Tuesday, January 6, 2009

Berfikir secara rasional

Assalamualaikum..
Bukan pakteh main tarik tali tentang keputusan tidak mahu mengulas isu semasa dan hanya menumpukan kepada sejarah tamadun Melayu tetapi sekadar mencelah. Pakteh dapati dikalangan pro UMNO/BN....hasratnya sama iaitu menumbangkan pembangkang tetapi dalam masa yang sama agak terlupa niat murni itu apabila berlaku maki hamun dan mencaci sesama anggota dalam parti. Pakteh bukan lupa bahawa puncanya ialah pemilihan Mac ini untuk UMNO tetapi janganlah kerana alasan itu, segala yang bukan dari team yang kita PRO semuanya kita HITAMKAN....kalau ingin memenangkan calon pilihan pun....berpada-padalah. Janganlah kerana berperang sesama sendiri....pembangkang yang mengaut untung.
Pemuda dalam pakatan rakyat tidak perlu bekerja keras buat masa ini kerana apa yang pakteh nampak....penyokong-penyokong 3 calon ketua pemuda UMNO telah menyerang secara habis-habisan sehingga segala-galanya seperti berperang antara UMNO dan DAP. Mungkin ada yang terlupa atau teralpa....sayugia itu disini..pakteh ingin menyeru dan mengingatkan kembali....insan yang diserang itu ialah calon ketua pemuda UMNO...jadi berfikirlah secara rasional dan gunakan akal yang waras...dan kritikan biarlah melambangkan pemikiran yang bijak dari ahli parti UMNO.
p/s: Pakteh melihat ada gambar2 yang dinukilankan benar-benar tidak mencerminkan diri seorang pejuang keadilan dan kesaksamaan. Betoika???....pikiaq la tengok...takkan yang tu pun pakteh nak kena tulung pikiaq

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih