Thursday, October 25, 2012

Diseret Ke Lembah Hina

Pakteh ambik artikel ni dari blog King of the East: bani Jawi yang hilang "Misteri"
 
 
Politik telah berjaya menyisihkan kepentingan agama bila Islam tidak lagi dominan. Itulah yang berlaku dalam masyarakat Melayu kini. 

Kepahitan yang terpaksa ditelan. Demi kelangsungan perjuangan politik, matlamat menghalalkan cara. Islam tidak lagi mampu menjadi tapak kukuh dalam menyelesaikan masalah. Malah dalam sesetengah keadaan peraturan agama terpaksa dipinggirkan atau didiamkan sahaja. 

Kekotoran politik dilihat semakin mencemari Islam apabila para pemimpin bertaraf ulama yang sebelum ini begitu kukuh perjuangannya juga terpaksa mengalah. Masyarakat pula kini turut diseret ke lembah hina ini atas sangkaan perjuangan berlandaskan alQuran dan Hadis. Bolehkan kita menerimanya?

Jika ingin bersama Islam kita lihat hanya PAS sahaja yang layak untuk disokong, namun melihat pada keadaan semasa, ia tidak akan mampu membantu kita untuk memperolehi kemenangan yang dihajatkan. Inilah nasib kaum Muslimin Malaysia. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. 

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din baru-baru ini mengeluarkan ‘pesanan’ kepada masyarakat agar jangan kaitkan PAS dengan tindakan Anwar Ibrahim yang melancarkan buku tulisan bekas Ahli Parlimen India, Mobashar Jawed Akbar yang berfahaman liberal dan juga semua tindakan dan kenyataan Anwar yang bersifat liberal.

Perlu diingatkan bahawa Anwar sebelum ini juga membela buku Salman Rushdie, The Satanic Verses yang menghina Islam dan Rasulullah SAW sebagai karya agung. Dan Anwar juga berpandangan bahawa tindakan umat Islam membantah filem Innocence of Muslim sebagai berlebih-lebihan.

Bagi penulis, jika dibaca beberapa sedutan dari buku Mobashar, mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa jika fahaman liberal boleh diukur, maka tahap liberalis Anwar adalah jauh lebih tinggi dari Mobashar yang masih berpegang kepada Islam sebagai agama yang lebih tinggi tetapi di masa yang sama berpegang kuat kepada jatidiri bangsanya, India.

Namun, kita bukan ingin membahaskan identiti atau fahaman yang dipegang oleh Mobashar kerana Mobashar tidak ada kena mengena dengan politik dan rakyat Malaysia. Malah, dari kenyataan  Dr Haron Din yang menolak sebarang kaitan PAS dengan tindakan Anwar, secara automatik bermaksud identiti dan fahaman Anwar juga tidak wajar lagi dijadikan subjek perbahasan kerana kenyataan itu sendiri pada dasarnya telah mengesahkan siapa dan apakah Anwar iaitu berfahaman pluralis dan berpendirian liberalis.

Justeru, apa yang tinggal dan yang paling penting untuk dibahaskan di sini ialah pendirian Dr Haron Din atau PAS dalam menangani subjek ‘Anwar’ ini.

Kata Dr Haron Din, “Tidak mengapa, itu pandangan politik dia (Anwar) dan dia rasakan itu boleh mendapatkan keuntungan (maka) dia buatlah. Kita pun tidak campur hal PKR. PAS dengan PAS, PKR dengan PKR dan DAP dengan DAP,”

dan,

“Itu politik Anwar Ibrahim dan dia tidak asaskan politiknya kepada Islam. Jadi dia (Anwar) tak macam kita. Kami dalam PAS, semuanya kita rujuk kepada Islam.”

Mungkinkah Dr Haron Din perlu diingatkan bahawa Anwar Ibrahim itulah yang akan PAS angkat menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya kali ini atau jika berjaya mengambil alih kerajaan melalui jalan belakang.

Jika PR memerintah, PAS perlu mengambil kira pendapat dan pendirian Anwar yang liberal dan juga DAP yang memusuhi Islam, dalam mentadbir negara ini. Lebih dahsyat, PAS bukan saja perlu mengambil kira, tetapi menurut apa saja keputusan Anwar yang berlandaskan fahaman liberal itu memandangkan beliau adalah Perdana Menteri.

Dan PAS juga tidak akan berjaya seratus peratus menentang pendapat dan keputusan DAP yang memusuhi Islam berdasarkan apa yang dapat dilihat hari ini di mana PAS sering mengalah kepada DAP.

Di tambah dengan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri yang lebih cenderung terbuka kepada pendapat DAP dari PAS maka apakah jaminan Dr Haron Din yang negara ini tidak akan di bawa arus liberal dan plural di bawah pemerintahan PR?

Hakikatnya, bagi Dr Haron Din untuk menidakkan kaitan PAS dengan Anwar atau DAP adalah sama dengan menyatakan bahawa beliau tiada kaitan dengan isterinya sendiri.

Sepertimana dalam satu perkahwinan di mana suami isteri tinggal serumah, tidur sebilik, menjalani kehidupan, mendidik dan membesarkan anak bersama, tidak mungkin dapat menafikan kaitan antara satu sama lain, tak kiralah walau kedua-duanya tidak sependapat dalam banyak perkara. Setiap keputusan dalam rumahtangga juga selalunya terpulang kepada pihak yang lebih dominan, tak kira suami atau pun isteri sementara pihak yang pasif akan terpaksa menurut.

Begitulah juga kerjasama PAS-DAP-Anwar di mana yang dominan akan membuat keputusan akhir dan yang pasif akan sentiasa menurut saja.

Nampaknya, Dr Haron Din masih berada dalam keadaan ‘penafian’ (denial) mengenai hubungan PAS dengan Anwar dan juga DAP. Sama ada kerana terlalu sayangkan jawatan di dalam PAS, terlalu sayangkan parti atau terlalu ego untuk mengaku kesilapan PAS atau diri sendiri kerana bekerjasama dengan Anwar/DAP, maka Dr Haron Din telah memilih untuk terus menerus memendam rasa dan membuat kenyataan (penipuan) bahawa hubungan itu adalah benar.

Dengan ini beliau berharap akan terlepas dari dosa bersubahat memenangkan kafir harbi dan menjulang seorang liberal, plural sebagai Perdana Menteri.

Jika PR menang PRU dan Anwar ingin memperkenalkan dasar-dasar liberal maka PAS mungkin boleh membantah secara lisan dan boleh berdebat mengenainya di parlimen. Tetapi setakat itu sahajalah yang dapat PAS lakukan.

Tidak mustahil PAS tidak akan mampu mengkritik apatah lagi mengecam dasar-dasar liberal yang bakal diperkenalkan Anwar, tanpa ditempelak atau disenyapkan terus.

Ketika itu, terpulanglah kepada Dr Haron Din jika masih ingin membohongi diri bahawa beliau tidak terlibat dengan keputusan Anwar kerana apa jua alasan yang diberi, sudah tidak bererti lagi. Apabila Anwar menjadi Perdana Menteri, air mata darah juga tidak mungkin mampu mengembalikan Islam di tempatnya yang eksklusif dalam perlembagaan negara.

Islam akan terus terpinggir. Mampukah Dr Haron Din memperbaiki keadaan?

Wednesday, October 24, 2012

Betoi-betoi putar sigh...

Sedikit petikan dari Malaysiakini tulisan Nigel Aw

"Awang Adek berkata pegawai tersebut telah meletak jawatan dan audit telah mengenal pasti masalah tersebut, manakala (jabatan) kastam telah membuat laporan polis.

Tegasnya lagi, tindakan akan diambil kerana tiada siapa pun yang mahu melindungi orang yang bersalah.
Fong pula berkata beliau tidak berpuas hati dengan jawapan Awang Adek, sambil meminta penyokong BN supaya senyap.

Katanya beliau mahu tahu apakah tindakan yang akan diambil, dan bukan setakat berkata 'akan, akan, akan', tetapi mahu jawapan yang konkrit."


Jika anda perhatikan dalam kes ini, tindakan yang diambil oleh sesebuah agensi kerajaan telah mengikut kehendak peraturan.

