Tuesday, March 13, 2012

Calon-calonnya....eh eh..sudah keluar nama?

Beberapa hari lalu, PKR @ PR seperti sudah amat bersedia untuk menghadapi PRU13. Senarai calon sudah ada malah jika esok hari penamaan calon, khabarnya PR tidak ada masalah untuk memberi senarai nama. Tahniah dari Pakteh kerana berjaya membuktikan lagi bahawa PR memang pakar dalam memutar belit keadaan. Siapa boleh menyangkal senarai akhir yang sehebat manapun calon tertentu, suhu politik saat akhir tetap akan menentukan faktor calon.

Semalam, bukan beberapa hari yang lalu.....mesej dari sana dan sini, perkhabaran dari luar dan dalam, berita dari jauh dan dekat memberi maklumat yang sama.....UMNO Kedah juga dah ada senarai calon. Bagi Pakteh perkhabaran sebegini adalah rencah menyedapkan lagi rasa bahang PRU13 dan bagi calon-calon yang ditakrif winnable candicate, mereka tidak perlu gusar memikirkan apakah nama mereka tersenarai atau tidak kerana penanda aras yang digunapakai oleh DS Najib mempunyai standard yang tinggi.

Saranan Pakteh, abaikan maklumat sebegini kerana nama calon biasanya ditentukan melalui sepakan penalti. Ini bermakna hanya yang benar-benar berkualiti akan terpilih. Pakteh tidak fikir DS Najib mengguna pakai kaedah Paklah yang meletakkan individu sekelilingnya walaupun kebarangkalian untuk menang adalah rendah. Jika dilihat kepada kemunculan Raja Nong Chik dan Ahmad Maslan, Pakteh pasti DS Najib mempunyai barisan pemimpin yang sudah tersedia didalam fikirannya.

Sehubungan itu, ada baiknya UMNO Kedah membuang ketepi mesej-mesej sebegini yang mungkin benar tetapi memberi natijah yang tidak elok kepada pergerakan parti. UMNO Kedah mungkin tidak menerima tempias tetapi individu yang berharap akan mempunyai sedikit kegusaran. Buat masa ini, apa sahaja maklumat amat sensitif malah jika dibawa berita " Penebang buluh @ Pakteh akan diangkat sebagai calon di DUN **** dan dijangka akan dilantik sebagai MB Kedah" , Pasti individu-individu ini akan terkejut dan percaya secara melulu.                        

Sebenarnya UMNO Kedah kini dalam keadaan terbaik jika dibandingkan 4 tahun dahulu. Pakteh boleh jamin bila-bila masa pun, Pas Kedah boleh ditewaskan kerana buat masa ini, Pas Kedah lebih tertumpu kepada usaha mengaut hasil rampasan sebanyak mungkin, Pas Kedah kini tidak lagi memikirkan usaha untuk terus memerintah Kedah tetapi segenap kudrat hanya memikirkan harta yang boleh dicilok sebelum kecundang.

Buang jauh-jauh maklumat sebegini malah matlamatnya jelas......merencatkan jentera UMNO Kedah....

Betoika senarai calon Pas pun nak kena dapat kelulusan Anwar Ibrahim?

1 comment:

Chepir Boy said...

UMNO Sik ni masih tahap jaguh kampung.Nak hadapi pengundi heavyweight PRU 13 nanti.

Alam syok sendiri belum tamat.

Cuba anda semua beri 5 sebab yg UMNO boleh perintah Kedah selepas PRU 13 nanti.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih