Wednesday, May 11, 2011
Mesti bacaaa...!!! Dua pemimpin ABIM bertemu..!!! Dr. Yusri belasah Anwar...!!!
Kalau sebelum ini kita disajikan dengan gelagat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering bertengkar dengan para wartawan yang akhirnya Ketua Umum PKR itu akan menggunakan hujah agama untuk mempertahankan dirinya, namun berlainan sekali gelagatnya ketika berhujah dengan Dr Yusri Mohamad, bekas Presiden ABIM yang ke-enam.
Dalam pertemuan tertutup sahabat-sahabat ABIM di rumah Profesor Osman Bakar, Jalan Sri Tasik Timur, Perdana Lakeview, Cyberjaya yang dihadiri kira-kira 130 orang itu, Anwar dilihat gagal mematahkan hujah-hujah Dr Yusri berkaitan dengan isu nilai persahabatan, pluralisme agama, agenda tersembunyi IKD, Lina Joy dan Hindraf.
Ketika mengulas ucapan pendahuluan Anwar yang kecewa sahabat-sahabatnya menegurnya dari belakang, tanpa berdepan dengannya sendiri, khususnya berkaitan dengan penganjuran Wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama & Pemurtadan Ummah, Dr Yusri berkata :
“Datuk Seri pun menyerang. Dan kami pun mendengar komen-komen Datuk Seri di belakang kami.
“Kalau kita nak bercakap tentang persahabatan, adakah Datuk Seri yakin bahawa track record persahabatan Datuk Seri dengan jemaah ABIM ini seratus peratus cemerlang?
“Saya bekas pimpinan ABIM. Saya pernah berada dalam mesyuarat-mesyuarat dalaman ABIM, shura ABIM. Track record awak (apabila) bercakap berkenaan persahabatan, kita boleh bahas lagi, Datuk Seri.
“Jangan terus bila bercakap persahabatan, seolah-olah Datuk Seri tidak pernah membuat kesalahan sebelum ini”, katanya.
Anwar tidak mampu menyangkal hujah bekas Presiden ABIM ke-enam itu dan akur dengan teguran-tegurannya.
Anwar merupakan bekas Presiden ABIM kedua, sewajarnya sebagai bekas Presiden ABIM, tumpuan sepenuhnya diberikan kepada golongan ABIM sama ada ketika berkuasa atau pembentukan parti Keadilan dan PKR, namun Dr Yusri menunjukkan fakta yang sebaliknya.
“Datuk Seri, setakat mana Datuk Seri membuka inner circle awak kepada orang-orang ABIM termasuk dalam soal agama.
“Dan seolah-olah kami… tak ada hak langsung. Itu satu point, yang saya rasa penting kalau kita bercakap tentang persahabatan”, katanya.
Fitnah Jahat
Dr Yusri yang menjadi Presiden ABIM selama dua penggal berturut-turut bermula pada tahun 2005 turut menjawab dakwaan Anwar yang menuduh sahabat-sahabatnya telah memfitnahnya dengan mendakwa agendanya sama dengan lingkaran Jaringan Islam Liberal (JIL), pimpinan Ulil Abshar Abdalla, dari Indonesia.
Menurut Yusri, pihaknya tidak menuduh Anwar sama seperti JIL dan gerakan Ulil Absha Abdala Indonesia. Katanya, itu hanya penafsiran yang dilakukan oleh Anwar sendiri.
“Dan kalau Datuk Seri kata fitnah jahat kaitkan Jaringan Islam Liberal.
“Ayat tu, kita tak pernah kata Datuk seri sebahagian, baca balik ayat-ayat tu secara…belum sempat Yusri meneruskan hujahnya terus disampuk Anwar, “hampir-hampir (lah)
“Baca balik ayat-ayat secara tepat”, kata Yusri.
Berkaitan dengan tuduhan fitnah jahat, Yusri turut menemplak kritikan-kritikan Anwar dari belakang yang menuduh pihaknya dengan tuduhan yang tidak berasas.
“Sampai tentang soal digunakan..menggunakan Utusan (Malaysia), (tuduhan) nak masuk UMNO.
“Benda ni sampai juga kat kita. Kita pun ada kawan-kawan juga yang menyampaikan.
“Kenapa kalau kita ni, sahabat-sahabat mengkritik, … tak kisahlah terbuka ke tak terbuka ke, tentang dorongannya..motivasi, terus dipertikaikan (sebagai) ada kepentingan.
“Adakah itu (bukan) fitnah ? Saya boleh katakan fitnah yang jahat juga. Saya rasa (kita) kena adil (dalam soal ini)”, katanya.
Bukan Soal Ucapan Anwar di LSE
Berkenaan dengan pluralisme agama, Yusri berkata bukan soal ucapan Anwar di LSE yang bertajuk “Religion and Pluralisme in a Divided World” tetapi tetapi ucapan-ucapan lain di New York dan India juga mempunyai kecenderungan yang sama.
“Ini bukan soal satu ucapan (di LSE sahaja). Satu (di) LSE…New York…India…”katanya.
Yusri juga turut menyentuh nama Zaidi dari Kota Bharu yang disebut oleh Anwar dalam ucapan pembukaannya individu yang didakwa individu yang bertanggungjawab memintanya menarik balik ucapannya di LSE yang disiarkan di blognya.
Dakwa Anwar, Zaidi suruh tarik balik bukan kerana ucapan itu membawa fahaman pluralisme agama, tetapi dibimbangi orang ramai salah faham.
Namun menurut Yusri, beliau lebih mengenali Zaidi jika dibandingkan dengan Anwar, kerana mereka sama-sama berasal dari Kelantan.
“Saya kenal Zaidi Hassan. Zaidi Hassan adalah, saya lebih rapat dengan Zaidi Hassan saya rasa berbanding Datuk Seri.
“Saya memang selalu ke rumah dia. Dia memang konsisten bab pluralisme ini, memang dan bab agamalah secara keseluruhan”, katanya.
Sekali lagi Yusri menegaskan bukan soal satu ucapan Anwar di LSE yang dipertikaikan, tetapi pemahaman Ketua Umum PKR itu terhadap world view Islam dilihat bermasalah.
“Ini bukan soal satu ucapan, ini bukan satu isu, ini bukan soal pluralisme agama sahaja.
“Pemahaman awak tentang agama, bermasalah. Dengan Mahmud Mazdud.. Dengan Khalid Jaafar”, katanya.
Yusri menyebut nama Mahmud Al-Majzub kerana Penasihat PKR itu dilihat intim dengan tokoh agama yang difatwakan menyeleweng akidah Islamnya oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor pada tahun 1995. Gazzet fatwa penyelewengan aqidah tokoh itu dilakukan Mufti Selangor, Datuk Dato’ Haji Ishak Bin Haji Baharom (almarhum).
Ia difatwakan dibawah nama ajaran Aurad Ismailiah yang telah disenaraikan dalam “AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN” (nombor 45: Tarikat Aurad Ismailiah).
Khalid Jaafar & Agenda IKD
Yusri turut mengulas lanjut berkenaan Khalid Jaafar yang menggunakan IKD untuk menerbitkan buku-buku berkaitan Islam Liberal yang memuatkan tulisan-tulisan John Hick dan Asghar Ali Engineer, seorang tokoh Islam yang diragui akidahnya dari India.
Sudah menjadi pengetahuan umum, IKD merupakan badan pemikir Anwar yang ditubuhkan sejak dari tahun 1984, dengan tajaan dari sebuah yayasan Kristian Jerman yang dinamakan Konrad Adrenuer Foundation (KAF).
“Bab buku Islam pluralisme, dalam ni ada artikel John Hick. Asghaar Ali Engineer. Berapa banyak lagi buku-buku…” belum sempat Yusri menghabiskan hujahnya, Anwar mencelah menafikan pembabitannya.
“Itu (kena) serang Khalid Jaafar, jangan campur (dengan) saya. Kena rujuk (kepada) Khalid, buat apa kaitkan (dengan) saya kalau Khalid (yang) buat”, kata Anwar.
Yusri terkejut dengan penafian Anwar itu kerana IKD merupakan badan pemikirnya, dan Khalid Jaafar merupakan pekerjanya.
“Takkan Datuk Seri nak dakwa yang Datuk Seri tak tahu segala benda-benda ini, segala benda yang Khalid Jaafar (buat)”, soal Yusri, dibalas spontan Anwar, “Tidak…tidak semestinya”.
Mendengar jawapan itu, Yusri memulangkan paku buah keras kepada Anwar.
“Itu adalah kesalahan awak. Awak sepatutnya mengambil tanggungjawab itu. Dia (Khalid) menggunakan IKD. Takkan IKD, Datuk Seri tak tahu apa yang berlaku”, soal Yusri yang tidak mampu lagi dijawab Anwar.
Sumber: AIDC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Edisi WAJIB baca
-
Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tida...
-
Sik ada satu nama yang unik. Orang luar mungkin tertanya-tanya dari mana datangnya istilah/perkataan/nama SIK? Mengikut Dato' Wan Azmi ...
-
bukan... bukan kerana Tuanku Sultan akan bertakhta di Sik....bukan Jika diikutkan salasilah kesultanan Kedah sejak 1000 tahun dahulu....Beb...
-
Paku dulang paku serpih = Anwar contoh ayat: Perangai abu yg asyik menuduh orang adalah seperti Anwar Melepas anjing tersepit = Anwar contoh...
-
Pakteh tidak menafikan Pakteh menonton berkali-kali video seks yang menunjukkan lelaki yang 99.9999% menyerupai Anwar menghenyak seorang pel...
-
Muda-Mudi dalam PKR......hanya ini dapat Pakteh hadiahkan untuk anda. Moga-moga perangai terkutuk Anwar yang suka BERZINA tidak mempe...
-
KENYATAAN MEDIA YAB DATO' PADUKA HJ MUKHRIZ MAHATHIR MENTERI BESAR KEDAH DARULAMAN Jumlah sambutan Himpunan Black ...
-
Semua orang tuduh Eskay yg curi2 rakam video china doll sedang berjuang... tapi salah sebenarnya kerana bukti menunjukkan individu yang sama...
-
Sejak 2005, Pakteh cuba membaca apa yang cuba disampaikan oleh Ezam. Bukan Pakteh menyokong Ezam tetapi sebagai seorang pemimpin muda yang ...
-
Kasihan Pakteh dengan Menteri yang jaga Parlimen.....terpaksa ikat perut kerana gaji +-RM6000 ja. Klau orang tanya Pakteh...agak2 kami ...
Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih
No comments:
Post a Comment