Jabatan Audit Negara telah melakukan perkara yang betul iaitu
1. Telah mengenalpasti masalah
2. Telah mengenalpasti individu terlibat
3. Telah membuat laporan kepada pihak terlibat

Jabatan Kastam telah melakukan tindakan yang betul iaitu
1. Telah membuat laporan polis
2. Pegawai tersebut telah meletak jawatan

Bukankah itu tindakan yang telah diambil oleh pihak terlibat?

YB DAP itu sendiri hanya mahukan tindakan yang AKAN diambil, tetapi memperlekehkan jawapan yang tepat dan betul. Pakteh faham YB DAP yang tak sedar diri ni mahu tahu apa hukuman yang bakal dijatuhkan?

Pelik...bilamana DAP dan NGO petualang negara kononnya mempertahankan hak asasi manusia sehingga penjenayah pun dibela, alih-alih...mahukan menteri memberikan justifikasi bentuk hukuman yang akan dijatuhkan. Menteri bukannya hakim nak berikan hukuman.

laporan polis sudah dibuat, biarlah polis menyiasat dan sekiranya ada kes, dibawa ke mahkamah dan hanya hakim yang layak menjatuhkan hukuman yang sesuai mengikut kesalahan yang dibuat.

Inilah yang berlaku sebenarnya pada masa ini. Pihak yang benar di spin supaya kelihatan salah. Jika Anwar balun pungkoq Jantan, Najib tetap akan disalahkan kerana tidak menjaga jantan2 negara dengan baik. Jika hari ini Anwar balun bini orang, Najib juga akan dipersalahkan kerana kurang memberi nasihat kepada isteri2 orang.

Itulah kesnya yang berlaku di Kedah apabila selepas 4 tahun memerintah, PAS masih menyalahkan UMNO/BN apabila berlaku kerugian dipihak syarikat milik kerajaan dalam melaksanakan misi syarikat. Punya tak tau malu, setpol bertitle haji juga sanggup spin tunggang lannggang untuk menegakkan benang yang basah. Mujoq tak jadi YB kawasan aku dulu....kalau tidak...fuhh..khak ptuihh. Cukup benci aku dengan orang yang spin isu biarpun dah terjelas depan mata. Kalau bercakap benar...musuh yang hebat sekalipun..tetap aku hormat.


Wednesday, October 17, 2012

Analisis bajet 2013 : #Berapa nilai PR beri kepada Islam? eh eh...Pas dok pertikai Najib tak bagi kat SAR

PAS seperti buta hati untuk membuang segala kebaikan dalam bajet 2013. Begitu banyak peruntukan yang jatuh ke tangan umat Islam, Pas masih mempersoalkan itu dan ini...

Hari ini ada baiknya Pakteh tanya Pas...apa Anwar dari berikan untuk Islam dalam bajet PR baru-baru ni?

Berapa untuk sekolah yang majoriti @ 100% pelajarnya Islam?

Berapa?





Berapa?




Berapa Anwar dah sediakan peruntukan?






BERAPA?????????????????

HABAQ LAAA.........BERAPA???

Tuesday, October 16, 2012

Baru nak buka langkah dah kena sergah

Pakteh sangat suka bila Pas Kedah melalui Majlis Bandarayanya ingin menguatkuasakan etika pengiklanan. Iklan zaman skang ni pelik-pelik. Nak jual minyak tapi botol minyak pun tak nampak...terlindung dek bontot wanita yang berseluar ketat, berkilat dan melekat-lekat.
Jika hudud menjadi iltizam terkuat Pas, Pakteh melihat penguatkuasaan ini adalah sekadar seekor kuman kurus yang langsung tidak berbekas dan teramat mudah untuk dilaksanakan.

Malangnya...undang-undang yang semudah ini disergah oleh kafir harbi tanpa usul periksa. Pakteh tidak dapat membayangkan apa akan jadi jika Pas Kedah melaksanakan hudud.

Pakteh berdoa Pas kedah diberi kekuatan untuk meneruskan penguatkuasaan ini.

Ada pihak menilai rakan kafir dari BN juga bersuara...anda nilaikan suara dari DAP dan suara dari rakan BN...mana menyergah mana memberi pandangan.

itulah bezanya harbi n zimmi......

Bukan susah untuk menilai isu ini. Apabila Pas kini berpresidenkan TG Hj Hadi.....ludah yang dihala ke langit datu ketika dulu....kini terjatuh ke muka semua ahlinya....

fikir-fikirkan....

Ikhlaskan Pakteh dengan agenda Pas ini....Pakteh ikhlas...teruskan penguatkuasaan ini.

Friday, October 12, 2012

@Anwar BALUN depan belakang #Pas pejam mata

Kata sudah
Tegoq pun sudah
Sinis sudah
Amaran pun sudah
Nasihat sudah
Pandangan pun sudah

Pakteh rasa...kalau dah habitnya bodoh sombong....babi depan mata pun dok ingat rusa....sanggup ditembak dan dimakan.

Pakteh kata pengkhianat negara
Sanusi Setpol  MB tetap bela Anwar

Pakteh tegoq jangan rapat dengan PKR
Sanusi Setpol siap tertunggu kedatangan Anwar ke Kedah

Pakteh siniskan hubungan Pas dan DAP
Sanusi Setpol & Geng anggap DAP lebih mulia dari MCA dan MIC

Pakteh bagi amaran hubungan dengan PKR#Anwar akan menjahanamkan PAS
Puak Pas anggap itu kecemburuan Pakteh kepada hubungan haram tersebut

Pakteh nasihatkan jangan anggap Lim Guan Eng tu khalifah
Puak2 Pas angkat LGE tinggi seumpama Khalifah Omar Abd Aziz

Pakteh berikan pandangan agar Pas menjauhkan diri dari PKR atu PR
Sanusi Setpol MB Kedah tetap berbangga ikut bontot BERSIH sampai basah-basah...ermm

Itulah bezanya PAS dan UMNO

Rasional ahli UMNO masih tinggi dan waras berbanding PAS

UMNO sanggup memecat dan menolak ahlinya yang meliwat serta jahat
PAS menutup serapat mungkin segala kebobrokan ahlinya
Paklah yang bertitle PM serta Presiden pun sanggup diturunkan jawatan apabila gagal menguruskan negara, Amat-amat mustahil PAS boleh berbuat demikian kepada Nik Aziz yang titlenya hanya MB dan Mursyidul Am biarpun rakyat Kelantan amat menderita dengan corak pentadbirannya.

Pekung Anwar bukan lagi terbuka sedikit demi sedikit tetapi sudah terbuka seluas-luasnya....rakyat sudah menilai kebobrokan Anwar...
Hanya PAS masih berfikir-fikir..masih menimbang...masih termanggu....apakah rapat dengan Anwar ini mampu meraih laba atau hanya mendapat Bala. Biarkan Siluncai terjun dengan labu2nya...biarkan...biarkan...

Thursday, October 11, 2012

Bukti Jelas..!! Anwar# Memang saya main belakang

Kebenaran adalah sesuatu yang indah untuk dinantikan. Bersabarlah seketika jika keadilan masih belum muncul kerana akhirnya yang hak akan dibela, yang bathil akan ditunjukkan jalan keluar.

Pakteh mengimbau kembali betapa negara dikejutkan dengan gambar Altantuya melahap ayam disebelah DS Najib yang tersenyum penuh makna. PR memperguna sepenuhnya gambar tersebut untuk menunjukkan betapa teruknya DS Najib. Paling menjelikkan gambar itu bukan sahaja ingin membuktikan DS Najib ada hubungan dengan Altantuya tetapi sebenarnya dijadikan LESEN BESAR untuk menyatakan DS Najib adalah dalang sebenar dalam kes Altantuya mati dibunuh. Akhirnya kebenaran tetap muncul apabila Tian Chua mengakui itu adalah gambar superimpose. YB ZUL Kulim Bandar Baru mendedahkan Anwar adalah dalang untuk menfitnah DS Najib.

Pakteh juga ingin mengajak rakan-rakan mengingati kembali detik sebelum 16 September 2008. Negara seperti huru-hara dibuatnya. Anwar dengan angkuh mendabik dada meminta kerajaan pimpinan Tun Abdullah berundur dengan hormat kerana sokongan rakyat, pasukan keselamatan dan Agong kini sudah beralih kepada beliau. Pemburuan ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak adalah sekadar gimik murahan untuk membuktikan berapa BN sepatutnya telah tumbang. Akhirnya 16 September 2008 berlalu begitu sahaja seperti kentut busuk yang tidak diketahui siapa puncanya biarlah jelas kentut berbunyi dari punggung Anwar. Malaysia masih diperintah oleh BN hingga saat ini 11 Oktober 2012.

Pakteh juga ingin mengimbas peranan SUARAM dalam mempertikaikan pembelian kapal selam negara. rakyat seluruhnya menyambut baik penambahan kekuatan alatan pasukan keselamatan tetapi  NGO haram tidak berdaftar SUARAM memburukkan dalam segenap aspek pembelian tersebut sehinggakan DS Najih dianggap perasuah dalam isu tersebut. Rakyat dimomokkkan dengan segala siasatan dan pendakwaan oleh pihak Perancis berkaitan isu ini. Akhirnya terbukti segala dakwaan SUARAM selama ini sebenarnya satu penipuan.

Tiga isu yang Pakteh tunjukkan adalah kes ketiadaan isu namun DIBESAR-BESARKAN oleh Anwar untuk meneruskan hasrat politiknya. Kes kosong sebegini membuktikan Anwar hanya bergantung kepada fitnah dan pembohongan untuk terus mendapat tempat dihati rakyat. Pakteh melihat inilah faktor mengapa kini Anwar semakin dijauhi rakyat.

Rakyat boleh terpesona seketika dengan kaca yang dikata manikam namun akhirnya apabila terpancar sinaran mentari, rakyat akan mudah mengetahui manikam yang dipersembahkan itu sebenarnya palsu dan hanya kaca semata-mata.

Anwar boleh untuk menidakkan peranannnya sebagai dalang dalam isu kapal selam tetapi apabila SUARAM sudah hampir hilang semangatnya kerana terlalu banyak menipu, Anwar secara bodoh menonjolkan dirinya sebagai jurucakap kepada SUARAM. Biarpun secara tidak langsung, rakyat boleh menilai mengapa Anwar tiba-tiba bercakap soal kapal selam di Parlimen malah mengundang pihak luar untuk terus menipu rakyat. Anwarlah pemain belakang disebalik isu ini.  Pakteh faham, Anwar ingin spin dari isu bajet bodoh Pakatan Rakyat tetapi spinnya tidak menjadi apabila terdedah pula dirinya sebagai pemain belakang dalam isu kapal selam.

Inilah padahnya apabila penipu ingin menutup aib diri, terpaksa menipu dan terus menipu....

p/s: Tak sudah-sudah Anwar ni dengan main belakang.....Pas apa tunggu lagi?....takkan nak hanyut dengan tongkang penuh taik?

Wednesday, October 3, 2012

DAP khianati Anwar

Anwar kebelakangan ini diketahui umum begitu mengimpikan Putrajaya. Target utama untuk mencapai impian tersebut ialah melalui kerusi dari Sabah dan Sarawak. Untuk itu Anwar sebaik mungkin cuba mengambil hati penduduk kedua2 negeri tersebut.

Malang bagi Anwar apabila DS Najib mengumumkan KR1M akan diperluaskan ke Sabah n Sarawak melalui 57 kedai yang bakal dibuka tidak lama lagi. Anwar berang kerana langkah DS Najib pasti membantutkan usaha beliau memenangi hati rakyat sabah dan sarawak melalui pembohongan air liur.

Atas faktor itu, Lim Guan Eng secara tidak sedar menempelak tindakan DS Najib yang bertindak atas dasar simpati dengan harga barang disana yang begitu mahal. LGE terlupa mempertikaikan tindakan KR1M di Sabah n Sarawak seumpama menuntut rakyat kedua2 negeri menolak KR1M. Menolak KR1M bermakna menolak tuah. LGE sanggup mempertikaikan kos yang lebih tinggi untuk membuka kedai KR1M di sana. Apakah LGE tidak sedar harga setong Gas di Bakalalan lebih RM70 berbanding RM25 di Semenanjung?.

Akhirnya...Anwar dikhianati oleh DAP.........

DAP tetap dengan agendanya memusuhi Islam.....Mydin dipertikaikan....Syed Mokhtar AlBukhary dipertikaikan..........

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih