Tuesday, June 21, 2011

Tahniah......

Pakteh ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada kepimpinan baru PAS Kedah yang baru terutama kepada orang Sik...Bro Sanusi Setpol MB yang dinaikkan pangkatnya kepada Ketua Penerangan Pas Kedah serta Bekas Adun Belantik Md Isa Shafie menggantikan mantan Imam Besar Masjid Negara YB taib Azamuddin..

Pakteh melihat MB Azizan cuba memberi imbangan yang positif kepada Pas Kedah serta kedudukannya sendiri selaku Pesuruhjaya Pas Kedah. Keseimbangan yang Pakteh maksudkan ialah....YB Baling yang bertitle Ulama dan luas pengetahuan agamanya digantikan oleh individu yang agak tenggelam timbul nafas politik diarus perdana...PUN BEGITU Ostat Azizan mengambil langkah bijak apabila menukarkan Mahfuz yang tahap pendidikannya sering dipertikaikan dengan seorang yang bergelar DR iaitu Dr. Ismail Salleh.

Ramai rakan menghubungi pakteh bertanyakan kesan kepada rombakan yang Pas Kedah ini...Jawapan pakteh mudah.....

Jika dulu UMNO kalah bukan kerana Pas kuat tetapi UMNO yang kucar kacir...Pakteh juga turut percaya...jika Pas Kedah gagal menangani beberapa isu dalaman...pasti hayat pemerintahannya hanya 1 penggal. Ini bermaksud bukan kerana UMNO kuat tetapi Pas Kedah yang kelihatan masih gagal menguruskan kejayaan dengan baik...

Apapun...Syabas kepada wakil2 dari Sik...

wakil UMNO di Sik bila lagi agaknya akan menduduki hirarki atasan parti di Kedah?..

3 comments:

Anonymous said...

demi duit, hart dan pangkat pak teh oi.. agama dah dok kat ujung kaki... yang tinggai nafsu ja dok atas kepala..

Non Ulu Sik said...

ostat azizan pun congak juga politik dia pak teh.bodoh tak pe asal sokong tokey.jangan cerdik menjadi ancaman pada tokey.itulah buah DAM ostat azizan.dia pun sayang dan belum puas lagi bertahta sebagai MB kedah.dalam PAS serabut juga pakteh ooi.kalau tidak nik aziz turun dah kalau jadi MB tak syok.Syok lah tu yang liat nak turun.Nak lawan tak berani takut kena sumpah tok guru.ITU LAH antara PAS dan kuasa.


Masaalahnya UMNO kita pula lagu mana pakteh.Tak lega ke dari demam dan sakit lutut.

Pakteh said...

Non....UMNo dah lega demam tapi lutut dok sakit lagiii

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih