Tuesday, May 13, 2014

Hot ! Memalukan...!! Apapun alasan, rakyat marhain lebih bermaruah

Baru sehari Pakteh menulis tentang pahit getir rakyat bawahan meneruskan kehidupan dalam persekitaran harga komoditi yang merudum dan harga barangan meningkat. Semalam UMNO dan negara dikejutkan dengan perletakan jawatan bekas MB Terangganu dalam apa sahaja jawatan dalam UMNO.

Khabarnya....hanya kerana kenduri anak, Ahmad Said berpatah arang dengan UMNO. Pakteh sebenarnya tidak bersetuju dengan peralihan kepimpinan di Terengganu dalam situasi UMNO tidak kuat malah adanya pergolakan dalaman namun tindakan menikam UMNO yang selama ini memberi beliau segala kemewahan pangkat, harta dan darjat....tindakan ini memualkan.

Darjat rakyat bawahan lebih tinggi berbanding beliau....

Rakyat bawahan telah lama mengimpikan membeli ikan kembung tanpa mengeluh kekurangan duit. Keluhan ini sekadar keluhan kepada pemimpin tanpa terdetik untuk keluar dari parti yang selama ini menaungi rakyat.

Itulah hakikatnya jika perjuangan bukan berlandaskan kepada keinginan membantu rakyat. kesilapan membuat keputusan mungkin berlaku diperingkat pusat tetapi kini, keputusan itu adalah tepat kerana selama ini Terengganu sekadar mempunyai MB yang tiada nilai kesetiaanya pada parti.

5 comments:

Wan. jamak said...

Kalau tak tau cerita jgn buat posting. Posting mcm ni la yg. memualkan.

Anonymous said...

Betul tu, siasat dulu punca dan sebab musabab baru posting mempunyai jiwa.

Pakteh said...

(Mungkin alasan yang saya quote itu tersilap, saya mohon maaf)

Apapun ceritanya....rakyat biasa dituntut setia kepada parti tetapi pemimpin yang 6 tahun enak di kerusi MB, terus keluar parti.

apa lagi nak cerita?

Anonymous said...

Memang saya tak tau puncanya, orang melayu tak mahu ada lagi orang macam anuar ibrahim

Anonymous said...

Setuju dgn pakteh

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih