebeno dengan Mazlan Aliman dan Pas


  Mak menakan Pakteh orang Felda..
Makna kata sepupu Pakteh dok di Felda..
Maknanya jugak...Pakteh pernah pi ke Felda
Maknanya lagi.....Pakteh dengaq la jugak pasai Felda...


Sedikit pendahuluan dari Pakteh

Khusus untuk generasi pertama dulu

Diawal rancangan Tanah Felda ini dibuka, bagaimana perasaan anda apabila nama dipilih dan diterima sebagai Peneroka Felda?. Seronok...Pakteh pasti itu perasaannya kerana kehidupan pada zaman itu amat dhaif dan miskin. Kais pagi makan pagi dan kadangkala asyik mengais tapi langsung tak dapat makan. Melalui Rancangan Felda ini, Peneroka disediakan tanah dan rumah serta kemudahan asas yang baik berbanding di kampung.

Dewan, Sekolah dan segala kemudahan ini tidak mungkin dapat dinikmati jika masih menetap dikampung asal. Bukan sedikit rakan sekampung yang cemburu dengan peneroka Felda. Apa kelebihan dan apa istimewanya mereka yang dipilih berbanding orang lain?.

Selepas lebih 30 tahun, Generasi Pertama Felda tentu dapat melihat begitu hebatnya kejayaan Felda dan segala prasarana yang gah berada di tempat mereka. Rakan-rakan dari kampung asal masih seperti dulu, terpaksa menjadi kuli dan berharap simpati.

250 ribu penghuni Felda beruntung kerana mereka insan terpilih.
Dari 28 juta rakyat Malaysia, penduduk Felda mengecap sejuta kenikmatan dan kasih sayang pemerintah.

Bolehkah penduduk kampung lain yang tidak dipilih mengecap nikmat sebegitu?

Tidak mungkin........rakyat Malaysia 27 juta, hanya segelintir mampu merasainya

Fikir kembali berapa kampung ada padang bola?
Ingat kembali berapa kampung ada klinik kesihatan?
Apakah semua kampung ada dewan besar untuk aktiviti?
Apakah setiap aktiviti begitu kemas tersusun?

Tidak? rakyat Malaysia yang lain terpaksa bertungkus lumus berdiri atas kaki sendiri untuk terus hidup dan membesarkan anak-anak.

Apakah tidak ada perasaan cemburu dihati rakyat Malaysia yang lain apabila melihat anak penoraka Felda mempunyai segala kemudahan asas sedangkan anak kampung lain sekadar mampu menyepak bola di bendang kering?

Disaat peneroka Felda menikmati hasil jualan kelapa sawit dan getah, penduduk kampung di luar sana masih ramai yang tidak memiliki tanah.

Khas untuk generasi Kedua
Pakteh dengar ramai yang mintak tanah Felda diserahkan kepada generasi kedua.

Pakteh kata.......jika bapak hang aku dah tulung......agak-agak la sama....takkan hang pun aku nak huluq....
Maksudnya.....Kerajaan melalui Felda telah memberikan segala-galanya kepada peneroka....G2 harus ingat, bukan mereka sahaja rakyat Malaysia......ada ramai lagi yang tidak dibantu sebegitu hebat. Bapak anda telah dibantu sehingga jadi seperti hari ini, fikirkan nasib bapak orang lain yang susak sejak dulu......jangan menjadi terlalu tamak.

Ada G2 yang pertikai salahkan Felda kerana tidak ada tanah....

Mai Pakteh habaq.....tok nenek keturunan Pakteh dulu banyak tanah jugak di Lubok Mahang....tapi demi kepentingan umum...tanah tu diambil oleh kerajaan untuk buat empangan......jadilah Empangan Muda. berkelanalah segala cucu cicit anak pinak ke Nami, Danglau, Belantik, Gulau, Kota Aur dan yang agak jauh Kampung Namek, Kg Sadu, dan ada jugak ke Banggol Derdap.

Apakah cucu cicit kumpulan ini menuntut supaya kerajaan memberikan tanah untuk G2 dan G3?...tidak..!!

Akhirnya.......Pakteh amat faham kumpulan yang lupa diri ini hanya segelintir dan tidak menjadi kudis kepada pemerintah jika ditangani dengan baik.

Majoriti peneroka amat marah dan benci dengan gelagat Mazlan Aliman dan Pakteh percaya......pembawaan Mazlan Aliman dan strategi Anwar di Felda akan memakan diri kerana dapatan Pakteh menunjukkan.....Peneroka amat menyokong setiap tindakan yang dibuat oleh kerajaan. Kumpulan Mazlan Aliman ini dianggap pengkhianat.

Pas akan tewas teruk di Felda dek isu bodoh yang dibawa. Apatah lagi kegagalan mesyuarat KPF baru-baru ini berpunca dari busuk hati puak ini. Peneroka amat tertunggu-tunggu durian runtuh namun dibantutkan oleh Mazlan Aliman..........Ingat....peneroka Felda sukar memaafkan Pas/Anwar kerana mengganggu gugat keharmonian hidup mereka.

1 comment:

Anonymous said...

PKR=UMNO Reject

Sudah la mazlan wei. Kawan dgn geng2 reject mmg jd BODO mcm depa juga la.

Jom kita pakat sama-sama laungkan PKR adalah UMNO reject.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih