Penghujung 2014 ditutup dengan pelbagai peristiwa pilu seolah-olah ingin mengambarkan betapa sepanjang 2014....rakyat Malaysia hanya perlu mengalami rasa sedih, perlu terus dihidangkan dengan kisah yang membuatkan sang pemimpin tidak lena tidur dan rakyat marhain tercari-cari sebab musabab punca kepada segala yang berlaku.
Pakteh bersimpati dengan semua mangsa banjir yang berlaku di seluruh negara. Tidak ada sedetik niat untuk menjadi keybord warrior apatah lagi...hanya mampu melihat dari jauh penderitaan mereka.
Cuma......sejak beberapa hari lalu.....timbul persoalan.......mengapa hanya kedengaran komen, komplen, tidak puas hati dan sumpah seranah kepada kerajaan datangnya dari Kelantan?.
Pakteh akui....Kelantan teruk dilanda banjir.....ada kemalangan jiwa, ada rumah rosak, ada kereta tersadai dan ada premis perniagaan tenggelam. Namun apakah di Terengganu, Pahang, Johor, Kedah, Perlis dan Perak tidak mengalami nasib yang sama?. Nasibnya sama cuma di Kelantan lebih teruk dan ramai mangsanya.
Sehingga pagi ini....setiap tindakan kerajaan pusat terus dipersoalkan....kadang-kadang terasa seperti Pakteh hilang rasa simpati dengan segelintir mereka yang tidak punya rasa syukur sebegini. Jika penduduk negeri lain boleh bersabar dan melalui petaka ini dengan seadanya....mengapa di Kelantan, penduduknya merasa terlalu hebat sehingga segala-galanya dipertikaikan. Pakteh mohon maaf kepada rakyat Kelantan, tulisan ini hanya untuk segelintir yang tidak tahu rasa syukur. Atau........sebenarnya....segala adu domba dan cercaan malah fitnah itu datangnya dari penfitnah tegar kumpulan tertentu?. Telah terbukti beberapa dakwaan di FB sebenarnya hanya berita palsu yang menyusahkan seluruh jentera penyelamat.
Namun ada juga kisah benar yang kadangkala diletakkan di wall FB tanpa ada sebarang niat terselindung namun diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk menyalahkan kerajaan.
Sebaiknya......ketika tragedi buruk melanda negara, kita bersatu hati menyokong setiap tindakan pemimpin. DS Najib dan TS Muhyiddin diharapkan terus diberi kekuatan untuk mengaharungi ujian kali ini.
Semoga kita lebih tabah dan berdoalah agar bencana ini cepat berlalu.
* Semoga Pesawar Air Asia Indonesia cepat ditemui.....Tragedi pesawat ke 3 untuk Malaysia dan ini menjadi sejarah hitam yang takkan dilupakan buat selama-lamanya.
p/s: PR hanya tahu menangguk di air keruh.
1 comment:
Harapnya pihak blogger dapat menghebahkan kepada semua NGO yang hendak beri bantuan supaya menyelaraskan dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana yang diketuai oleh Pegawai Daerah yang berkenaan melalui Setiausaha Keselamatan Daerah supaya tidak timbul kejadian seperti tahun lepas di mana ada kampung yang dapat bantuan sampai 4 ke 5 kali, tetapi ada kampung yang hanya dapat bantuan JKM sahaja hingga menyebabkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan kerana menyangka bantuan NGO itu adalah bantuan dari kerajaan.
Semoga para NGO dapat memberikan kerjasama kepada pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana untuk mengelakkan rasa tidak puas hati di kalangan mangsa yang hanya melihat orang lain saja dapat tapi dia tak dapat.
Ini bukanlah untuk pihak Pusat Kawalan Operasi Bencana nak merampas bahan itu dari pihak NGO, tetapi untuk penyelarasan supaya tidak timbul isu rasa tidak puas hati di kalangan mangsa yang ketinggalan.
Ini disebabkan NGO tidak mempunyai maklumat kawasan mana yang dah dapat sampai dua tiga kali, dan kawasan mana yang tak dapat lagi, hanya dapat dari JKM sahaja.
Oleh itu, berilah kerjasama untuk memudahkan kerja. Sekian, terima kasih.
Post a Comment