Tuesday, November 3, 2009

Tauliah berceramah

Dr. Asri, mantan mufti perlis yang juga seorang pensyarah di USM ditahan kerana tidak mempunyai tauliah untuk berceramah di Selangor. Mengikut kenyataan pengarah JAIS petang semalam, penahanan itu adalah hasil aduan sejak beberapa tahun ( 2 ke tiga tahun?). Terfikirkah kenyataan ini membuktikan kenyataan mantan mufti bahawa Selangor tidak memberikan tauliah walaupun semasa beliau seorang Mufti.
Mengapa sedemikian rupa yang terjadi kepada sebuah badan yang diamanahkan untuk menjaga hal Agama Islam?. Bukankah perbezaan pendapat itu dibenarkan dalam Islam?.
Apa yang pakteh fikir kini....Bagaimana dengan ustaz2 pas yang berlambak2 berceramah agama di Selangor? Ustaz Mahfuz ada tauliah tak? bagaimana dengan Tn. Guru Ustaz Mat Sabu?
Bukankah sering ditunjukkan juga Anwar memberikan kuliah/tazkirah malah mungkinkah semua yang bergelar ustaz dalam Pas itu mempunyai tauliah utk berceramah di Selangor?.
Bagaimana ustaz Akhil Hay si rock kapak yang tinggal bini kawin artis tu? ada tauliah tak? atau mamat ni memang tak pernah ceramah di Selangor?
Banyak lagi persoalan yang timbul....bagaimana dengan gerakan jemaah tablig yang memberikan kuliah/tazkirah agama di masjid2 selepas Magrib...?
Bukankah Islam itu agama yang lembut...mengapa pendekatan yang digunakan seperti ingin memalukan seseorang. Mengapa tidak digunakan cara yang lebih berhemah dan lebih dipandang mulia...Mungkin jika wakil JAIS datang berpakaian biasa dan masuk ke rumah serta membisikkan/menyampaikan mesej/memberikan nota bahawa Ustaz Asri takdak tauliah, perkara seperti ini dapat dielakkan.
p/s: Mungkinkah agendanya lain sehingga kemunculan 2 ADUN PKR masih menjadi persoalan tentang penglibatan tangan2 dibelakang isu ini...Betoika?

Monday, November 2, 2009

Konspirasi Anwar terhadap Dr. Asri

Assalamualaikum..
Bukan menuduh tetapi fikirkan...
Secara tiba-tiba nama-nama yang tidak disukai Husam Musa (dibaca Anwar) terpacul dari mulut Ni Aziz. Terkejut semua orang termasuk Najib dan Muhyiddin kerana ingatkan isu dah selesai. Selepas bermesyuarat (bukan EGM), diputuskan Pas Selangor akan disiasat (sebut terus terang..Hassan Ali).
Puncanya isu SELCAT, ARAK, KUIL (katakan saja Hassan Ali menentang DAP n PKR bukan Islam).
Selang beberapa hari YB Badrul keluar PKR dan ini bukan isunya kerana pakteh percaya, Anwar mengetahui 100% bahawa YB ini akan keluar dari PKR dan mustahil untuk meletak jawatan seperti yang diinginkan. Setakat itu, segalanya masih dalam kehendak Anwar.
Tetapi siapa boleh terfikir betapa liciknya Anwar?. Fikirkan secara tidak semena-mena JAIS menangkap mantan mufti Perlis. Jangan melihat JAIS sebagai badan pelaksana sahaja tetapi lihat siapa yang bertanggungjawab kepada JAIS...bukankah Hassan Ali....Nah..!..disinilah kelicikan Anwar..siapapun tidak akan terfikir untuk melakukan sebegini melainkan Anwar.
Apakah kehadiran 2 YB PKR itu tidak termasuk dalam perancangan Anwar?
Semuanya seperti sudah tersedia dan yang pasti...Hassan Ali akan sibuk menjawab itu dan ini dan lebih mudah untuk dipersalahkan nanti. Dr Asri pula sekadar kambing hitam yang digunakan untuk membunuh Hassan Ali. Niat ikhlas mantan mufti ini akhirnya dipergunakan oleh Anwar dan mungkin selepas ini, Dr. Asri perlu berfikir 10 kali sebelum menerima jemputan ceramah oleh PKR dan Pas.
Atau sudah sampai masanya Dr. Asri memilih salah satu pihak samada Pas atau UMNO namun jika itu yang ingin dilakukan, pakteh antara yang bersedih kerana lihatlah apa terjadi kepada ilmuan Islam Harun Din, Ismail Kamus, Badrul Amin, Nik Aziz, Nakhaie, Hamid Othman, Taib Azamudin, Hj Hadi, Nasarudin atau pejuang masyarakat seperti Shahnon yang apabila terjerumus kedalam kancah politik, pandangan mereka hanyalah menjadi pandangan politik semata-mata.
p/s: Berharap Dr. Asri tabah dan kekalkan pendirian untuk tidak menyebelahi mana-mana parti. pasti suara anda lebih didengari.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih