Thursday, October 11, 2012

Bukti Jelas..!! Anwar# Memang saya main belakang

Kebenaran adalah sesuatu yang indah untuk dinantikan. Bersabarlah seketika jika keadilan masih belum muncul kerana akhirnya yang hak akan dibela, yang bathil akan ditunjukkan jalan keluar.

Pakteh mengimbau kembali betapa negara dikejutkan dengan gambar Altantuya melahap ayam disebelah DS Najib yang tersenyum penuh makna. PR memperguna sepenuhnya gambar tersebut untuk menunjukkan betapa teruknya DS Najib. Paling menjelikkan gambar itu bukan sahaja ingin membuktikan DS Najib ada hubungan dengan Altantuya tetapi sebenarnya dijadikan LESEN BESAR untuk menyatakan DS Najib adalah dalang sebenar dalam kes Altantuya mati dibunuh. Akhirnya kebenaran tetap muncul apabila Tian Chua mengakui itu adalah gambar superimpose. YB ZUL Kulim Bandar Baru mendedahkan Anwar adalah dalang untuk menfitnah DS Najib.

Pakteh juga ingin mengajak rakan-rakan mengingati kembali detik sebelum 16 September 2008. Negara seperti huru-hara dibuatnya. Anwar dengan angkuh mendabik dada meminta kerajaan pimpinan Tun Abdullah berundur dengan hormat kerana sokongan rakyat, pasukan keselamatan dan Agong kini sudah beralih kepada beliau. Pemburuan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak adalah sekadar gimik murahan untuk membuktikan berapa BN sepatutnya telah tumbang. Akhirnya 16 September 2008 berlalu begitu sahaja seperti kentut busuk yang tidak diketahui siapa puncanya biarlah jelas kentut berbunyi dari punggung Anwar. Malaysia masih diperintah oleh BN hingga saat ini 11 Oktober 2012.

Pakteh juga ingin mengimbas peranan SUARAM dalam mempertikaikan pembelian kapal selam negara. rakyat seluruhnya menyambut baik penambahan kekuatan alatan pasukan keselamatan tetapi  NGO haram tidak berdaftar SUARAM memburukkan dalam segenap aspek pembelian tersebut sehinggakan DS Najih dianggap perasuah dalam isu tersebut. Rakyat dimomokkkan dengan segala siasatan dan pendakwaan oleh pihak Perancis berkaitan isu ini. Akhirnya terbukti segala dakwaan SUARAM selama ini sebenarnya satu penipuan.

Tiga isu yang Pakteh tunjukkan adalah kes ketiadaan isu namun DIBESAR-BESARKAN oleh Anwar untuk meneruskan hasrat politiknya. Kes kosong sebegini membuktikan Anwar hanya bergantung kepada fitnah dan pembohongan untuk terus mendapat tempat dihati rakyat. Pakteh melihat inilah faktor mengapa kini Anwar semakin dijauhi rakyat.

Rakyat boleh terpesona seketika dengan kaca yang dikata manikam namun akhirnya apabila terpancar sinaran mentari, rakyat akan mudah mengetahui manikam yang dipersembahkan itu sebenarnya palsu dan hanya kaca semata-mata.

Anwar boleh untuk menidakkan peranannnya sebagai dalang dalam isu kapal selam tetapi apabila SUARAM sudah hampir hilang semangatnya kerana terlalu banyak menipu, Anwar secara bodoh menonjolkan dirinya sebagai jurucakap kepada SUARAM. Biarpun secara tidak langsung, rakyat boleh menilai mengapa Anwar tiba-tiba bercakap soal kapal selam di Parlimen malah mengundang pihak luar untuk terus menipu rakyat. Anwarlah pemain belakang disebalik isu ini.  Pakteh faham, Anwar ingin spin dari isu bajet bodoh Pakatan Rakyat tetapi spinnya tidak menjadi apabila terdedah pula dirinya sebagai pemain belakang dalam isu kapal selam.

Inilah padahnya apabila penipu ingin menutup aib diri, terpaksa menipu dan terus menipu....

p/s: Tak sudah-sudah Anwar ni dengan main belakang.....Pas apa tunggu lagi?....takkan nak hanyut dengan tongkang penuh taik?

No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih