Tuesday, September 23, 2008

Sapa tipu Sapa?

Paklah tipu ahli UMNO atau Anuar Musa tipu Paklah?
Paklah kata semua akar umbi (di Kelantan) sokong peralihan kuasa 2010 malah meminta Paklah n Najib lakukan secara aman dan baik.
Anuar Musa kata semua Bhg di Kelantan menyokong peralihan 2010 dan akan mencalonkan Paklah sebagai presiden pada pemilihan Disember ini.
Masalahnya sekarang....Gua Musang terang2 akan mencalonkan Ku Li...jadi...sapa tipu sapa ni?

Semalam Paklah umumkan sendiri di Kelantan bahawa semua akar umbi mahukan peralihan yang aman. Perisik mana digunakan untuk berkata “semua akar umbi”. Saya percaya ia dirujuk kepada UMNO Kelantan yang dilihat oleh ahli bawahan sebagai talian hayat yg cuba diguna pakai oleh Paklah. Tidak sukar untuk memberi tafsiran bahawa Anuar Musa juga sedang mencari talian hayat tetapi saying…bagi kebanyakkan orang…talian hayat yang diguna Anuar Musa sudah tidak relevan malah sedang menunggu masa untuk disingkirkan. Saya yakin UMNO Gua Musang akan mencalonkan Ku Li…

Ini berbeza dengan berita yang turut dipaparkan bahawa semua Bahagian UMNO di Pulau Pinang sebulat suara akan mencalonkan Paklah sebagai Presiden dan mematuhui peralihan kuasa pada 2010. Kita terima berita dari pulau mutiara itu sebagai boleh diterima akal kerana Paklah datang dari negeri itu.

Namun apabila memikirkan kedua2 sokongan dari perhubungan UMNO p. Pinang dan Kelantan...saya mula berfikir, PATUTla kedua2nya ditangan pembangkang...yang jadi ketua hanya boleh angguk dengan Paklah. Suasana politik hari ini memerlukan bukan sahaja Paklah diperturunkan malah…pembodek2 juga perlu dibersihkan kerana mereka ini yang memberi ayat yang sentiasa menyedapkan hati Paklah.

Betoika... orang kata Paklah dah nak turun takhta tapi KJ mintak tangguh sehingga cukup pencalonan dan menang kerusi Pemuda?


No comments:

Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih