Malam ini In shaa Allah kita akan beramai-ramai berada di Stadium Darul Aman untuk program yang murni dan mulia. Mahabbatul Rasul "kedah Bersalawat" mengajak orang ramai untuk sama-sama mengingati Junjungan Besar Baginda Rasullullah S.W.A.
Dikotak fikiran Pakteh ketika program ini mula kedengaran akan dianjurkan, pastilah segenap pelusuk rakyat tanpa mengira ras pangkat dan darjat, warna kulit maupun perbezaan politik akan turut serta. Program ini langsung tidak menjolok sebarang agenda politik dan ianya semata-mata untuk menyemai rasa cita Rasul dibumi hijau kuning yang aman dan makmur ini.
Rupanya, hati dan keseronokan Pakteh tidak bertahan lama apabila ada segelintir pimpinan Pas merasakan program sebegini akan merampas Islam dari Pas. Apakah benar dakwaan selama ini bahawa ahli Pas beranggapan Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Jika berdasarkan pengalaman peribadi Pakteh pada tahun 1999, Pakteh akan berkata benar kerana disuatu petang diKampung Mempelam Mergong, rakan Pakteh bermati-matian mempertahankan Islam itu Pas dan Pas itu Islam dan jika tak masuk Pas seperti tak Masuk Islam.....Masyaa Allah....masih terngiang-ngiang ditelinga Pakteh dakwaan tersebut.
Kini....hari ini....program Kedah Bersalawat akan berlangsung. 2 hari lepas......fitnah dan tuduhan yang sepertinya mengiyakan bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas kembali kedengaran. Mengapa hati Setiausaha Dewan Ulama Pas Kedah Ustaz Ahmad Yahya begitu busuk dan hitam?. Mengapa tidak ada cahaya ikhlas untuk bersyak wasangka baik sebagaimana yang dituntut?. Bagaimana seorang yang dipanggil Ustaz tidak merasa malu dan hina untuk menuduh Datuk Seri Mukhriz Mahathir dengan pelbagai tuduhan yang tidak sepatutnya.
Mungkin ada benarnya....apa seseorang itu saban hari bergelumang dengan tahi yang busuk, hidungnya sudah mangli atau bermutasi dengan bau busuk tersebut. Demikian juga apabila saban hari hidupnya hanya tahu fitnah, caci maki, adu domba, khianat maka akhirnya program yang baik dan murni juga tanpa malu difitnah dengan pelbagai perkara tidak benar.
Pakteh tidak berhasrat memetik keseluruhan kenyataan media oleh Ustaz Ahmad Yahya tetapi biarlah dua perenggan ini memberikan kita kefahaman hati busuk beliau
Malah secara menyindir, Ustaz Ahmad berkata, Mukhriz pasti tidak selesa untuk menggandingkan penampilan beliau seperti itu di khalayak sekiranya isteri beliau turut berada di sisi.
“Kontradiknya dapat dilihat apabila beliau menghentikan pembinaan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman (MTSD), menganggap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sebagai bebanan selain menyerahkan Maktab Mahmud kepada Kerajaan Persekutuan,”
Perenggan yang Pakteh Quote ini pertamanya menampakkan nilai murni dan suci langsung tidak ada dalam diri Ahmad yahya apabila menghina isteri DS Mukhriz dan quote yang kedua itu menunjukkan fitnah yang amat besar kepada pentadbiran BN hari ini walaupun beliau sebenarnya tahu apa yang diperkatakan itu adalah hasil kebodohan Pas dalam mentadbir negeri.
Bagi Pakteh, cukuplah dengan maki hamun dan fitnah yang selama ini menjadi makanan harian puak Pas. cubalah menjadi pemimpin yang baik dan ikhlas. Tidak salah menjadi jujur dan ikhlas dan Pakteh pasti menyokong dan suka dengan pemimpin Pas yang jujur.
p/s: Kepalanya mungkin berkopiah putih tetapi hatinya sudah hitam. Bagaimana nak dapatkan redha Allah jika begini pimpinan yang diangkat oleh Pas Kedah?....fikir-fikirkan.
2 comments:
Bg sesetgh org PAS, tak de makna nya Islam jika tidak bersama mrk atau tidak menyokong mrk. Kerana itu, yg kafir penyembah berhala, dan yg mensyirikkan Allah swt dianggap lebih mulia dr ahli Syahadah.
Kesian melihatakn lebai2 Pas yang menganggapkan program ini adalah politik... Perbuatan mereka ini tidak membuatkan orang kedah tertarik dengan PAs.. malah lebih benci... Islam tu bukan milik PAS sahaja... asal ulamak nak masuk UMNO, dicaci...dihina... Lingkup lagi lah PRU akan datang.. mmg seswai jadi pembangkang... tahu bangkang, kerja mcm longkang
Post a Comment