Thursday, November 20, 2014

Pedulikan semua.....Perhimpunan Agong dah dekat

Ketakutan rakyat kepada kenaikan harga barang mungkin sudah melebihi ketakutan kepada komunis satu ketika dulu. 
hari ini, jika membeli barang....hampir setiap hari akan terdengar..."harga naik sebab dah GST". Berapa ramai rakyat yang sedar GST hanya akan dilaksana tahun depan?

Siapa yang bertanggungjawab? Menteri yang sepatutnya memegang amanah memberi maklum kepada rakyat masih gagal menjelaskan kebaikan GST. 

Beberapa hari lalu di sebuah gedung popular Kota Bahru, Pakteh bertanyakan harga baju batik...."Naik harga sikit sebab dah kain putih sekarang ni kena GST". Nak jelaskan pada adik yang jual tu GST belum dilaksanakan...seperti dia memang tak faham apa2, sekadar menyambung percakapan bosnya atau bosnya pun tak faham...sekadar menerima kenaikan harga dari pemborong.

Sebelum Perhimpunan Agung....berfikir semula nasib rakyat di kampung-kampung yang juga terliuar dengan capaian internet di kota-kota besar. Sik yang segala-galanya dianak tirikan sudah memberikan 3-0 tetapi capaian internetnya sangat menyedihkan. Ini bukan salah rakyat, Ini juga bukan salah siapa-siapa tetapi mungkin syarikat Telco memikirkan orang Sik belum mampu membayar dengan nilai RM25/Rm28/RM30/RM50. Sebenarnya orang Sik dah bayar lebih dari itu. Dengan bayaran yang sama orang Sik terpaksa melayari internet dengan kelajuan tahap siput sedut.

Sebelum perhimpunan Agung.............berfikirkan untuk orang Melayu. Janji untuk hapuskan akta hasutan tak perlulah ditunaikan. 

Mengapa perlu mengikut telunjuk pembangkang?. Percayalah kata Pakteh....Malaysia akan aman jika tiada pembangkang.....mentaliti bahawa pembangkang itu pengimbang kepada kerja buat BN tak boleh diguna pakai kerana sifat pembangkang di Malaysia tidak pernah ikhlas. 

Sebelum perhimpunan Agung.........berfikirlah untuk Islam. Jangan membiarkan mahkamah dunia lebih tinggi dari mahkamah syariah....buatlah sesuatu selagi berkuasa. Jangan nanti pondan dan bapuk menuntut hak akad nikah sesama jenis dalam masjid kerana kita BN yang berbuat silap. 

Berfikirlah.....

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih