Tuesday, February 10, 2015

Anwar kena 5 tahun - Apa kita dapat?

Proses menuntut keadilan bagi kedua-dua pihak telah melalui proses yang panjang dan sehingga ke tahap tertinggi yang boleh digunakan. Jika sekadar penjual char kue tiaw di charuk To Kun, mungkin telah lama Anwar di humban ke penjara tetapi kerana Anwar orang berduit....setiap selok belok perundangan diguna pakai oleh peguambela untuk menangguhkan hukuman.

Biarlah Anwar berehat dengan tenang dan bermuhasabah diri....

Kita yang tinggal.....apa kita dapat? kepuasan....ya...puas hati melihat kejelikan ditumpaskan namun apakah setakat itu perjuangan menuntut keadilan.

Bolehkah hari ini kita kembali menuntut keadilan kepada rakyat marhain?.

Rakyat marhain tidak mampu memiliki rumah...apakah PRIMA jalan penyelesaiannya? Tidak sepenuhnya jika dilihat kepada harga tak mampu milik.

Jika dilihat kepada Caj Telco di Malaysia....wow....sangat durjana sifat mereka. Kera dihutan disusukan, anak di pangkuan dibiar kehausan. Bayangkan caj IDD ke luar negara lebih berbanding kita sesama kita dalam negara. 

Capaian internet masih lagi tahap siput babi...slow dan lembab...hanya laju di kawasan elit. Maknanya mesej Rakyat Diutamakan tu hanya memberi maksud rakyat yang berduit dan tinggal di bandar. Pelik benar bagaimana Thailand yang sering bergolak mampu memberikan akses internet berstatus H+ kepada keseluruhan kawasan seperti Hatnyai, Songkla dan Satun?. 
Apalah nasib orang Mukim Sok yang aksesnya sangkut2 dengan status E @ G. 

Gara-gara isu ini...teringat jugak pihak pembangkang pernah bangkitkan Proton jual kereta lebih murah di luar negara dan jual mahal dalam negara..............

Terfikir juga....betulkan corak pemerintahan UMNO/BN sejak kebelakangan ini?. 

Errr...yang merungut pasai PLKN nak kena tutup tu....ada baiknya pi mintak berhentikan pemberian BRIM yang membazir tu....

Membazir ka?.....membazirla.....diberi kepada tangan yang menghunus pisau menikam  DS Najib.

Khabarnya pemimpin UMNO masih leka dan alpa....dok ingat menang sekangkang kera tu macam menang semua ka? Yang di Selangor jangan cakap la.....Ada hati jadi ketua mewakili ketua2 bahagian untuk sound orang.....

Huh...banyak pulak pot pet pot pet petang ni......ni semua gara-gara Anwar la.....patutnya 20 tahun....


Edisi WAJIB baca

Kepada Sahabat-sahabat Blogger Yang Mana Link Blog Anda belum Di Letakkan Dalam List Blog Pakteh Di Harapkan Agar Dapat Meninggalkan Komen Bagi Memudahkan Pakteh Mengenal pasti Link Blog Yang Tercicir! (dalam proses update untuk tambahkan sebanyak mungkin link Pro UMNO/BN)
Terima Kasih