Wednesday, September 8, 2010

Lagi bukti Sinar menjadi suara PR

INI BERITA YANG PAKTEH MAKSUDKAN
--------------------------------
dIPETIK DARI SINI
Hassan hadiahkan MB sejadah

PENDANG – Hasrat seorang warga emas di Kampung Batu 16 di sini untuk bertemu Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akhirnya tercapai.

Hassan Endut, 83, yang juga merupakan seorang veteran Pas kini uzur disebabkan faktor usia yang semakin meningkat dan menghidap beberapa penyakit iaitu kencing manis, masalah pernafasan serta darah tinggi. Dia juga baru selesai menjalani pembedahan kerana mengalami masalah paru-paru berair.

Hassan yang teruja dengan kunjungan itu juga bersiap sedia menanti ketibaan Azizan yang dijangka mengunjungi rumahnya itu kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

Warga emas itu juga sibuk membuat persiapan dari segi komunikasi untuk bertemu dengan Azizan agar tidak tersasul ketika berbual bagi menceritakan mengenai dirinya dan perjuangannya dalam parti politik itu.

Hassan berkata, dia gembira kerana keinginannya yang disuarakan melalui Sinar Harian mendapat perhatian MB yang sudi meluangkan masa melawatnya bagi memenuhi hasratnya itu.

“Saya berkeinginan untuk bertemu Azizan sejak negeri ini ditadbirkan beliau kerana selama ini saya hanya mendengar cerita mengenai kebaikannya daripada rakan yang melawat saya.

“Saya sentiasa berdoa agar hasrat saya untuk bertemu beliau tercapai sebelum saya mati memandangkan usia saya semakin meningkat dan saya tidak sangka doa saya dimakbulkan Allah dan hari ini (kelmarin) saya gembira dan lega dapat berjumpa beliau,” katanya.

Hassan berkata, dia berusaha pelbagai cara untuk berjumpa dengan menteri besar itu sehingga merancang untuk meminta anak membawanya ke pejabat menteri besar.

Anaknya, Hasnah Hassan, 51, turut gembira atas kunjungan Azizan yang sudi melawat ke rumahnya bagi memenuhi hasrat ayahnya itu.

“Setiap masa ayah memberitahu saya dan adik-beradik lain bahawa dia ingin berjumpa MB Kedah namun, saya tidak tahu bagaimana untuk menyampaikan hasrat ayah itu sehinggalah dia bertemu skuad Sinar Harian.

“Ayah tidak memaklumkan bahawa dia ingin meluahkan hasratnya itu melalui akhbar dan terkejut setelah dimaklumkan mengenai laporan itu,” katanya.

Hasnah berkata, dia bimbang hasrat bapanya bertemu MB tidak kesampaian memandangkan malam sebelum kunjungan itu dia sesak nafas dan keadaannya sangat tenat.

Azizan yang meluangkan masa hampir 30 minit di situ gembira kerana dapat memenuhi hasrat veteran Pas itu walaupun jadualnya padat .

Beliau menghargai perjuangan Hassan yang merupakan pejuang awal Pas walaupun dimaklumkan Hassan tidak mampu berkempen disebabkan faktor usianya.

“Saya memaklumkan kepada Hassan agar tidak berkempen memandangkan faktor usianya sudah meningkat usia dan biarlah pemimpin pas dan ahli memperjuangkan parti ini.

“Hassan juga memaklumkan kepada saya bahawa dia akan sentiasa berdoa agar Pas akan terus mentadbir negeri ini dan meminta saya mentadbir dengan baik,” katanya.

Azizan terharu dengan hadiah kain sejadah yang diberikan Hassan dan sebagai balasan akan sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan veteran itu.

Azizan turut memberi sumbangan wang tunai ketika kunjungan itu dan terus berangkat bagi menghadiri Majlis Sumbangan dan Berbuka Puasa di Masjid Sultanah Aminah Tanjung Radin Pendang.
--------------------
Pakteh bersyukur MB sudi datang dan En. Hassan dapat memenuhi hasrat berjumpa MB. Apa yang pakteh nak sampaikan ialah segala yang berlaku hasil laporan Sinar Harian. Memang perkara ini membawa kebaikkan dan pakteh memuji langkah skuad ini dalam isu Encik Hassan cuma memberikan lagi keyakinan kepada pakteh bahawa kecenderungan Sihar Harian kini memang kepada PR.

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih