Monday, March 31, 2008

Paklah dah letak penghadang

Jika kita merasakan Paklah seorang yang lemah.....baik fikirkan semula....Paklah hanya lemah sebagai Perdana Menteri...sebagai ahli politik...Paklah tidak lemah malah mendahului orang lain...kalau tidak masakan Tun Dr. Mahathir (TDM) boleh memilih beliau sebagai TPM dan sebagai PM?. Kita boleh berkata TDM memang sengaja melantik yg lemah....sebenarnya Paklah berjaya memberikan imej bersih dalam dirinya kepada TDM dan pada awal perlantikkannya sebagai PM...Paklah masih berjaya menipu semua rakyat Malaysia dengan imej "Mr. Clean".......setakat itu...Paklah masih ahli politik yang hebat....licik...
Hari ini....Paklah sekali membuktikan kelicikannya.....Pada PRU12 yg lalu...ramai kalangan org politik hanya memikirkan Paklah letak org dia n KJ jer....sebenarnya...plan Paklah bukan sekadar pilihanraya.....plan Paklah ialah Pilihanraya dan Pemilihan...
Orang marah bila Paklah letakkan dua setiausahanya di Parlimen Sik....tapi orang tak tau hari ini S/U tersebut dah pun menjadi ahli UMNO Bahagian Sik dalam sekelip mata....masa pilihanraya dah ditabur wang ringgit kepada ketua cawangan....kita ingatkan tabur untuk pilihanraya...rupa2nya...untuk pemilihan.....hebat tak Paklah?
Tidak mustahil jika Osman Desa tidak kekang...UMNO bahagian Sik akan menjadi kubu kuat Paklah untuk berkuasa....dan sokongan antara terawal akan datang dari sini.......Betoi kaa?

Friday, March 28, 2008

Ramalan selepas pemilihan

Saya meramalkan Ku Li hanyalah sebagai pembuka jalan kepada pertandingan presiden parti antara Najib dan Paklah...Perlu difahami bahawa kesetiaan kepada ketua menjadi asas kepada parti UMNO dalam apa jua keadaan dan ini yang diamalkan Najib sehingga hari ini namun hakikat kesanggupan untuk bertanding dalam pemilihan parti sudah pasti wujud dalam diri kerana itulah gelanggang yang paling adil dan saksama....sehingga ke tarikh itu...kesetiaannya kepada ketua adalah dituntut..sama seperti tuntutan yang diminta kepada semua ahli UMNO. Berbeza keadaannya jika Paklah dengan sukarela mengundurkan diri atas dasar bertanggungjawab kepada kekalahan yang memalukan diri dan keluarga serta semua ahli UMNO dalam PRU12 yg lalu, Jika itu yang diambil Paklah...sudah pasti Najib akan bersetuju untuk menerajui negara. Pun begitu terdapat juga kenyataan khabar2 angin kaitan Najib dan kes Altantuya dan ini memberi satu tamparan kepada usaha Najib jika perkara ini benar......sehingga hari ini, kes itu masih tidak melibatkan Najib tetapi orang2 disekeliling Najib banyak yang dilibatkan termasuk 3 tertuduh utama. Agak berat untuk menolak kemungkinan Najib tidak terlibat tetapi kita juga setakat hari ini masih harus terus mempercayai integriti mahkamah yang kita ada dan sudah pasti sekiranya terdapat kaitan walau sedikit antara Najib dan kes ini....mahkamah akan memperkatakannya.
Kata orang Najib terperangkap dengan masalah ini dan menyebabkan karier politiknya bergantung penuh dalam genggaman Paklah n family.

Ramalan awal

Presiden Parti - Najib
Timb - Mahyuddin
Naib - Mukhriz
- Khir Toyo
- Hishamudin

Besambung.......

Sejarah Mungkin Berulang

Sejarah Mungkin berulang......Ku Li yang sentiasa berani mencabar kepimpinan parti mungkin akan menghadapi nasib yang sama seperti 2004 apabila dinafikan hak untuk bertanding kerana quota 30% atau 60 undian dari Bhg di seluruh negara. Mungkin kerana itulah Paklah berani mencabar dan menyahut cabaran kerana perencanaannya sedang berjalan kini.....pertandingan ketua bahagian akan menjadi sengit kerana Paklah sudah meletakkan orang2nya untuk merebut jawatan tersebut dan seterusnya memungkinkan beliau terus bertakhta didalam UMNO....
Mampukah Ku Li atau Najib menghalang gerakan Paklah ini?
Terbaru yang Pakteh terima...Setiausaha Politik kepada Paklah iaitu Osman Desa yang tewas dalam PRU12 baru2 ini ditangan Che UDa (PAS) di parlimen Sik telah menjadi ahli UMNO di Bahagian Sik.....hebat...kalau golongan marhean dibawah2 ni..sudah pasti pertukaran itu mengambil masa bertahun2....dan tujuannya sudah boleh dibaca....tambahan pula pengumuman itu dibuat oleh Ketua UMNO Bhg Sik yang memanggil semua ketua Caw. utk tujuan tersebut, Apakah Mid Man akan memberikan secara percuma kerusi tersebut dan galang gantinya...Jawatan gaji buta Penasihat agama kepada perdana menteri dikekalkan. Betoika...

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih