Seperti yang diwar-warkan beberapa bulan yang lalu, kemungkinan Sinar Harian akan menjadi lidah tidak rasmi PR perlu dilihat secara serius. Selepas pengumuman bajet kerajaan Selangor untuk menaikkan imej mereka melalui media dan kunjungan hormat DSAI ke sebuah agensi media baru2 ini, para blogger mula memikirkan Sinar Harian akan bertukar wadah. Pakteh cuba menilai setiap berita yang dipaparkan dan pakteh semakin yakin bahawa Sinar Harian sudah tidak sesuai dilanggan sebagai akhbar picisan harian biasa tetapi mungkin harus ditafsir akhbar harian yang berorientasikan Pakatan Rakyat terutamanya PKR (dibaca parti Anwar).
Oleh itu, kepada penggemar Sinar Harian, mungkin bolehlah mula memikirkan akhbar lain yang tidak menyuntik secara halus dakyah PR kepada minda anda.
3 comments:
Kekadang mcm h ARAK ah pun ada. Banyak sgt aktiviti pas yang disajikan. x payah beli lagi baik
Anon 06:31
Pakteh antara yang tertarik dengan konsep Sinar Harian dimana laporan dari setiap daerah dipaparkan namun kini, semakin ketara arah sokongan politiknya dan pakteh percaya, akhirnya akhbar ini akan menjadi seperti beberapa akhbar yang sudah tidak lagi bernyawa.
Kepada YB samada MP atau ADUN, berhentikanlah dari menggunakan khidmat wartawan akhbar ini sebelum terlambat.
sebagai yg masih lagi meminati akhbar sinar harian, harap komen ini menjadi pemangkin agar sinar harian meningkatkan prestasinya serta mengubah apa yg patut...
Post a Comment