Tuesday, March 20, 2012

Anwar Berzina...Pas derita: Cerita jalan belakang

Bukan sahaja rakyat Malaysia melihat perlakuan Zina Anwar tetapi seluruh dunia. Dari Singapura hinggakan sejauh Afrika, Amerika malah mungkin ada dari Antartika menonton aksi zina Anwar dengan leka. Setahun berlalu, Anwar masih tetap dengan jawatannya sebagai Ketua Umum PKR dan dengan tidak malunya masih memegang jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen atas ehsan DAP. Apa pas buat?

Zina Anwar dengan seorang perempuan China masih memerlukan penyelesaian yang pasti dan harapnya tidak berbangkit lagi soal zina ini selepas penyelesaian tersebut. Kerisauan yang timbul ialah kes Anwar berzina ini menjejaskan imej Malaysia sebagai negara Islam contoh. Malu untuk memikirkan bagaimana sebuah negara Islam contoh boleh memberi peluang kepada seorang penzina menawarkan diri untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar mungkin mendakwa dirinya difitnah, lantaran itu langkah terbaik ialan menyeret individu atau kumpulan yang membuat fitnah ini kemuka pengadilan. Pas sebagai parti yang sejak awal penubuhannya mendakwa sebagai parti Islam perlu lebih peka dan membuat penawaran penyelesaian kepada pihak Anwar. Pas perlu memainkan peranan yang lebih aktif dan bukan sekadar membuat kenyataan video sekadar besi melalui Presidennya. Sekiranya kes Anwar berzina ini dibiarkan berlanjutan, Pas akan terpalit sebagai parti yang merestui perzinaan. Apakah Presiden parti Pas tidak sedar hakikat ini dan natijahnya selepas setahun perlakuan zina ini berlaku, ramai kalangan ahli parti hilang kepercayaan kepada Parti Pas.

Sekiranya tindakan saman tidak diambil, Anwar masih boleh membuat pembersihan keatas dirinya melalui ujian keatas ketulenan video terbabit. Anwar yang sering mendakwa terkenal seantero dunia dan sering pula menunjuk-nunjuk hubungannya dengan kuasa asing, pasti mempunyai sekutu yang mampu membuat ujian pengesahan. Jika hasil ujian terbukti Anwar bukan pelaku kepada aksi zina terbabit, keluarkan diri segera dari fitnah tersebut. Pas juga selaku ahli kumpulan haram PR boleh bertindak aktif membantu membuat ujian melalui cerdik pandai mereka namun perlulah memberi keyakinan kepada Tuan Presiden Parti bahawa video bukan lagi sekadar besi buruk tetapi mampu menceritakan setiap kejadian dan peristiwa yang dirakam.

Aksi perlakuan zina antara Anwar dan perempuan china di rakam mungkin sukar dibuktikan melalui 4 saksi. Pas sebagai parti yang mendakwa lebih Islam dari parti lain perlu memberi tunjuk ajar kepada Anwar bagaimana untuk menangani keadaan sebegini. Pihak yang mendedahkan perlakuan zina Anwar telah mengambil pendekatan bersumpah laknat, dan ini perlu dibuat oleh Anwar. Pas perlu memberi tekanan kepada Anwar agar bersumpah laknat. Masa yang diberikan lebih setahun untuk Anwar bersumpah memberi bukti seolah-olah 100% penzina itu Anwar. Harus diingat kajian oleh pakar membuktikan 99.99% penzina dalam video yang didedah adalah Anwar. Jangan salahkan tri Datuk T kerana mereka bersumpah untuk melaknat diri mereka jika mereka berbohong. Mereka tidak bersumpah untuk melaknat Anwar. Pas amat sedar akan hal ini dan sehingga hari ini, Pas masih terikat dan terbelenggu dengan kefasikan dan kemunafikan apabila melibatkan puak sendiri.

Sehingga hari ini, 20 Mac 2012, Pas masih takut untuk bangkit menyalahkan Anwar secara terang-terangan walaupun batin Pas mengakui Anwar memang berzina dengan perempuan China. Pas lebih sanggup kehilangan Dr Hassan Ali dari meragui perzinaan Anwar secara terbuka. Sudah sampai masanya Pas memikirkan semula hubungan mereka dengan PKR terutamanya Ketua Umum PKR yang sering berzina dan akhirnya terjerat dengan aksi zina bersama perempuan China. Pas perlu membuktikan mereka menolak perzinaan dan hanya dengan membuang Anwar Ibrahim dari kamus Pas, ahli parti akan kembali menyakini Pas.

Kata orang, sedapnya Anwar, sakitnya Pas

4 comments:

Anonymous said...

Salam Pak teh...nampak ada perubahan lepas pak teh balik dr over c ni, segar juga udara luar ni pak teh.....kah,,,,,kah....kah......

Pakteh said...

hehehehe...besa la.....benda luaq ni baguihhh...

Anonymous said...

salam pakteh, baguihhh lagu mana tu pakteh?

Pakteh said...

Anon:

Kalau orang baik....cari barang luaq yang baik2..bawak balik...baguih la...

Kalau orang tak baik....dapat benda luaq.....baguih jugak...tapi kesannya kerosakan la....

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih