Friday, October 31, 2008

Keterbukaan Yang Tertutup


Assalamualaikum.

Sebaik sahaja menerajui kepimpinan Negara, Paklah mula menggambarkan diri seorang yang bersikap terbuka dan ini diterima baik oleh semua pihak. Sikapnya yang senang didekati dan imej “Mr clean” yang dibawa sekian lama menguatkan lagi aura anak cucu ulama ini. Melihat pembawaan sebegini boleh menguntungkan karier politik beliau, maka diusahakan sedaya mungkin agar setiap rakyat mengetahui bahawa inilah satu-satunya Perdana Menteri yang boleh dipanggil dengan mesra….Paklah, tidak ada yang lain.

Begitu juga dengan titlenya sebagai Pengerusi BN, ahli komponen diberi ruang seluas-luasnya untuk mengeluarkan kenyataan. Ini selari dengan imej Paklah seorang yang bersikap terbuka. Sebagai Presiden UMNO juga, Paklah menonjolkan sikap sebegini. Akhirnya tanpa dapat dikawal, natijah dari strategi keterbukaan ini membawa kepada kenyataan-kenyataan kontroversi yang menjurus kepada keuntungan politik semata-mata.

Belum pernah terjadi secara serius pertelagahan sesama ahli kabinet, dan ini paling jelas menggambarkan kepada rakyat, Paklah yang lemah lembut ini telah gagal mengawal ahli kabinetnya sendiri. Perkara ini pada hemat Pakteh amat memalukan.

Paling tidak terkawal apabila sikap keterbukaan ini digunakan sepenuhnya oleh parti komponen untuk bersuara secara bebas melalui media. Sikap ini yang dulunya ditunjukkan dalam saluran-saluran tertutup kini diluahkan kepada umum tanpa sekelumit perasaan takut. Jika dulu hanya ada seorang dua dikalangan ahli bawahan, kini anggota peringkat tertinggi juga turut mengambil bahagian mempersoal dan mempertikai sesuatu yang boleh mencetuskan suasana tidak selesa dikalangan rakyat. Sudah tentulah kenyataan oleh orang kuat MCA, Gerakan dan MIC dalam polimik perkauman ini menggambarkan bahawa hubungan sesame parti dalam BN juga sebenarnya rapuh. Sebelum ini BN cuba menggambarkan gabungan BA atau barisan alternatif dan kini Pakatan Rakyat (PR) sebenarnya lemah. Kini hakikat sebenar makin terserlah bahawa BN juga sebenarnya rapuh jika tunjangnya iaitu UMNO tidak memiliki pemimpin yang berwibawa. Hakikat ini tidak dapat ditolak sama sekali kerana amat jarang kedengaran sebelum ini sesame kompnen BN bercakaran dan menuntut secara serius perkara yang melibatkan kaum dan agama.

Pembangkang pula sudah pasti merupakan pihak yang paling beruntung kerana inilah tuntutan mereka, kebebasan bersuara dan ini dilaksanakan secara sukarela oleh Paklah. Sebab itulah kedengaran suara pemimpin UMNO dan BN seakan-akan suara pembangkang. Jika dulunya DAP dilihat begitu kecinaan kerana tuntutannya terhadap kontrak sosial, kini apa bezanya MCA dan Gerakan?. Begitu juga dengan Menteri Kabinet Paklah yang dilantik dengan penuh sopan, mempertikaikan penggunaan ISA oleh kerajaan. Walupun Senator Zaid Ibrahim telah meletak jawatan, rentetan peristiwa yang berlaku sebenarnya menggambarkan bahawa sikap keterbukaan Paklah telah menghancurkan lagi BN dan UMNO dan memberi kekuatan kepada pembangkang.

Mungkin artikel ini akan dilabel sebagai minda kelas ketiga yang menolak kepada sikap terbuka, sebenarnya Pakteh sukakan keterbukaan tetapi biarlah berpada-pada kerana juara kebebasan bersuara seperti Amerika kini menghadapi keruntuhan akhlak yang teruk dari sikap sebegini. Biarlah kita bersikap sedikit kuno dan lapuk tetapi Bangsa Malaysia terus maju dan berjaya dalam negara Malaysia yang aman dan harmoni.

Thursday, October 30, 2008

KJ perlu menjelaskan isu ini.

Assalamualaikum.
Pakteh tertarik dengan gambar yang disiarkan dalam blog yang cukup pakteh suka..husin lampoyang..(Husin..pakteh ambik jap gambaq ni..tengok ala-ala padang pasir...sure mai dengan unta yang husin jual...berapa harganya?)

Biasanya jika artis akan ada gossip dan berbagai andaian jika gambar seperti ini disiarkan. Mungkin boleh dikatakan superimpose seperti kes edry dan linda sikit waktu dulu dan beberapa orang lagi artis. Namun kali ini, seorang yang cukup popular dan terkenal malah, beliau amat bertuah menjadi sebegini terkenal. Oleh itu pakteh mengesyorkan KJ mengambil langkah segera untuk membersihkan nama beliau kerana ini sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pencalonan beliau dalam pemilihan nanti.
Selagi belum ada pengakuan dari KJ sendiri, pakteh berprasangka baik dan percayalah...gambar boleh membuktikan sesuatu tetapi banyak yang boleh diprasangkakan hanya dengan sekeping gambar. Banyak kemungkinannya seperti:-
1. Mungkin KJ jumpa kawan lama n hanya minum coke...gelas coke tu plak terlindung dek botol2 tu
2. Mungkin KJ sedang mentarbiyah kawan beliau dan ketawa dan senyuman tu tanda kawannya dah insaf
3. Superimpose - KJ mempunyai ramai arkitek dalam bidang ini...siarkan kenyataan mereka mengenai gambar ini.
4. Pelanduk dua serupa..ataupun pelanduk banyak rupa?
5. Saja rehatkan minda...mencari ketenangan ala-ala kuwait...nampak stail padang pasir tempat KJ lahir.
6. Betul saya minum dan lepak kat club...ini hak saya...
7. Saya terkantoi...saya mintak maaf..ini kisah lama..saya dah insaf...Ketua Pemuda sekarang pun pernah ada gambar pegang tin minuman ermm...tin apa yer...jadi apa salahnya saya...
8. Saya takkan respon dengan gambar picisan dan murahan sebegini.
9. Saya dianiaya...ada KONSPIRASI pihak tertentu utk menjatuhkan saya seperti yg terjadi Anwar.
10. .......................................bla....bla...bla..

Apapun kenyataan KJ, gambar ini telah memberikan sedikit gambaran calon ketua pemuda UMNO Malaysia. Pakteh tetap berpegang kepada berprasangka baik...jadi KJ..tugas anda pula untuk meyakinkan prasangka ini.

p/s: Betoika tu KJ...orang lain kot...sakng ni banyak pelandok dua serupa....isk...yang sebelah tu sah sah lurah dendamnya tertonjol kalau dari sudut KJ duduk (kalau KJ laa).



Wednesday, October 29, 2008

Lagi tentang DEBAT

Assalamualaikum.
Lagi tentang debat..
Isunya sekarang bukan KJ yang cadang
Isunya sekarang bukan DMM takut..
Isunya sekarang bukan DSKT dah setuju..
Isunya ialah apakah DEBAT ini memberi kebaikan kepada UMNO?
Isunya ialah apakah DEBAT ini memberi keharmonian dalam BN?

Masih ingatkah kita dengan persidangan UMNO 2 tahun lalu yang disiarkan secara live dan akhirnya mengundang perasaan tidak senang dikalangan rakan dalam BN apatah lagi kalangan ahli pembangkang maupun rakyat yang tidak berpihak kepada mana-mana parti?.
Agenda perdebatan sudah dinyatakan untuk melihat ketokohan calon pemuda. Pakteh sekali lagi masih tercari-cari apakah dengan perdebatan dalam waktu yang begitu terhad akan membuatkan perwakilan dapat mengenalpasti calon yang benar-benar mampu membawa PEMUDA UMNO ke arah yang lebih baik. Tidakkah masa yang terhad untuk perdebatan itu sebenarnya hanya mampu digunakan oleh calon untuk menonjolkan diri bahawa dia yang terbaik dan ini sebenarnya mengundang kepada janji kosong dan retorik semata-mata.

KJ merupakan anak muda yang tidak ramai sepertinya, berkebolehan dalam segala bidang dan mampu menjadi Melayu Glokal. DSKT pula telah membuktikan kebolehannya dalam menguruskan Selangor hinggakan PR hanya cuci tangan ketika mengambil alih teraju pemerintahan Mac lalu. DMM pula seperti sedia maklum, kuah TDM benar-benar tumpah ke nasi, berani dan berpendirian.

Oleh itu dalam kekalutan pemilihan sebegini, adalah tidak wajar DEBAT diguna pakai untuk melihat ketokohan seseorang calon. Pakteh melihat kesan dari perdebatan ini hanya menghancurkan UMNO khususnya kalangan PEMUDA UMNO. Malah lebih serius lagi pakteh melihat kalangan komponen BN akan terusik dan terguris, percayalah...ini akan berlaku. Amat malang jika peralihan kuasa antara Paklah dan Najib berlaku ketika BN goyah. Ini tidak mustahil berlaku jika kita terlalu seronok bercakaran dan tunjukkan pada semua orang.

Ramai telah melihat bagaimana seriusnya KJ apabila bercakap soal ketuanan Melayu, soal perkauman. Begitu juga DSKT dan DMM. Impaknya sudah pasti calon2 ini akan menggunakan segala hujah terbaik untuk memastikan merekalah juara dalam menangani isu Hak ketuanan Melayu, Hak bumiputera, DEB, Agama Islam dan sebagainya dan tidak mustahil akan terkeluar kenyataan-kenyataan yang boleh mengundang kontroversi antara kaum. Inikah yang kita mahukan? Mungkin ketika itu calon2 pemuda yang "ter" tadi terpaksa memohon maaf kepada kaum lain atau mengambil apa saja tindakan yang dilihat bacul dan akhirnya katika ini, betapa hebat pun beliau dalam UMNO, sudah tidak dinilai lagi oleh perwakilan. Ini boleh berlaku kepada KJ, DSKT ataupun DMM. Oleh itu, dalam kekalutan parti komponen mengambil peluang dari kekalahan yang lalu, wajarlah dilihat semula mengapa DEBAT ini diperlukan.

Pakteh masih merasakan punca kemerosotan sokongan dikalangan bukan Melayu kepada BN ialah kemerosotan secara berangkai iaitu berlaku secara perlahan-lahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan menjadi memuncak pada pilihanraya yang lalu. Kesan persidangan UMNO disiarkan secara live begitu ketara. Memang pakteh berbangga melihat perwakilan berucap soal hak-hak Melayu yang didokong oleh UMNO tetapi adalah lebih molek jika hal dalaman rumah tangga, dimaklumkan kepada ahli keluarga sahaja.

Secara jelas, banyak isu sensitif yang diperjuangkan oleh Pemuda UMNO Malaysia dan tidak mungkin ini mampu dirungkaikan secara jelas oleh calon ketika berdebat. Oleh itu, perdebatan tidak lagi memberikan justifikasi yang jelas untuk memilih calon ketua. Cadangan pakteh, adakan saja sesi memperkenalkan calon kepada perwakilan dan berikan masa untuk setiap calon menjelaskan misi, visi dan arah tuju Pemuda jika beliau terpilih.

Kesan dari cadangan DEBAT ini saja sudah menimbulkan riak tidak elok dikalangan ahli UMNO, apatah lagi jika sudah berdebat. Kepada pihak yang mencadangkan DEBAT ini, fikirkan semula kesannya kepada UMNO dan BN. Jangan menang sorak kampung tergadai.

Untuk renungan bersama:
Ketua Pemuda; DS Hishamuddin pun tak setuju DEBAT ini, jadi ikutlah kata ketua...anda bertiga cuma calon ketua belum lagi jadi ketua....

p/s: Kali ni memang betoi betoi...tak tanya dah betoika tak betoi...memang betoi....

Tuesday, October 28, 2008

DEBAT versi Khairy

Assalamualaikum...
Di zaman pakteh bersekolah dulu, banyak program peringkat sekolah yang pakteh sertai seperti perbahasan, forum, pidato dan sebagainya tetapi debat tidak pernah walau sekali. Pakteh juga diberikan amanah mengetuai berbagai kelab dan dan menguruskan perjalanan beberapa persatuan.
Hari ini begitu ramai individu yang pakteh kenal begitu hebat dan berkualiti dari segi pekerjaan dan menguruskan amanah dan tanggungjawab tetapi jika berdebat/berbahas dengan pakteh, sudah pasti pakteh yakin bahawa pakteh akan menang.
Dalam politik, pakteh pernah tengok debat bagi calon2 presiden Amerika ja. dulu dan kini pun sedang hangat berdebat. Politik Malaysia jarang berlaku begitu dan hanya tahun ini barulah pakteh tengok debat anjuran Agendadaily antara Mantan TPM dan Menteri Penerangan. Apa yang pakteh perhatikan, sejam yang diberikan amat tidak memadai untuk menilai kehebatan seseorang. DSAI amat dikenali hebat berhujah dan berdebat tetapi kerana kekangan masa, kekangan protokol debat dan aturcara debat itu sendiri yang terikat dengan beberapa slot, maka tidak ada info atau maklumat baru yang diterima oleh audien. Secara jelas dan terang debat ini hanya membuang masa. kredibiliti dan ketokohan seseorang mana mungkin dapat diukur hanya dalam sekelip mata?.
Debat kedua anjuran Agendadaily juga tidak menghasilkan apa-apa perubahan kepada TS Koh Tsu Koon atau Guen Eng. Rating penonton mungkin naik tetapi impak dari debat itu tidak ada kerana memang tidak membawa sebarang makna. Jangan samakan Amerika yang hanya mempunyai 2 parti politik.
Hari ini isu debat dimainkan oleh calon ketua pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairy Jamaludin dan disahut dengan gembira oleh DS Khir Toyo. Persoalannya....??
Tidak terfikirkan Khairy kerosakan yang diakibatkan oleh nama beliau terhadap UMNO sudah begitu besar dan sukar dimaafkan. Kaitkan saja nama Khairy atau KJ, sudah pasti orang melihat inilah manusia yang menyumbang kepada kekalahan teruk UMNO dan BN pada PRU yang lalu. Hari ini KJ melahirkan idea DEBAT dan terfikirkah ini juga hanya semata-mata memenuhi agenda peribadi?. Pakteh tahu KJ adalah bayangan Anwar yang juga bijak berpidato tetapi sedarkah kita semua.....ANWAR YANG BIJAK BERPIDATO DAN BERDEBAT ITU JUGA TIDAK KITA PERCAYAI. ANWAR YANG HEBAT BERDEBAT ITU JUGA MENJADI PEROSAK KEPADA KEAMANAN NEGARA. Hari ini KJ mencadangkan DEBAT semata-mata untuk mencari Ketua Pemuda?. Atau jawapan sebenarnya DEBAT ini adalah Talian Hayat yang beliau ada untuk mencapai cita-cita?.
Janganlah rakus lagi, sedarlah anda telah banyak memberikan musibah kepada UMNO dan BN, bertanding seperti biasa, bertandinglah mengikut adat, bertandinglah seperti orang lain. DS Khir Toyo jangan mudah termakan ajakan orang yang terdesak atau anda juga terdesak??
Adakah jika DEBAT ini diterima bermakna jawatan-jawatan lain juga perlu di DEBATKAN? Kalau nak terima cadangan KJ, laksanakan untuk semua jawatan.
Cukuplah dengan program realiti TV MyTeam, jangan pulak pemilihan Ketua Pemuda juga nak dijadikan Realiti TV.
Pakteh bersetuju dengan DMM yang lebih merendah diri dalam soal ini namun tetap mempunyai pendirian yang jelas. Jangan pula dianggap penolakan untuk berdebat dikatakan sebagai penakut. Terfikirkah kita mengapa KJ mengambil risiko sebegini? KJ tidak peduli apa akan jadi pada UMNO, yang penting hasratnya untuk menjadi ketua pemuda tercapai. DMM pula sanggup dikata pengecut berdebat asalkan UMNO kuat. Inilah bezanya pejuang tulen dan pejuang hipokrit.
Tanyakan pada diri apakah DEBAT ini akan menaikkan semula imej UMNO yang tercalar teruk akibat dituduh dimiliki oleh Paklah, KJ dan Kamaludin?. Jika jawapannya Ya...Pakteh akan cadangkan DEBAT ini diteruskan dan Pakteh merayu DMM sertai DEBAT.
TETAPI jika DEBAT ini hanya ritorik dan muslihat untuk KJ menaikkan diri yang telah tenggelam punca....just ignore dan teruskan usaha murni DMM untuk menaikkan imej UMNO demi agama, bangsa dan negara.
Jangan menang sorak kampung tergadai, jangan seronok berdebat, parti UMNO yang tergadai. Agendadaily perlu telus....mengapa hanya mengambil kenyataan dari individu yang terang2 dari dulu PRO KJ.

p/s: KJ ni mindanya minda Amerika jadi DEBAT adalah wajib bagi orang Amerika...samalah dengan KJ...Betoika?....betoi la kot..kalau tak takkan KJ dan rakan2nya berura-ura nak adakan DEBAT. Agendadaily boleh ambil kenyataan Pakteh kalau mau...hehe...sure pakteh suruh tanya Paklah.

Wednesday, October 22, 2008

Konspirasi

Assalamualaikum,
Betoika?
Apanya yang betoi?
tu laa...yang orang dok besembang la ni niii...
Apadia?
Betoika orang kata kes Eurocopter ni puncanya bukan sekadar yang kita nampak dipermukaan. Masalah timbul kerana Paklah pada awalnya dimaklumkan bahawa projek itu milik Rosmah atau Isteri TPM, Maka kata orang...inilah masanya Paklah menyapu peluang dan dengan serta merta diminta tukarkan "senapang" dengan "jelapang". Akhirnya yang terdedah ialah malu besar...projek itu rupa2nya mempunyai kaitan dengan anaknya sendiri Kamaludin....isk....Betoika?...Pakteh tak tau...ini rumour politik.
Lagi satu...ni pun pening jugak...
Pemuda UMNO bahagian sik yang bersidang pada 18 Okt. 08 telah memilih saudara Mahathir bin Abd Hamid sebagai Ketua Pemuda...sebagai Pemuda sejati atau lelaki sejati atau jantan sejati....terimalah hakikat bahawa proses demokrasi yang berlangsung pada hari itu berjalan dengan baik dan adil. Mengapa hari ini timbulnya isu akan ada laporan polis kerana itu dan ini. Betoika kata orang...ini berpunca dari ahli yang bertanding jawatan2 tertentu tetapi kalah.
Pasai pa dok pening kepala? Takkan tak tau adat bertanding ada kalah ada menang...kalau hang kalah...maknanya yang lain menang....kalau takleh nak terima hakikat...hang belum lagi layak menganggotai Kepimpinan Pemuda UMNO Sik. Balik muhasabah diri dan tanya pada diri....mengapa aku kalah?. Mungkin ada diantaranya dah 2 penggal berkhidmat namun percubaan ketianya kalah, Sudah pasti ada sebab yang kuat untuk perwakilan menolak hang...
Pakteh percaya terdapat ramai dikalangan AJK yang menang hari itu bertanding atas kekuatan sendiri. Walaupun wujud 2 team yang besar tetapi masih terdapat AJK yang tidak berteam menang pemilihan...syabas...
Lagi satu....
Betoika Najib dah mula kena peluru dan dijangka sebelum Mac 09, pelurunya boleh bertukar kepada tenaga atom or nuklear sehingga karier Najib hanya setakat ini...TPM. Orang dok tanya awat Paklah serang TDM dan TS Mahyuddin secara tiba2 sedangkan TDM dah lama mengkritik beliau?. TS Mahyuddin pula ditempelak hanya kerana Paklah tak paham apa pokok persoalan yang dibangkitkan. isk...pening la lagu ni....Betoika tak Betoi ni kita ada masalah kepimpinan sampai lagu ni niii....
Lagi satu..
Pakteh dok nampak beberapa bahagian pemuda yang telah selesai bermesyuarat dipertikaikan keputusannya....dan lebih menarik apa yang Pakteh nampak....tempat2 sebegini dimenangi Khairy dan sahabatnya. Kebetulan ada masalah ka atau memang masalah itu dibawak kesitu? Bayangkan 2/3 perwakilan memilih orang lain tiba2 KJ menang....heran2....betoika ini benar2 berlaku? entahlah...tunggula apa resultnya di Gelang Patah, Johor....kaaa Pakteh yang silap info....??

Monday, October 20, 2008

Tahniah

Assalamualaikum
Pertama sekali...tahniah kepada Semua pemenang bagi perebutan jawatan pemuda dalam pemilihan Pemuda UMNO Bhg. Sik.
Tahniah kepada Mahathir Abd Hamid yang memenangi kerusi Ketua Pemuda, kepada Naib Ketua yang menang tanpa bertanding, semua 15 AJK Pemuda, 20 perwakilan ke Mesyuarat UMNO Bhg. Sik 8 November nanti, perwakilan yang akan memberikan undi kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia pd Mac 09 nanti, Tahniah juga kepada Paklong KEDA yang memenangi kerusi Pengerusi Tetap dan semua yang berani bertanding.....Tahniah!
Kepada pemenang, anda mulai sekarang memegang amanah yang begitu berat untuk menyatukan kembali pemuda-pemuda cawangan yang berpecah dua iaitu penyokong Det dan penyokong Nazri. Memang mudah mengungkapkan ini hanya bertanding dalam UMNO dan akan bertaut kembali selepas ini..persoalannya..BILA?. Kempen yang dijalankan agak panas dari satu pihak sehinggakan Det yang dianggap calon pilihan untuk menang kerana telah terbukti khidmatnya dalam Pemuda hanya memang tipis atau Nazri hanya tewas tipis. Det memperolehi 96 undi, Nazri 91 dan 2 undi rosak. Senario ini memberi bukti banyak kerja yang perlu dilakukan dan bukan terbawa-bawa dengan kemenangan yang diperolehi.
Pakteh juga berpendapat Det tidak akan menghadapi masalah dalam bekerjasama dengan 15 AJK yang terpilih kerana 12 daripadanya dalam team beliau dan lebih menarik 3 yang berbaki juga mempunyai hubungan akrab dengan beliau. Ini memberi satu harapan bahawa pemuda Sik akan dapat dibina semula.
Bagi calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Pakteh sependapat dengan DS Rais Yatim, Mukhriz mempunyai Aura tersendiri. Nyaris2 dipilih sebulat suara jika tidak diganggu dengan cadangan mencalonkan DS Khir Toyo. Dengan semangat dan nada suara yakin....majoriti memilih DMM dan DS Khir hanya mendapat 7 pencalonan sahaja dari 189 perwakilan. Khairy??
Sebenarnya nama khairy dikaitkan dengan Det untuk menjatuhkan reputasi Det. Malam terakhir berkempen perwakilan diberikan arahan jangan mengundi Det kerana beliau orang Khairy. Bayangkan betapa begitu mudah untuk menjatuhkan seseorang....kaitkan saja individu itu dengan nama Khairy...
Mujurlah tidak ada pencalonan untuk nama Khairy dan jika tidak..sudah pasti perwakilan akan merasakan ini adalah arahan Det dan keputusan yang dibuat ketika pengundian akan memihak kepada Nazri. (majoriti ahli mesyuarat bersetuju pemilihan ketua dan naib ketua serta ajk UMNO malaysia dibuat terlebih dahulu)
Betoika ini boleh berlaku di Sik? betoi laa..takkan nak tipu...ini Pakteh belum bukak cerita apa berlaku di Havard Hotel lagi....apa perwakilan dapat? cukuplaa...pemilihan dah berlalu...yang menang pastikan UMNO sik kembali kuat..yang kalah?....Anda adalah ahli UMNO...kalah atau menang...usaha memulihkan UMNO perlu diteruskan.

Friday, October 17, 2008

Wednesday, October 15, 2008

Menarik

Gambar dari Agendadaily ini mampu membuatkan perasaan menjadi tenang apabila memikirkan nasib negara. Jika mereka ini yang mengendalikan negara...Pakteh percaya...apa yang dinikmati hari ini akan berpanjangan...(Raja Perlis /x YDP Agong tak dikira coz bukan orang politik, Mana2 Agong tetap dijunjung kasih dan taat setia).
Cuba selitkan gambar Paklah dan Khairi disitu...atau buangkan TDM dan Mahyuddin atau kekalkan Mahyuddin, buangkan Najib dari gambar tu serta tambah gambar Paklah...TETAP tidak memberi ketenangan seperti melihat gambar ini. Percayalah...ini apa yang pakteh rasa....orang lain tak tau laaa...Betoi kot noo...ini akhirnya pada Mac 2008

Monday, October 13, 2008

Akar Umbi

Assalamualaikum
Perkataan akar umbi ini menjadi begitu popular sejak Mac 2008. Semua yang merasakan diri mereka pemimpin berkata mereka mewakili suara akar umbi.
Mahyudin Kata Akar Umbi mahukan perubahan pucuk pimpinan
Paklah kata Akar Umbi mahukan beliau terus menerajui negara
Zahid Hamidi kata akar umbi mahukan beliau bertanding Timbalan Presiden
Muhammad Muhd Taib pun berkata benda yang sama
Zahidi Zainol Abidin Padang Besaq pun tumpang sekaki kata akar umbi
Nur Jazlan pun sama
Isa Samad, Shahidan, Khir Toyo, Mukhriz, Khairy, Ali Rustam dan ramai lagi...semuanya kehendak akar umbi.
Terlupakan sesiapa sahaja yang berkata itu, akhirnya akar umbi akan memberikan bukti nyata bahawa mereka memang disukai/ditolak oleh akar umbi.
Hari ini kehendak akar umbi makin dibuktikan. Jika semua di selangor mencalonkan Muhammad Muhd Taib, mengapa kelmarin Shah Alam mencalonkan TS Mahyuddin? Mengapa di Negeri Sembilan, Khairy mengalami kekalahan yang begitu teruk untuk beberapa bahagian? Mengapa Zahidi baru dapat 1 pencalonan, itupun dari bakulnya sendiri...
Sebab itulah untuk memakai baju, ukurlah dibadan sendiri...takkan timbul masalah baju terlalu besar dan xleh pakai nanti.
Pakteh makin sedar bahawa ramai pemimpin yang ingin memimpin ini menipu apabila mendakwa mereka mengikut kehendak akar umbi/suara ramai. Hakikat sebenarnya...kerakusan mereka sendiri untuk berkuasa tanpa menyedari kemampuan diri tidak setanding jawatan yang dipohon.
p/s: Akar Umbi pokok apa yang Muhammad Muhd Taib tanam...sampai laman sendiri yang katanya dah janji pun berakar ke arah lain. Betoika semua calon pentingkan diri sendiri? tak betoi rasanya...

Friday, October 10, 2008

Drama Timbalan Presiden 3

Drama siri 3 ini tak kurang menariknya.
TS Muhammad Muhd Taib yang juga ketua penerangan UMNO semalam menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dan ini membenarkan desas desus sebelum ini. Selepas Zahid tarik diri, Muhd Taib muncul. paling menarik ayat beliau semalam
"Saya dah 4 kali ambil SPM, bagi la peluang ambil STPM pulak"
Pakteh rasa itulah sebabnya dibebaskan oleh mahkamah di Australia kerana bawak tunai lebih...tak paham bahasa inggeris...camna nak paham kalau dah 4 kali ambil SPM.
Sebenarnya Tan Sri...kalau dah akar umbi merasakan anda hanya setakat SPM atau Naib Presiden...cukup setakat tu ja laa...untuk ambik STPM..studynya berbeza dan bukan semua orang layak....nak ambik SPM semua yang ambik PMR layak ambik...tapi nak ambik STPM..yang lulus dan terbaik saja layak...ada sistem meritokrasi untuk STPM dan Matrikulasi ni....
Betoi ka leh menang...tak betoi kot...

Thursday, October 9, 2008

Drama Timbalan Presiden 2

Drama terkini dari kerusi No. 2 parti UMNO
Laporan agendadaily

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan hanya bertanding jawatan Naib Presiden UMNO dan bukan Timbalan Presiden.Sumber-sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily pagi ini beliau dijangka akan membuat pengumuman rasmi mengenainya petang ini.Baru-baru ini Zahid yang juga ahli Majlis Tertinggi UMNO umum beliau nak tawar diri bertanding jawatan nombor dua itu.Sementara itu Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan umum tawar diri tanding jawatan Timbalan Presiden pada satu sidang akhbar di ibupejabat UMNO Selangor,Shah Alam jam 2 petang ini.Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam pula yang ditemui para wartawan selepas mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional di PWTC petang semalam mengesahkan beliau tetap nak tawar diri untuk jawatan Timbalan.Katanya ini kerana ada kekosongan pada jawatan itu.Manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula dijangka akan buat pengumuman rasmi mengenai hasratnya nak tawar diri jawatan Timbalan esok(Baca hari ini)
Bukankah sudah dikatakan Zahid hanya pelakon. bila penerbitnya dah undur diri...wajah sebenar akan kian teserlah...
buat Sahibul Samahah Al fadzil Ustaz Hj Dr. zahid Hamidi...bercakap benarlah...kedudukan anda sebagai pemegang (bukan polio daaaa) kerusi Agama negara sepatutnya membuatkan anda malu untuk bermuka-muka dan main sorong papan tarik papan. (Inilah natijahnya jika urusan agama diserahkan kepada yang bukan ahli...maksudnya ada kelulusan tetapi tidak layak untuk menjadi ketua bidang itu)
Betoika tak mau bertanding jawatan timbalan...bukankah akar umbi dah mintak awak bertanding...nak tarik diri ni akar umbi tak marah kaaa?? hehe..betoilaa feel manusia ni..bila kena tang dia...apa2 pun dengaq cakap akar umbi....kalau dah tak mau..jangankan akar umbi..akar kayu, akar serabut, akar tunjang pun tak diendah....hai dunia dunia...

Wednesday, October 8, 2008

Drama kisah benar

Bukan TV3 saja ada drama kisah benar
akhirnya Paklah juga boleh buat skrip drama kisah benar. Kisah benar hanya sebuah kisah yang dikutip dari kejadian yang benar2 berlaku. Kerisauan disaat2 akhir kebarangkalian Paklah akan mempertahankan jawatannya tidak berlaku walaupun ada cubaan ke arah itu. Pakteh masih percaya...dalam sesebuah drama, pemain dibelakang tabir tetap tidak akan dikenali penonton sehinggalah satu hari nanti, akan ada orang yang bercerita seperti kisah 6 jahanam lakonan P Ramli yang menggunakan Tekpi sebagai senjata. Jika tidak didedahkan bahawa P Ramli memang belajar secara formal dengan seorang guru yang masih hidup sekarang di Baling Kedah, sudah pasti kita takkan tahu hal2 dibelakang tabir sebegini.
Apapun kisahnya yang berlaku di belakang kita, yang pasti negara Malaysia akan melalui satu lagi episod yang penuh bersejarah dimana secara tidak rasminya anak kepada seorang Perdana Menteri akan mengikut jejak langkah bapanya. Rekod juga akan mencatatkan bekas seorang Menteri Besar juga boleh menjadi PM.
Namun begitu tarikh itu masih jauh dan seribu satu kemungkinan boleh berlaku. Ku Li setakat hari ini dikhabarkan tetap akan bertanding jawatan presiden atau keadaan sudah berubah dan jalan kompromi boleh dipilih kini.
Apapun yang pasti...selamat kembali Tun Dr. Mahathir yang berpegang kepada prinsip....hanya akan join semula UMNO selepas Paklah turun. Harapan Pakteh...Najib perlulah berlapang dada menerima semua atau sesiapa sahaja yang ingin kembali kepangkuan UMNO/BN kerana ini akan memantapkan lagi parti yang hampir musnah ini.
p/s: Betoika Paklah akan turun takhta...betoi laa...yang ni memang betoi....

Akhirnya...

Setakat jam 5 ni berita yg dimaklumkan pd Pakteh....Paklah akan berundur n Najib akan ganti beliau...tunggu pengumuman beliau jam 6 nanti...
betoika?? betoi la..takkan nak tipu

Betoika tak mau betanding?

Betoika tak mau betanding presiden? tak betoi rasanya...
berikut adalaht kenyataan blogger yang selalu mendapat info awal kuda kepang aka Ruhanie Ahmad.

"Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan satu perjumpaan penting selama tiga jam - mulai 11.00 malam 7 Oktober 2008 hingga 2.00 pagi 8 Oktober 2008 - di Sri Perdana, Putrajaya, untuk memuktamadkan keputusan sama ada beliau akan bersara atau terus mempertahankan jawatannya selaku Presiden UMNO dalam pemilihan parti Mac 2009.

Keputusannya: Abdullah akan terus mempertahankan jawatan Presiden UMNO."

Ini bermakna kuda2 hitam yang muncul baru2 ni sekadar drama musim raya. Tahniah kepada Paklah yang pandai mengolah skrip untuk menjadikan dramanya diminati selama 2 minggu.
Tetapi PERCAYALAH...drama yang hebat dengan kos yang tinggi belum tentu mampu menarik penonton yang ramai.
lagi sekali nak tanya.....betoika paklah nak pertahankan jawatan?? betoi la kot...(lihat teori pertemuan dengan komponen BN hari ni...)

Tuesday, October 7, 2008

Persamaannya dimana?










Tidak sukar untuk meneka mengapa Amerika begitu sayangkan Anwar...
Hari ini Anwar bukan saja disayangi oleh Amerika tetapi juga mula dipuja dan tidak mustahil akhirnya disembah.
Dari gambar di atas jelas ternampak bahawa BAYANG2 AMERIKA MEMANG BERADA DI MALAYSIA.
p/s: Jangan ada yang menyembah gambar anwar tu sudah laa..tapi tidak mustahil kerana orang2 ayah Pin sanggup berbuat lebih dari itu...betoika?? betoi laaa...takkan yang tu pun tak tauu..

Sudi ka tak sudi?


Kalau padi katakan padi
tidak hamba tertampi-tampi
kalau jadi katakan jadi

tidak hamba ternanti-nanti

Rupa-rupanya pantun yang diwarisi sejak zaman berzaman ni mungkin dicipta khusus untuk abad 21. lebih khususnya untuk PM Malaysia yg ke 5. Apa bezanya 1 hari dengan 2 hari. Kalau sebelum raya mungkin Paklah nakkan mood raya terakhir beliau sebagai PM. Tetapi semalam dah 6hb, tak umum2 lagi malah boleh tersenyum simpul lagi. Apa bezanya umum pada 7hb dengan 8hb. Paklah sepatutnya fikirkan akar umbi yang inginkan keputusan beliau agar pemilihan bahagian yang akan berlangsung mulai 9hb Okt akan berjalan lancar.
Pakteh akui...bertahun2 lamanya pakteh tidak terasa untuk TERSENYUM mendengar dan melihat PC oleh Paklah namun semalam....entah pasai pa tak tau...Paklah tak umum pun kata nak letak jawatan tapi Pakteh tersenyum sendirian. Nak try tak bagi senyum pun dok jadi senyum juga bila tengok Paklah tersenyum-senyum dengan press bila jawab soalan. Mungkin senyuman Paklah yang tu ikhlas ka apa ka Pakteh tau la..cumanya...memang pelik bin ajaib.
Orang kata kalau dah buang tabiat lagu tu..alamat tak lama dah la tu...Paklah akan letak jawatan (bukan mati) atau Pakteh yang....iskk...harap2 dah lagi laa...muda lagi.
Pakteh merasakan perjumpaan dengan ketua2 komponen BN hari ini mungkin menjadi platform terakhir Paklah untuk berkuasa. Sekiranya MIC, Gerakan, MCA dan parti2 dari Sabah Sarawak bersepakat mengatakan "Jika Paklah undur KAMI keluar BN" maka apa pilihan yang Najib ada?
Ada tak kemungkinan begitu..pasti ada. Gerakan melalui koh tsu koon Paklah dah tolong melalui sokongan menjatuhkan Datuk Ahmad di Penang, Koh Sthu Koon dilihat sebagai WIRA dan menang tanpa bertanding.
MIC...Samu Vellu sudah tidak ada value jadi isu ISA dimainkan. Jika Paklah berjanji akan membebaskan semua HINDRAF dalam ISA dan samy dapat nama...tidak mustahil samy akan sokong Paklah. Begitu juga MCA yang sedang melalui proses pemilihan, sedikit janji dari Paklah yang boleh digunapakai oleh pemimpin MCA, pasti digunakan. Dari Sabah dan Sarawak kita sedia maklum, awal2 lagi dah sokong Paklah.
p/s: Bersiap sedialah menerima berita sebegini...betoika lagu tu?? betoi la kot

Drama Timbalan Presiden 1

Drama kali ini agak menarik kerana pelakonnya ramai yang popular dan ada bintang baru yang dicungkil bakatnya oleh sang pengarah.
Penerbit masih mengguna pakai cara lama untuk meningkatkan jualan tiket.....kisah2 tragis dan kontroversi dimain2kan lebih awal agar penonton terasa kebenarannya. Sebab itulah sejak kebelakangan ini SMS, Blog dan macam2 egent media terikut2 rentak "Najib mahukan Zahid. Tak mau Mahyuddin kerana Zahid S/U Najib dulu". Akhirnya terbukti.....bila filem mula dilakonkan...pelakonnya muncul...Zahid orang pertama mengishtiharkan diri utk jawatan Timb. Presiden. Hasrat penerbit hanyalah ingin mengacah TS Mahyuddin agar bersuara dan mengikut rentak pelakonnya. Tetapi TS Mahyuddin bukan sebarangan actor. Penerbit pening kepala bajet dah bertambah.....dicuba pula pelakon pembantu iaitu Ali Rustam kerana pelakon ini juga ada nama jugak untuk membuat filem jadi box office. Sayangnya..TS Mahyuddin tidak juga menyahut. Penerbit semakin pening...akhirnya digunakan tukang pegang lampu yang dulu bapaknya pernah jadi penolong pengarah.....maka...filemnya mula tidak ikut skrip...Jazlan yang tidak dikenali sapa nak heran. TS Mahyuddin kenai Jazlan sebab sama kampung tapi seperti biasa...TS Mahyudin ada skripnya sendiri.
Akhirnya penerbit mula serba salah kerana penonton mula mempertikai mengapa pelakon2 tersebut membuat kenyataan lebih awal daripada Presiden parti. Paklah belum umum nak bertanding atau tidak...yang pelakon2 ni dok sibuk apsal? Penerbit mula mengelabah dan akhirnya KJ mengeluarkan kenyataan "pelakon2 yang dah istihar utk bertanding tu hanya akan bertanding SEKIRANYA ADA KEKOSONGAN JAWATAN" hehe..kesian...penerbit sendiri yang dah rancang skrip terpaksa tunjukkan muka.
Tidakkah pengumuman awal oleh beberapa orang pelakon ini MEMBUKTIKAN MEREKA MEMBERITAHU KEPADA ORANG RAMAI APA YANG BERLAKU DALAM MESYUARAT MT TEMPOHARI? Sedangkan sebelum itu riuh rendah mengutuk individu2 yang membocorkan agenda mesyuarat MT.
Skripnya sentiasa berubah2 tetapi mudah dibaca dan difahami penonton...
betoika? betoi la kot...

Monday, October 6, 2008

Sik Bagaimana?

Assalamualaikum..
Lama gak tinggai pasai kisah Sik..bukan pa saja nak tengok-tengok dulu lagu mana cerita. Drama di Sik tak kurang hebatnya dan akan sampai ke penghujung tidak lama lagi. Skrip asal agak mudah dibaca oleh penonton iaitu pemenang untuk Ketua Bahagian sudah pasti milik anak jati Sik walau pencabar yang diimport secara tergesa-gesa oleh pihak berkepentingan dapat pencalonan yang mencukupi. Namun itu telahan awal, andaian itu berubah apabila melihat sendiri bagaimana calon import berjaya menembusi beberapa orang kuat di setiap cawangan, kemungkinan untuk anak jati Sik menang mudah mungkin tidak terjadi.
Bagaimana seorang calon import boleh menyerahkan senarai nama dalam team beliau untuk dibacakan oleh pengerusi tetap dan disokong oleh ahli diperingkat cawangan? Adakah pengerusi tetap yang dilantik ini melakukannya secara percuma diatas keyakinan kepada calon import ini atau....betul khabar2 angin...calon import sudah pasti duitnya banyak...betoika?
Kerusi Ketua Pemuda juga tak kurang hebatnya. Calon utama dari AJK pemuda yang pada kebiasaannya akan menang kini diserang bertubi-tubi oleh calon yang hanya muncul apabila ada pemilihan parti. Pada hari2 lainnya tidak kelihatan atau kelihatan tetapi tidak memberi impak kepada kekuatan UMNO Bhg Sik. Sama seperti isu calon import untuk jawatan Ketua Bahagian, calon chipsmore yang sekejap ada sekejap takdak ini juga katanya mempunyai duit yang banyak....betoika?
Jika sokongan perwakilan hanya berlandaskan kepada sapa bagi duit hangpa sokong...tunggula natijahnya apabila Pej, UMNO Bhg Sik yang umpama muzium itu rebah bersama-sama berkuburnya UMNO Bhg Sik. Keahlian yang semakin berkurangan pasti tidak mampu ditambah oleh individu yang kepentingannya bukan berteraskan penduduk Sik.
Secara jujur...YB Belantik iaitu Tajudin masih lebih baik berbanding Man Desa yang dalam kempen pilihanraya dulu mengatakan kehebatannya kerana beliau ada line lebih clear berbanding orang lain dengan Paklah. Hari ini...Paklah akan berundur pada bila2 masa sahaja...jadi..masih sesuaikah Man Desa (calon import) untuk orang2 Sik?
Secara berhemah...Saudara Mahathir Hamid lebih berketrampilan dan telah aktif bergerak seiring dengan YB Tajudin. Oleh itu, tanpa menggalakkan amalan berpuak2 atau team, Mahathir atau Det mampu membawa pemuda UMNO Bhg Sik jauh kehadapan. Nazri?...fikirkan untuk anda menyertai golongan yang lebih dewasa....bukan lagi pemuda dan sumbangkan sesuatu yang lebih bermakna kepada UMNO bhg Sik.

p/s 1:
Caw. aku ada 3 usul yang ketiga2nya dibuat oleh aku..hehe..bukan diktator tapi dah orang len tak mau bagi usul...depa nak sokong jaa...
1. Peralihan kuasa dipercepatkan (maybe dah xrelevan kalau Paklah umum seblom 9hb ni dia undur diri)
2. Pej. UMNO Bhg Sik yang umpama muzium itu diupgrade supaya ahli2nya tidak malu mengaku itu pej. UMNO.
3. Kes2 senarai nama ahli tercicir/hilang/berubah caw. diambil serius oleh UMNO Bhg Sik.

p/s 2: calon2 yang disebutkan pernah berjasa kepada UMNO Bhg Sik....jadi fikirkan yang terbaik untuk anda sebagai perwakilan....Betoika aku kata ni?

Plan Paklah Gagal

Sejak 6 bulan atau setengah tahun yang lalu iaitu selepas 8 Mac 08 hanya digunakan oleh paklah n konco2nya untuk mengatur strategi bagi mengekalkan kedudukan. Sayangnya sejak 8 Mac 08 juga segala perancangannya tidak menjadi. Namun ini diketahui ramai kerana sejak jadi PM pun…plannya untuk kemakmuran Negara tidak menjadi. Pakteh masih terbayang wajah pucat Paklah dan jeane disisinya ketika menunggu detik2 cemas sehingga BN diumumkan berjaya membentuk kerajaan dengan kurang 2/3 majoriti. Paklah gagal ketika pilihanraya yang lalu.

Selepas beberapa ketika diumumkan anggota kabinet yang mengikut anggapannya mampu membangunkan negara. Sayang seribu kali saying, dulang emas yang ditadahkan tidak semuanya bersambut. 2 ahli parlimen menolak perlantikan. Sekali lagi Plan paklah gagal.

Tidak perlu menunggu lama untuk melihat kegagalan yang jarang2 dibuat oleh insan bergelar ketua. Paklah melantik Zaid Ibrahim sebagai Menteri penjaga undang-undang. Akhirnya apa yang diundang ialah malu besar Paklah kerana orang yang ditatang walau tidak bertanding dalam pilihanraya meludah muka Paklah dan hari ini Zaid masih bersuara malah lebih dahsyat….Zaid sedang membuat pertimbangan samada menyertai PR atau setia dengan BN. Inikah orang yang Paklah anggap hebat untuk kabinetnya?

Mesyuarat MT menjadi sebahagian dari percaturan politik Paklah tetapi kerana ahli MT masih ada diantaranya yang tidak kelabu mata dengan Paklah, gelanggang MT juga bakal menjadi penyudah kepada karier Paklah. Rumour mengatakan Paklah takkan berganjak dari kerusi presiden UMNO. Pakteh cuba untuk mempercayai cerita sebegini dengan pelbagai andaian dan teori yang semuanya berhubung kait dengan percaturan anak-menantu Paklah tetapi apabila Pakteh melihat secara keseluruhan, Plan 2010 sudah tidak relevan dan sehebat manapun Paklah cuba berlari dan mengelak…kerusi empuknya sekarang terpaksa diserahkan kepada orang lain.

Memang masih ada beberapa cara yang Paklah boleh ambil dan pasti ini akan mengekalkan beliau sebagai Presiden UMNO dan PM tetapi Paklah sendiri mengakui beliau sayangkan parti dan sedia bekorban untuk parti…inilah masanya. Jadikan bulan syawal tahun ini sebagai hadiah terbaik kepada rakyat Malaysia.

Betoikaa paklah akan berundur??

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih