Monday, April 27, 2015

GST - lambang cinta yang suci dan murni

Sejak GST menjadi popular, pakteh juga cuba memahami apa itu GST. Paling penting sebelum memahami GST Pakteh telah menyatakan sokongan tidak berbelah bagi kepada pelaksanaan GST. Bukan terlalu bodoh untuk menidakkan setiap perancangan kerajaan itu pasti adalah untuk kebaikan rakyat.

Sebelum GST dilaksanakan, Pakteh diberikan taklimat oleh Pengarah kastam negeri dan sekali lagi oleh Pegawai kastam yang menjalankan tugasnya. Pada ketika itu, kefahaman tentang GST sudah hampir 90% faham dan apabila dilaksanakan pada 1 April 2015, Pakteh telah memahami apa itu GST. 

Ketika ini, pada hari ini, saat ini,,,kepercayaan kepada kelebihan/kebaikan GST itu masih kekal dan Pakteh yakin GST akan membantu rakyat. Hanya masa yang menentukan cemuhan ini akan berganti pujian. 

Cumaa....ya...cuma....

Jenis barangan yang dikenakan GST perlu dimurnikan lagi. Keperluan asas pendidikan, perubatan tidak sewajarnya dikenakan GST. harus diingat Malaysia sedang mengorak langkah memajukan Pendidikan dan Kesihatan rakyat. Amat pelik apabila saranan tidak sehaluan dengan tindakan. Hari sabtu 25/4/2015 Pakteh ada membeli peralatan asas untuk pelajaran maematik seperti jangka sudut dan sebagainya dan terkejut set barangan tersebut dikenakan GST. Sepatutnya Barangan berasaskan pendidikan dan perubatan dikecualikan GST. 

Pemantuan dan penguatkuasaan perlu diperbaiki 100%. Jika perlu pecat menteri berkaitan...sila pecat. Patut dah lama pecat...sejak gagal dalam kempen GST fasa pertama. Longkang benar mulut apabila mendakwa rakyat dah terima GST sebab aduan dan kurang. Tarikh yang sama pakteh mengadu ada satu mini market kepunyaan Cina yang caj GST tanpa keluarkan resit. Email aduan tak dapat diterima kerana fullbox. 

Untuk kategori pemantauan dan penguatkuasaan....betul2..benar2...sungguh2 mengecewakan.

Kawalan harga barang sudah tidak mampu dilakukan. harga barang naik mendadak. Ya menteri boleh salahkan peniaga tapi sampai bila? sampai bila-bila? Buat sesuatu...Negara ini rakyat dah lantik U sebagai agen pemerintah...U jalankan tugas...

Perlakuan/tindakan/kenyataan PM/TPM/Menteri harus mengambarkan penderitaan rakyat bukan sebaliknya. Pengumuman kutipan 42 juta sehari itu pakteh sambut dengan gembira malah sepatutnya lebih tinggi jika peniaga tidak menipu. Dengan 42 juta sehari.....taraf hidup rakyat akan mampu ditingkatkan. Jangan tanya kemana pergi wang itu kerana selama ini pun...kerajaan membuat kutipan cukai yang banyak dan disalurkan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk.

Hati memang marah dengan kelemahan pelaksanaan GST. Sakit hati dengar peniaga caj GST tanpa resit. Lagi sakit hati bila beli topup. Ini gambaran kelemahan yang paling memualkan.

Tenaga elektrik satu keperluan. Jika anak 9, sehabis jimat pun....penggunaannya akan meningkat dan caj GST menggambarkan kerajaan zalim pada golongan sebegini. Pakteh sudah tutup segala suis tapi masih gagal kurangkan angka pada bil elektrik. 

Dapur...air panas dah kembali ke tradisional. Segala yang bersangkut dgn elektrik dah dihapuskan cuma peti ais.....sedang berfikir apakah peti ais ini barang keperluan atau barangan mewah yang melambangkan keagungan poket pakteh.
Bilik tidur....aircond hanya bila perlu....cuaca panas...kalau tak pasang air cond...comfirm migrain....belum semak lagi ubat migrain kena caj GST atau tidak. Bilik anak pernah juga tak buka aircond sebab pakteh memberikan analogi " abah dulu kecik2 pun tido tak dak aircond". Cuma pakteh lupa...umah tiga bilik yang direka jurutera terbaik dunia ni mengepung haba. Berbeza design umah berdinding buluh, berlantai buluh berbumbung atap bertam yang dibina abah dulu. Tiang kayu...lubang sana sini...bukan sahaja angin boleh masuk....burung terbang boleh cross dalam umah tanpa kebenaran. Free kedap bunyi...cakap tak perlu rahsia kerana dinding buluh.

Buluh dipilih dari buluh yang terbaik. buluh yang panjang dan lurus. Buluh yang matang kerana buluh yang matang mampu bertahan. Buluh muda lembut dan cepat dimakan bubuk. Lebih penting...tidak ada SST atau GST kerana abah pakteh ambil dari hutan...sumber asli.

Pendapat pakteh...GST tak perlu dikenakan kepada makanan harian walaupun sudah berubah wajah. Orang mempertikaikan udang kara 0% GST sedangkan ikan sardin 6%GST. Susah benarkah untuk memahami makanan utama di kedai runcit yang dibeli golongan marhain ini?. Mengapa perlu dihujahkan keburukan makan sardin.....mengapa tidak diiklankan bagusnya makan udang kara?. Ya ikan fresh lebih murah berbanding ikan sardin tetapi bolehkan ikan fresh itu dimakan begitu sahaja?. 

Ikan fresh dari market itu perlu disiang......0% GST kerana guna tenaga sendiri tetapi....Bahan untuk membuatkan ikan tadi menjadi Gulai, Kari, masak lemak, asam pedas ada yang dikenakan GST.

Pakteh menyokong GST tetapi dada semakin sesak, nafas semakin panas....

Friday, April 3, 2015

Berbicara dalam kewarasan dan berlapang dada

Pandangan pakteh:

Adakalanya jika jalan sudah tidak berpenghujung, baik benar jika menoleh ke belakang dan membiarkan kewarasan menguasai diri. Amat malang apabila keegoan dibiar berleluasa membuat keputusan yang akhirnya merugikan peribadi.
Masih baik jika hanya keegoan...apa akan jadi apabila membiarkan kebodohan dan keegoan yang mencipta sahsiah peribadi?.... pasti malu keturunan dan segala yang diwarisi.

Tidak salah untuk sesiapa sahaja menoleh kebelakang melihat semula kebaikan dan keburukan dan akhirnya membiarkan kewarasan membuat keputusan untuk memilih kebaikan.

langit tidak selalu cerah tetapi biarlah panas hingga ke petang..jangan hujan ditengah hari. Janganlah sudah terhantuk baru terngadah kerana kelak rosak badan binasa. Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat..berbaik-baiklah sesama kita kerana PRU14 dah dekat. Yang menang jadi arang yang kalah jadi abu....dua2 hitam dan tak berguna...lebih baik pilih kewarasan dalam berfikir sebelum kedua-duanya hitam legam jadi abu dan arang....panas terbakar. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga dan kerana seekor kerbau terpalit lumpur habis semua kerbau dihina....kokok berdekah-dekah ekor dok kibas tahi....busuk lagi membusukkan. Pilihkan yang wangi jangan pilih yang busuk...itulah gunanya kewarasan dan kebijaksanaan.

Jika difikirkan diri bijak....berbuatlah sesuatu yang menguntungkan semua. Matanglah dalam berfikir walau dilihat tidak matang bila senyum terukir.

Kata pakteh: 

Amat letih rasanya menebang buluh....bukan kerana beratnya buluh tapi banyak nyamuk..agas..tungau...sekenet...dok gigit peha, teloq, pusat, mata..habis semua kena. Nak bakaq hutan....biaq mati tungau dan sekenet...dok pikiaq pulak...buluh pun disitu...sekenet mati..buluh pun mati...pakteh nak tebang apa?

Sebab tu kadang-kadang sebulan sekali baru tebang buluh.....belengaih ketiak panaih-panaih ni nak tebang buluh.

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih