Wednesday, May 25, 2011

susu 1Malaysia guna LOGO HALAL yang tidak SAH?


pakteh selalu ajar anak pakteh agar membeli makanan yang mempunyai logo halal JAKIM. minggu ini anak2 pakteh menerima susu 1Malaysia yang diedarkan di sekolah, memang mereka gembira namun apabila mereka mempertikai HALAL logo yang digunakan iaitu LOGO HALAL yang tidak diiktiraf JAKIM, maka sukar untuk pakteh memberikan jawapan yang sesuai kerana ianya diedarkan oleh pengedar yang dilantik oleh kerajaan.

Susu keluaran KOREA ini jika dijual di pasaran luar, sudah pasti amat-amat tidak laku kerana logo halalnya seperti logo halal makanan ringan keluaran dari cina.

Wajarkah keadaan ini berlaku?.....Halalkah susu yang diminum? (lihat logo halal yang digunakan)....logo ini ditakrif logo halal yang tidak sah.....

apa kata Menteri bertanggungjawab?

2 comments:

Anonymous said...

nak tanya menteri mana? Menteri Kesihatan Kata Halal sebab dia cina mana tahu. Jakim? entah le...Jabatan agama...agama mana..kan kat malaysia ni banyak agama.

Pakteh said...

Anon
Malaysia banyak agama tetapi Jika JAKIM, maksud sepenuhnya bukan sekadar Jabatan Agama sahaja tetapi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan perkara ini tidak perlu dipersoalkan...

Tujuan utama pakteh mengutarakan isu ini adalah agar pihak2 yang berkaitan membuat penambahbaikan. matlamat agihan susu 1Malaysia itu amat murni...cuma kita berikan sebarang kelemahan yang ada diperbetulkan.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih