Monday, November 2, 2009

Konspirasi Anwar terhadap Dr. Asri

Assalamualaikum..
Bukan menuduh tetapi fikirkan...
Secara tiba-tiba nama-nama yang tidak disukai Husam Musa (dibaca Anwar) terpacul dari mulut Ni Aziz. Terkejut semua orang termasuk Najib dan Muhyiddin kerana ingatkan isu dah selesai. Selepas bermesyuarat (bukan EGM), diputuskan Pas Selangor akan disiasat (sebut terus terang..Hassan Ali).
Puncanya isu SELCAT, ARAK, KUIL (katakan saja Hassan Ali menentang DAP n PKR bukan Islam).
Selang beberapa hari YB Badrul keluar PKR dan ini bukan isunya kerana pakteh percaya, Anwar mengetahui 100% bahawa YB ini akan keluar dari PKR dan mustahil untuk meletak jawatan seperti yang diinginkan. Setakat itu, segalanya masih dalam kehendak Anwar.
Tetapi siapa boleh terfikir betapa liciknya Anwar?. Fikirkan secara tidak semena-mena JAIS menangkap mantan mufti Perlis. Jangan melihat JAIS sebagai badan pelaksana sahaja tetapi lihat siapa yang bertanggungjawab kepada JAIS...bukankah Hassan Ali....Nah..!..disinilah kelicikan Anwar..siapapun tidak akan terfikir untuk melakukan sebegini melainkan Anwar.
Apakah kehadiran 2 YB PKR itu tidak termasuk dalam perancangan Anwar?
Semuanya seperti sudah tersedia dan yang pasti...Hassan Ali akan sibuk menjawab itu dan ini dan lebih mudah untuk dipersalahkan nanti. Dr Asri pula sekadar kambing hitam yang digunakan untuk membunuh Hassan Ali. Niat ikhlas mantan mufti ini akhirnya dipergunakan oleh Anwar dan mungkin selepas ini, Dr. Asri perlu berfikir 10 kali sebelum menerima jemputan ceramah oleh PKR dan Pas.
Atau sudah sampai masanya Dr. Asri memilih salah satu pihak samada Pas atau UMNO namun jika itu yang ingin dilakukan, pakteh antara yang bersedih kerana lihatlah apa terjadi kepada ilmuan Islam Harun Din, Ismail Kamus, Badrul Amin, Nik Aziz, Nakhaie, Hamid Othman, Taib Azamudin, Hj Hadi, Nasarudin atau pejuang masyarakat seperti Shahnon yang apabila terjerumus kedalam kancah politik, pandangan mereka hanyalah menjadi pandangan politik semata-mata.
p/s: Berharap Dr. Asri tabah dan kekalkan pendirian untuk tidak menyebelahi mana-mana parti. pasti suara anda lebih didengari.

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih